Thursday, January 7, 2010

Soupe Operaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!



Budak - budak berdua ni minat giler dengan Soupe Opera ni...
Depa suka tengok sayur & buah -buahan jadi macam - macam...

Hari - hari depa tunggu rancangan ni tayang kat TV...siap tahu tu pas rancangan apa, Soupe Opera ni keluar...

Time suara pompuan tu tengah sebut "Soupe Operaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!..." masa awal-awal yang mana semua buah & sayur masih dalam bakul...abang dan adik ni pun jerit sama, "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!"

Kuat giler lak tu...sabo jer la...
Sah tak leh tayang Soupe Opera ni waktu malam...
Terperanjat beruk jiran - jiran kang...;p

Cerita ni mini-series,pendek-pendek je, ...Sapa yang minat,boleh le acu cube tengok kat youtube...

Tuesday, January 5, 2010

Satu harijadi tapi hadiah mesti serba dua...



Entry kali ni nak cerita tentang hadiah ulang tahun kelahiran Muhammad 50l3h...

Hadiahnya, mungkinlah kalau ditengok taklah seberapa...tapi sangat bermakna pada dia...

Setiap kali pergi ke broadway shopping center, setiap kali itu jugalah dia akan mengajak mama atau apak singgah ke newsagent untuk, menziarahi In the Night Garden kat rak katanya...Tak dapat bukak & main, tapi dapat tengok & tatap kat rak tu pun jadilah ... Dapat pegang, senyum senyum berangan kejap dah terasa gembira...kejap je ziarah tu, sampai saat nak berpisah, dia letak balik dan ucap babai...

Memang tahu, kalau boleh dia nak bawak balik benda alah In the Night Garden ni...tapi hajatnya terbantut, bila mama atau apak cakap tu bukan 'kita punya, kita tak boleh amik barang bukan kita punya, orang punya'...

Sebenarnya tak pernah sekali pun dia mintak dibelikan. Agaknya dia tak reti mintak beli lagik kot,hehehee...Selalu kalau dia nak barang tu, dia menunjukkan minatnya sahaja...dan dia letak balik walaupun berat hatinya melepaskan...

Kesian juga dalam hati ni bila tengokkan...tapi kene coverlah sket. Kalau dia tahu jalan cara buat hati kita cair utk belikan apa saja yang dia nak, nanti parah pulak, jadi tabiat ...

Setelah berbincang ngan mama pada malam sebelumnya, maka kami telah memcapai kata putus hadiah  sempena hari jadinya kali ni...Apak belikan 2 set...(kalau tak gado laa...berebut)...bawak balik senyap2 tanpa pengetahuan dia...In fact, masa mama tengah shopping tu, 50l3h ade jugaklah pergi ziarah ke newsagent tu...habis mama shopping, jumpa dia (selalu mama shopping kat IGA, apak,50l3h dan adik akan pergi ronda2 bersama sekitar tu...kalau tak ke pet shop, ke newsagent tu ler)...50l3h cerita yang  In the Night Garden tu dah tak de dah, "Gone"...

"Tak per lah, nanti2 dia adalah tuu", mama cakap...

Balik tu,...masuk umah...

Mama & apak decide nak bagi kat dia & adik hadiah In the Night Garden yang apak beli tadi tu...



Haaa...tengok ler wajah sorang - sorang cemana...senyum tak sudah...

Dalam tu pek In The Night Garden tu  sebenarnya ada sticker untuk dilekatkan pada bod licin ... Ada bod yang sticker (sticker ni ala - ala sticker tampal kat cermin kereta) karektor In The Night Garden nyer boleh boleh dicabut dan dilekatkan semula bagi membina senario lain plak...

Antara tujuannya, nak meransang kretiviti mengarang cerita melalui imaginasi dan 'pretend play' 50l3h...mama sedar, 50l3h kurang diberi pendedahan tu...Hopefully, hadiah ni membantu perkembangannya tu...

Adik?...Hadiah ni sebenarnya sesuai untuk 3 tahun ke atas, tapi adik jugak enjoy tampal & lekat karekter In The Night Garden  tu,...dia pun bangga dapat create scene watak - watak yang dia suka pada bod set In The Night Garden nya siap sayang cium lagik...sabo je la...^_^...

***mama kene supervise adik masa main supaya dia tak masukkan sticker dalam mulut...tapi dia mmg dah lama tak masukkan benda dalam mulut tapi tu lah kan sapa jangka, jadi berjaga - jaga jer la...monitor.

Sekian entry kali nih...wassalam.

p/s: hari ni sejuk sket dalam umah...tu pasal leh karang panjang - panjang...heheheeee...;p

Monday, January 4, 2010

Makin panas Makin malas...

Musim panas kat sini secara tak langsung menjana kemalasan aku nak update blog...Senang cerita musim panas ni berkadar langsung dengan mood malas aku nak update blog...

Menaip dalam keadaan panas, dalam bilik yang panas cukup buat aku rimas...kalau angin update blog datang, rasa cam nak taip panjang...tapi bila dah berdepan dengan kehangatan angin panas membahang... kensel, beb! serrender!!!

Azam tahun baru aku kali ni tak lah tinggi menggunung ... aku nak cuba baiki diri dalam pengurusan masa dan cuba rangka balik plan hidup aku ... berjayakah aku? Haaaaa...entahlah... sebab kenkadang ada priority lain aku kene utamakan dulu... ade pemberat lain yang aku patut ambil kire...

wokeyh sekian sahaja...

Sunday, January 3, 2010

Berhenti sejenak, toleh kebelakang...

Dalam bulan lepas di tahun lepas banyak peristiwa sejarah dalam hidup keluarga nukleus kami ni sebenarnya...Antaranya ialah...

***Ulang tahun kelahiran kekanda tercinta...
Tahun ni tiada sambutan yang meriah. Tiada juga hadiah yang mahal. Tiada makanan sehebat hotel lima bintang. Yang ada cuma masakan istimewa yang dinda sediakan di harijadi kekanda ... dan jemputan majlisnya hanya dinda dan anakanda - anakanda sahaja... Semua disambut sederhana, tak meriah... Hanya kami anak beranak jer yang tahu...orang lain tak tahu....heheheheheee...tak mention sket pun. Tapi paper pun kanda, dinda doakan semoga semua urusan di medan perjuangan kekanda dipermudahkan oleh Allah swt.

***Ulang tahun kelahiran anakanda yang kukasihi yang ke - 4, Muhammad 50l3h...Empat tahun lalu mama berjuang 12 jam nak jumpa dengan 50l3h... Walaupun pada awalnya banyak masalah, alhamdulillah, dah 4 tahun rupernye...terasa cam baby lagi jer anak bujangku ini...cepatnya masa berlalu...

Sebenarnya kalau diundurkan setahun sebelum kelahiran 50l3h, pada tarikh yang sama juga, masa tu hari mama bertunang ngan apak...heheheehheeeee...so ni kire ***ulang tahun pertunangan mama & apak ler jugak...heheheheheeee...

***Detik terindah dalam hidup penulis blog ni...ulang tahun perkahwinan daku dengan kekandaku yang ke 5... Alhamdulillah, dah mencecah 5 tahun dengan ratio perkembangan ahli keluarga : 2.5...heheheheee...Semoga Allah memanjangkan jodoh kami dengan kebahagian dan rezeki yang baik, berkekalan, serta menjadikan kami sabar & tabah dalam mengharungi rintangan yang mendatang.

Kalau nak ikutkan bulan - bulan lain pun ade jugak kenangan, banyak...ada yang indah, yang tak indah ... semua teradun dalam satu pengalaman heheeheheheeee...

Ni pun Esok dalam kenangan juga, ...dalam bulan ni, dalam tahun ni... genap sudah 3 tahun kami di bumi australia ni...Teringat lagik saat masa baru memula jejak kaki di Perth...bermulanya segala kat sini...huhuhuuhuuu...kenangan...

Pejam celik ...pejam celik, bila toleh balik kebelakang, dah jadi kenangan... kenangan yang jadi pengalaman dan pengajaran yang untuk kita simpan dalam album memori kehidupan .... sesekali memang kita perlu tengok dan nilai semua dah jadi kenangan supaya kita boleh belajar menghargai apa yang kita ada...belajar juga dari kesilapan yang pernah dilakukan dan/atau orang lain lakukan...

Summer Treat...


Ada satu hari 50l3h request nak makan ayam bakar...

Insiden ni bermula pada satu hari yang aku pun dah tak ingat hari aper...tapi dalam bulan lepas di tahun lepas...Siap jenguk jenguk ...terngendap - ngendap ler dalam oven ...walaupun ayamnya tak de dalam oven tuu...

"Tengok apa tu, abang???"

"T'ngok ayam...50l3h nak makan ayam"...sambil membuat gaya makan ayam...

"Hmm, nanti mama suh apak g beli ayam ye...kita masak kat oven"

"Nak...ayam besar big" katanya lagik...

Jadi, tu ler gambo ayam yang dibakar bersama...mama tukang perap, dibantu oleh pembantu - pembantu kecik ni...

Tahun ni seperti jugak tahun - tahun lepas, tak de kek, sayang... Tahun ni berbeza sket, 50l3h dah pandai mintak nak makan apa...maka mama tunaikan request 50l3h...kita bakar ayam jer la di hari ulang tahun kelahiran anak sulong mama & apak ye... Semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan ilmu & akhlak yang baik serta kesihatan dan kesejahteraan dalam ketaatan pada Allah swt, ye sayang...

Happy Birthday!

Agar - agar karamel



Musim panas ni, makan pencuci mulut sejuk - sejuk sedap...

Asalnya nak buat pudding gula hangus aka puding karamel...tapi tak de pngukus lak...jadi switch kepada puding agar - agar karamel...

Resipinya dari blog ni, --> Klik Disini <-- Untuk mudah rujukan, aku copy paste semula kat sini. (kredit, bukan aku punya ye...)
  • Jelly powder (approx. 7g) {***aku amik anggaran 8g - 9g }
  • 600 ml water
  • 300 ml evaporated milk
  • 120 gm sugar
  • 1 tsb custard powder (or maybe you can add another 1/2 tsb if you like)
  • Vanilla essence
  • 1 cup sugar - for caramel
  • 3 - 4 tsb water - for caramel
  1. Prepare caramel - heat sugar till it caramelize and browned and disolved. Slowly add water. Stir till it set and put aside.
  2. Mix custard powder with evaporated milk and set aside.
  3. Boil water and jelly powder till disolved. Add sugar, keep stiring till sugar disolved.
  4. Slow down the stove temperature to medium, add custard mixture and vanilla essence. Keep stiring till they become little bit thicken.
  5. Pour into any mould prepared with caramel. Let it cool and keep it in the fridge until set.

p/s: habis dekat 1.5 kg gula sebab buat karamel tak jadik...usaha lagik dan lagik sampai jadi...alhamdulillah...

Monday, December 21, 2009

Allergic reaction to the shots...

Sepanjang 2 hari lepas selepas injection jumaat aritu, 50l3h mengadu yang lengannya sakit...Demamnya hanya diwaktu malam pertama selepas injection. Pagi kesokkannya, demamnya kebah tapi lengannya bengkak sebelah. Awalnya, mama ngan apak ingat tu perkara biasa agaknya walaupun ade lah syak macm tak kene je sebab sebelum ni tak pernah ler berlaku sampai macam tu. Sabtu malam ahad tu, demamnya tiada tapi tidonya tak lena...sakit dan tak selesa agaknya. Mama bagi panadol je...

Semalam, bengkaknya makin besar...boleh katakan separuh lengannya bengkak kemerah - merahan, keras dan panas (dari bahu sampai ke siku)... Selalunya setiap kali lepas injection immunisasi, dia ok. Tak demam ataupun sampai sakit macam ni.

Mamanya ingatkan side effectnyer saja...mungkin tak de pape dan akan ok... malas nak kecoh - kecoh. Then tergerak hati nak call seorang kawan yang juga seorang dokter disini...(apak pun suh call tanya dia, normal ke pas injection jadi gitu?)

Kawan tu cakap, tak normal, dan ni boleh jadi kritikal... kritikal atau tak, lepas cek baru leh tau...so die cadangkan kene cepat bawak g jumpa doktor. Siap die offer lagik, kalau apak tak dapat balik & hantar ke hospital dia boleh tolong amik kami dan hantarkan ke hospital...(Saat gini, terasa bersyukur sangat ada kawan yang sudi menghulurkan bantuan ketika susah...) tapi mama cakap apak ok, dia boleh balik...urusannya hari tu tak urgent.

Kebetulan hari ahad klinik sumer tutup, jadi memang terus ke hospital ler jawabnyer...

Lepas call tu, sepantas kilat juga mama bersiap dengan beg budak - budak...
Sampai sana, 50l3h ngan mama, turun dulupergi kat kaunter emergency. Apak ngan adik carik parking kereta. Kat tempat emergency tu ramai orang plak hari ni,...Rasa cam tak best pun ada, tapi apa boleh buat kene jugak ler...sian juga kat 50l3h.

Tak jauh dari pintu kami masuk tempat kami beratur, nampak seorang budak tengah dipangku maknya...lemah tak larat...dari perbualan maknya dengan nurse kat kaunter tu (heheh, terpasang telinga plak sementara nak daftar kat kaunter ;p)...anaknya terjatuh, landing kat kepala...bengkak besar...pastu asyik muntah - muntah & nangis je, aduhai nampak maknya susah hati... mak manalah yang tak susah hati bila tengok anak dalam keadaan gitu kan...hopefully anaknya tak paper la... aku yang tengok pun terasa sedih sangat...

Eh, melalut plak ke cerita lain...ok berbalik pada kes kiteorang...lepas budak tu, sampai la turn kami lak ... Pas bagi butiran, die letak satu surat dalam sampul surat besar, mintak aku bawa 50l3h ke satu kaunter yang lain...tak banyak soal, aku pun pegi jer la...sampai kat tempat ni, aku pun bagi je sampul tu kat pegawai perubatan yang bertugas...tapi dalam hati, pelik gak apesal la tak bagi je kertas tu kat aku tanpa cover ngan sampul surat besau...

Masa kat sini, apak ngan adik pun sampai...sib bek senang carik kiteorang...

Kat tempat tu, aku pun bagi ler butiran yang diperlukan...sementara apak dan anak - anak main mainan kat satu corner ni...(seronok hospital, siap sini ade mainan utk budak- budak main...jd depa tak bosan)

Masa ni, aku nampak kat pegawai tu bawak kuar surat dari sampul tu...nampak red sticker pada dokumen tu...mata ni gatai gak curik tengok, sticker merah tu tulis ...'overly stressed patient'... kene treat cepat...

Huhuhuuu...risau lak rasa tapi kurang sket sebab dah sedia untuk risau sebab tadi kawan dah bagitau, tentang keadaan 50l3h...dlm masa yang sama, hati ni rasa lege sbb tak yah tunggu lama kat tempat yang byk orang tadi.

Memang cepat. Tak sempat duduk, dah kene panggil masuk tempat rawatan. Jumpa dokter, cek bengkak tu,...alhamdulillah, dokter tu kata tak bahaya...sib bek juga masa ni, 50l3h teralih perhatian kat mainan dalam bilik tu... rambang mata sampai lupa jap sakit tu...kalau nak meraung ler...serik jumpa dokter...sebab pengalaman buruknya kene inject aritu...

Pas makan ubat tahan sakit, dokter tu cakap kemungkinan besar tu adalah reaksi alergi terhadap immunisasi tu. Dia tak rasa ni adalah reaksi jangkitan kuman sebab tak nampak tanda2 bengkak bernanah ke hapa...tapi dia bagi juga antibiotik dan nurofen (ibuprofen),...dan minta kami cari Claratyne untuk treat alergi tu. Alhamdulillah...
Tapi incase dia tak larat dan demam panas tinggi, cepat2 datang hospital...

So far arini ok...bengkaknya pun main surut. Tadi pun dah tuam dengan ais, ikut saranan dokter. Demam pun tak de...

Alhamdulillah, syukur rasa...