Tuesday, December 15, 2009

Tag

Tag ni aku jawab dari blog sue...dah aku tak de nak coret paper pada blog ni...aku pun amik kesempatan ni menjawab tag ni...

Selamat membaca...

1. Name one person who made you laugh last night?
My husband & My children...

2. What were you doing at 0800?
Getting the children ready out of bed...

3. What were you doing 30 minutes ago?
Story telling...

4. What happened to you in 2006?
Our family had three members...

5. What was the last thing you said out loud?
NO!!!!
6. How many beverages did you have today?
Could not remember...hmmm..

7.What color is your hairbrush?
Orange

8. What was the last thing you paid for?
i paid for windowshopping last weekend...

9. Where were you last night?
home

10. What color is your front door?
wood colour

11. Where do you keep your change?
wallet...& my coin can...ha ha ha apesal ntah aku terasa macam budak - budak lak...tapi sebenarnya menabung ni bagus... tak kire usia...

12. What's the weather like today?
great...blue sky, sunny, gusty winds...lots of clouds...

13. What's the best ice-cream flavor?
i love vanilla flavour

14. What excites you?
cooking channel, travelling to new places, picnic & gathering with good friends, worth watching movies...

15. Do you want to cut your hair?
yes..still waiting for the right moment...

16. Are you over the age of 25?
yup

17. Do you talk a lot?
depends...

18. Do you watch the O.C ?
???

19. Do you know anyone named Steven?
yes

20. Do you make up your own words?
depends...

21. Are you a jealous person?
depends on situation...but not 'dengki' or busuk hati ...

22. Name a friend whose name starts with the letter ' A '?
Ain

23. Name a friend whose name stars with the letter ' K '?
Kay

24. Who's the first person on your received call list?
My darling...

25. What does the last text message your received say?
about evening tea & the 'children get together'...

26. Do you chew on your straw?
depends...

27. Do you have curly hair?
nope

28. Where's the next place you're going to?
bed...

29. Who's the rudest person in life?
dont want to remember...

30. What was the last thing you ate?
puding

31. Will you get married in the future?
I dont plan to...

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Orphan

33. Is there anyone you like right now?
My family

34. When was the last time you did the last wishes?
During my last maghrib prayers...

35. Are you currently depressed?
Nope, i'm happy now... :)

36. Did you cry today?
Nope

37. Why did you answer and post ni?
Saje...

38. Tag 5 people who would do this survey.
Sesapa yang nak jawab tag ni...

Saturday, December 12, 2009

Panazzz...

Suhu kat sini semakin meningkat...

masa weekdays kelmarin sedap jer...masuk weekend, bermula jumaat suhu masa siang dah mencecah 33...harini 39...dan esok dijangka 39 darjah celcius juga...

malam dah tak sesejuk biasa...budak2 pun payah lelap(walaupun sebelum tido dah dimandikan). Siang pun tido kejap je...

Baru pas tengok ramalan cuaca untuk minggu depan...isnin ni dijangka 33...dan kemudian akan menurun pada hari selasa dan berikutnya...dan akan naik semula pada hujung minggu kepada 36-38 darjah celcius kembali...huhuhuuu...

Mandi jer la kejenye duk rumah ni...tak leh keluar...UV tinggi kat sini, risiko kanser kulit pun tinggi...huhuuu...rindu musim sejuk...cepatlah kembali...

k lah , nak mandi sblm masuk tido kalau tak tak leh lelap ler jawabnyerr...

p/s: bila panas ni,...budak - budak pun senang buat perangai...mak budak pun senang naik temperature...

Monday, December 7, 2009

Tak de air...


Hari ni tak de air...
Harap tak berpanjangan ler...

Sunday, December 6, 2009

Playdough Time!!!


Kelmarin suhu kat sini mencecah sehingga 37 darjah celcius ... jadi budak - budak ni main dalam rumah jer la...

Jadi, aktiviti indoor pilihan kalini, main playdough...Playdough ni bagus utk merangsang kreativiti & penggunaan motor tangan anak - anak .

Mama buat sendiri playdough ni... mama dapat resipi dari State Child Development Center. Nak beli yang komersial kat sini, mahal...pulak tu saiznya kecik. Jadi kalau nak main, kene beli banyak - banyak. Tambahan lak, lama - lama playdough komersial tu pun akan keras jugak. bila dah keras, buang dalam tong sampah lah jawabnya...

So far hasil experimen resipi pertama kali ni, lembut, tak melekat jari, murah, boleh dapat banyak. Homemade playdough ni tak toksik. Paling best, dia boleh tahan selama sebulan atau sebulan setengah. Lepas main, simpan balik dalam bekas atau plastik kedap udara & letakkan dalam fridge. Nak main, bawak keluar dan main... ( Kalau tak letak dalam fridge walaupun cover, nanti berkulat. Kalau biarkan kat luar, tanpa cover pulak lelama dia pun akan mengeras jugak macam playdough komersial tu...)

Kalau mak - mak yang mati kutu tak tau nak buat aktiviti apa dengan anak - anak kat rumah, boleh lah cuba ...

Dua ekor alien, (sorang abang, sorang adik) yang mempunyai banyak ular atas belakangnya,
tengah memegang pistol yang macam ular jugak rupernya.
50l3h panggil 'snake look alike guns'


-------------------------------------------------

Resipi Playdough

Playdough (Masak Atas Dapur)

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan garam
1 sudu besar minyak
1-2 sudu besar serbuk 'cream of tartar' (1 sudu utk kenyal sket, 2 sudu utk lembut)
1 cawan air
beberapa titis pewarna makanan.

  1. Masukkan semua dalam periuk.
  2. Kacaukan sehingga rata sehingga tak berketul.
  3. Masak atas dapur selama 3-5 minit hingga menjadi doh yang tidak melekat. (Perlu kacau selama di atas dapur )
  4. Biarkan sejuk. Bila dah sejuk, sepatutnya ianya dah sedia untuk diuli dan main.

Microwave Playdough


1 cawan tepung gandum

1/2 cawan garam
1 sudu besar minyak
1-2 sudu besar serbuk 'cream of tartar' (1 sudu utk kenyal sket, 2 sudu utk lembut)
1 cawan air.

beberapa titis pewarna makanan

  1. Masukkan semua dalam periuk. Kacaukan sehingga rata sehingga tiada ketulan.
  2. Masukkan dalam mangkuk.
  3. Masak pada suhu tinggi selama 5 minit.
  4. Kacau sehingga menjadi doh.
  5. Biarkan sejuk. Bila dah sejuk, sepatutnya ianya dah sedia untuk diuli dan main.
p/s: aku try playdough yang masak atas dapur tu ajer...yang guna microwave tak pernah lagik...tapi aku share jugak lah resipi ringkas tu...

Tuesday, December 1, 2009

Hasil Laporan Projek Telur Masin

Huduh plak telur itik (sepasang telur bahagian bawah) tu aku potong...keras giler kulitnya, tu yang jadi gitu...Tak macam telur ayam masin (sepasang kat atas) tu,boleh kopek tau, macam telur ayam rebus jugak...cantik licin je...

Hasil ekseperimen pertama aku medapati :

  • Telur ayam yang aku gunakan dalam projek ini berjaya dimasinkan dengan jayanya. Rasanya pun boleh tahan. Aku sangat berpuas hati dengan hasilnya. Kalau tengok kat gambar diatas, pada sepasang telur bahagian hasilnya cantik kan?...rasanya memanglah tak macam telur itik masin sebab dia telur ayam, tapi rasa memang marvellous! Not bad at all...
  • Telur itik yang aku gunakan kurang menjadi kemasinannya. Masin pun hanya sikit. Dari 3 biji yang aku masinkan, tinggal lagi dua biji yang masin masin terus menjalani proses pemasinan. Andaian aku, agaknya sebab kulit telur itik ni tebal, maka dia perlukan masa yang lebih lama lagik agaknya. Hmmm entahlah...ataupun cara masinkan telur itik dengan air masin ni kurang efektif???yer ke? sebab tu orang guna tanah dan arang hitam tu ek?...atau air yang aku gunakan ni tak cukup masin kaw kaw lagik?...atau kene masinkan lebih lama lagik???...hmmm terlalu banyak kemungkinan disini,...aku pun tak dapat pastikan yang mana satu jawapannya...
Apaperpun aku masih berharap projek ini berjaya untuk 2 biji telur itik masin yang belum dibawa keluar dari jar berisi air garam tu...nantikan laporan bagi dua biji telur tu nanti ek...insya allah. ^_^

Sekian entry 3 serangkai malam ni...niat dihati teringin nak ziarah blog kengkawan, aperkan daya mata dah ngantuk...insya allah esok bila lapang aku nak ziarah blog kengkawan yang da lama aku tak baca...

Korban Raya Haji...

Alhamdulillah, Raya Haji kalini jatuh hari jumaat dan hujung minggu. Abang berpeluang lah tak beraya di opis...

Suasana Raya Aidiladha kat sini meriah...
Kat sini, ramai umat islam berkumpul kat padang-padang berpiknik sakan dari pagi sampai petang (agaknya kalau berkumpul kat rumah, tempat terhad kot dan lagi satu rumah pun tak sepah & anak - anak bebas dapat bermain)...masa kiteorang pergi padang...penuh woooo dengan orang muslim, berkumpul dengan sanak saudara dan kengkawan depa kot...sedap betul bau daging bakar & BBQ...(kiterorang pergi padang sebab nak bawak anak jenjalan petang, makan angin dan main kat playground, bukan nak beraya...baru tau style depa beraya...baguslah aku rasa, beraya dengan pot luck sumer)

Hari sabtu, hari pelajar M'sia lak berkumpul jamuan hari raya aidiladha...ramai lah orang m'sia...tapi satu kekurangan terasa, keramaian yang sama tapi suasana yang tak serupa...

Tak macam kat M'sia...tak dapat tengok korban ditumbangkan. Tak dapat tengok lembu, kerbau dan kambing kene sembelih. Tiada aktiviti melapah daging beramai - ramai...sebab semua penyembelihan dan pelapahan daging mesti dilakukan di rumah - rumah penyembelihan. Jadi orang islam kat sini tak dapat tengok kemeriahan tu...

Daging tu selalunya diedarkan dengan siap dah potong dan dibersihkan cantik...ada juga yang ditinkan dan akan dibawa ke negara - negara islam miskin macam afrika, pakistan, dan sebagainya untuk diedarkan...

Yang aku dapat tahu...rata - rata, kebanyakan tukang sembelih di WA ni orang islam. Sungguhpun begitu, ada juga sesetengah yang bukan. Jadi kalau nak beli daging ke, walaupun kita tahu ramai tukang penyembelihnya islam tapi keraguan datang dari rumah penyembelihan mana tu ada...jadi nak senang p beli daging kat kedai halal ler...tak yah risau paper, dah tahu insya allah halal...

Tahun ni, kami sekeluarga tak sambut meriah sangat hari raya...baik aidilfitri maupun aidiladha...biasa jer, x buat open house ... Tengah - tengah poket kering ni, masak sempoi je...aku masak rendang ayam je ngan telur masin yang aku buat aritu...haaa...nantikan laporan telur masin aku akan menyusul selepas ni wokeyh...

Berakhirnya 'Demam' Nur Kasih

Akhirnya 2-3 hari lepas, demam nur kasih dah kebah... Alhamdulillah, tak de lagi perasaan ternanti - nanti...tertunggu - tunggu menggangu perasaan.

Lega...puas hati.

Aku berpuas hati sebab jalan cerita drama ni berjaya menarik minat aku. Walaupun ramai muka baru yang aku tak pernah tengok dan tak tahu nama, kebanyakkan pelakon tu bawak watak mereka berkesan...macam tiz-zakiah, ummi nazeera, remy ishak...

Kalau tanya abang, pelakon mana yang bawak watak peling berkesan dalam cerita tu, dia rasa watak sarah, adik nur tu yang paling berkesan...kejap manja mengada, kejap meradang lak tak tentu pasal...pastu jadi api dalam sekam...Dalam sesetengah situasi, manusia pendengki kategori gitu unpredictable. Macam - macam dia boleh buat, bila hati die dah busuk. Pandai aje cari peluang... Jadi, abang rasa pelakon tu berjaya bawak watak die berkesan sekali...pelakon dia ummi nazeera.

Kalau tanya aku, jawapan aku tipikal ler...Adam, yang dilakonkan oleh Remy Ishak. Ni first time aku tengok dak Remy Ishak ni berlakon. Nama die pun, aku baru kenal sebab tengok cerita ni...Pandai die bawak watak tu, sampai aku menyampah giler lah ngan dia... Terasa jaki je ngan dia, dari awal sampai akhir... Bila nur amina tinggalkan dia, aku terasa padan muka...ha ha ha...bila dia kene tawan kat mumbai pun, terasa padan muka jugak... ha ha ha... penonton jenis apelah aku ni...

Tapi, truely aku look forward nak tengok dia berlakon lagi...best lakonan dia.

Lagik sorang aku suka, pelakon Mak Jah. Selamba je gaya Liza Othman berlakon. Lama tul tak tengok dia ni berlakon. Ni first come back dia ke? Last lakonan dia aku tengok dalam drama, Hayati kot...dia berlakon dengan zaidi omar...best!

Favourite scene aku, yang masa sarah lari bila tembelang fitnah dia pecah masa aliya bagitau aidil apa yang sarah bagitau dia...kelam kabut dia lari...dan lagi satu scene yang nur marah adam supaya jangan ambik kesempatan masa dalam kereta masa depa dua pergi site...Favourite scene abang plak, masa Adam teringat yang lukisan nur cinta adam dan Adam bagitau Adam pun cintakan nur...(sabolah jer lah lakiku ni, dia lagik karat dari aku ghopernyee, heheee)

Jujur cakap, tak banyak drama melayu yang aku berpuas hati,...Ada tu cerita bagus, tapi pelakon lak macam kayu...harap muka je cun/ensem, lakonan hampeh...

Sesetengah tu pulak bila tengok terasa tensen dengan kebangangan dan cacat cela dari segi jalan cerita...Tapi guna pelakon2 terkenal untuk tarik penonton (kononnya)... buat aku rasa kelat jer nak tengok drama melayu...

Tapi sejak duk perantauan ni, lama tak dapat tengok cerita melayu...aku layan gak lah bila dah lama mengidam tu, dengan harapan jangan ler hampeh jalan ceritanya...(tapi kesudahannya, frust gak...jarang yang tak frust)... aku cakap ni bukan nya aku anti drama/filem melayu...tapi aku merasakan aku patut luahkan kekecewaan aku...Habis tu camno?...bukannya aku tak sokong industri perfileman/pendramaan tempatan,...aku nak, nak sangat...tapi biarlah memang ye & betul2 best.

p/s: bila sesebuah filem/drama bagus orang ingat pelakon jer...orang tak ingat plak pada penulis skrip/cerita dan pengarah ek...