Thursday, May 7, 2020

MCO: Busy tapi nak gomoi

Busy.
Tapi malam malam buta ni nak gak merapu.


Tengok encemboi kita ni...
Dalam banyak-banyak tempat boleh tido, 
Dia p tidoq ataih journal...
Syok ka tidoq ataih tu?
Hang niii...geram aku...rasa nak gomoi ja!

Thinking mode...

To my love ones


Tuesday, May 5, 2020

If tomorrow never comes...

Kelmarin terima mesej...dari seorang teman lama...  Dia memohon maaf atas silap salah & bertanya jika dia ada hutang yang belum dibayar ke apa...Sekarang, dia memang final stage. Disahkan kanser rahim tahap 4... Tengah2 musim Covid ni, tiada siapa yang boleh nak ziarah. Hanya media social je la yang jadi penghubung.

Ayat paling sedih aku terima, "ko habiskan phd ko tau....aku ni mungkin tak sempat tengok ko pakai baju konvo..." 😭😭😭

(Hatiku tak boleh tahan betul. Sampai masak sahur pun aku menangis nangis...)
Semoga Allah mudahkan urusanmu juga.


tetiba teringat lagu ni....
kita pernah gelak gelak ronan keating selalu menjatuhkan diri sambil nyanyi2 depan kereta...

Saturday, May 2, 2020

Ingat masa susah...

Ingat masa susah dulu, orang orang ni yang betul - betul bersama aku....bukan orang itu...
Ingat masa susah dulu, tangan tangan ni yang menyapu airmata yang meleleh di pipiku,...bukan tangan itu...
Ingat masa susah dulu, tangan tangan ni yang membuka pintu menyambutku, bukan tangan yang menghina itu...
Ingat masa susah dulu, tangan tangan ni yang memelukku erat mengubati kesedihan, bukan tangan itu...

Hanya Allah yang mampu membalas budi baikmu...
Dalam hatiku, ada namamu...
Begitu juga dalam doaku...

Dirimu, asbab ku kemari,...

p/s: kita kawan kawan semua dah standby... 😔😔😔 (sempat baca tak?)...aku je kt pekan.😢


Thursday, April 30, 2020

Wordless entry...

💘💘💘💘💘


Monday, April 27, 2020

MCO - Ramadhan

Ramadhan kalini tak sama macam yang lepas.  Lepas ada kes covid19, terus kawalan ketat kat sini. Ada banyak road block. Kadang aku keluar, kadang apak budak budak ni yang keluar. Sekarang, Pekan dah bertukar jadi zon hijau. Alhamdulillah,...
Tahun-tahun lepas, boleh buka puasa bergilir. Pot luck rumah ni, rumah tu,... Tahun ni tak de. Yang pastinya, tahun ni lain dari lain...

Tahun ni :

1. mak mak pakat turun dapur, kalau bahan tak cukup boleh main passing2 bahan2 masak...sapa bahan tak cukup announce kt group wassap, sapa ada lebih, bagi...apa apa je la...cili ke, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang, asam keping, pisang nangka...modus operandinya, letak atas tembok, pastu tinggal je, amik la sendiri (dengan harapan bapak monyet atau bapak lotong tak amik la...😆)

2. main passing-passing anak pokok...sapa nak serai batang ungu? serai galah? serai wangi? anak pokok pandan? anak pokok kari? bayam brazil?...hah, sistem barter juga dialu-alukan...modus operandinya juga sama macam no 1. Musim mco ni, semua ada kebun sendiri, termasuk la kebun kecik dalam besen comey...😄

3. pakat order berjemaah sebab nak jimat COD. Yela, kalau nak beli kuih rm2, COD je rm3. hahahaaha...baik la kumpul ramai ramai kan? barang basah pun gitu. Biar satu lori trus masuk taman hantar. Senang! duit cod tong tong ramai ramai 💪.

4. hari hari kene cek wassap...tengok org nak buat kutipan order delivery apa harini...kalau tak tercicir pula. Kene paham, yang jiran jiran tak de kuasa telepathy untuk tahu apa kita nak beli. Kalau terlepas, kene tunggu next trip order collection.😏

5. tukar-tukar makanan atas tembok...hahaha...sbb ramai, kene gilir...hari ni dengan org lain, esok dengan org lain, minggu depan dengan orang yg tu semula...hmm, periuk belanga kecik, tak mampu nk masak utk satu taman. kadang bg yang mentah je, mcm buah, ubi...ikut suka la nak masak apa ikut tekak sendiri. Bila time tak masak diam diam aje la...ada rezeki sampai kt tembok, kita terima dengan hati terbuka...💖

6. share iklan makanan. by default, tak de food delivery sampai sini, jd penting utk share info yang boleh cod ke taman ni. Kalau sistem delivery tak jalan pun boleh share jugak...cth, bila kfc delivery boleh take order and bila dia tak amik order...(at least tahu la kenapa...)...kalau tak jenuh ko testing apps tu setiap jam, nak tau bila dia boleh take order....dah macam nak kutip data research pulak gayanya.😝

7.  passing passing buku anak untuk rujukan...buku ada yang tinggal kt sekolah. hahahaha...modus oprandinya juga sama macam no 1. tapi setelah share links buku teks yang boleh di download, lega...dah boleh dpt online.💪

Walaupun tak sama macam tahun tahun lepas, bersyukurlah...
kita masih sihat, hidup lagi, dikelilingi orang orang yang baik, ada rumah, ada lg duit nak membeli barang keperluan & makanan, masih selamat, ada internet untuk akses maklumat...

Hmm.......

Tuesday, April 21, 2020

MCO : I have to love me

Hmmm...

Penat. Nak rehat...
Today is my I-want-to-pamper-myself-day. 💖