Ramadhan kalini tak sama macam yang lepas. Lepas ada kes covid19, terus kawalan ketat kat sini. Ada banyak road block. Kadang aku keluar, kadang apak budak budak ni yang keluar. Sekarang, Pekan dah bertukar jadi zon hijau. Alhamdulillah,...
Tahun-tahun lepas, boleh buka puasa bergilir. Pot luck rumah ni, rumah tu,... Tahun ni tak de. Yang pastinya, tahun ni lain dari lain...
Tahun ni :
1. mak mak pakat turun dapur, kalau bahan tak cukup boleh main passing2 bahan2 masak...sapa bahan tak cukup announce kt group wassap, sapa ada lebih, bagi...apa apa je la...cili ke, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang, asam keping, pisang nangka...modus operandinya, letak atas tembok, pastu tinggal je, amik la sendiri (dengan harapan bapak monyet atau bapak lotong tak amik la...😆)
2. main passing-passing anak pokok...sapa nak serai batang ungu? serai galah? serai wangi? anak pokok pandan? anak pokok kari? bayam brazil?...hah, sistem barter juga dialu-alukan...modus operandinya juga sama macam no 1. Musim mco ni, semua ada kebun sendiri, termasuk la kebun kecik dalam besen comey...😄
3. pakat order berjemaah sebab nak jimat COD. Yela, kalau nak beli kuih rm2, COD je rm3. hahahaaha...baik la kumpul ramai ramai kan? barang basah pun gitu. Biar satu lori trus masuk taman hantar. Senang! duit cod tong tong ramai ramai 💪.
4. hari hari kene cek wassap...tengok org nak buat kutipan order delivery apa harini...kalau tak tercicir pula. Kene paham, yang jiran jiran tak de kuasa telepathy untuk tahu apa kita nak beli. Kalau terlepas, kene tunggu next trip order collection.😏
5. tukar-tukar makanan atas tembok...hahaha...sbb ramai, kene gilir...hari ni dengan org lain, esok dengan org lain, minggu depan dengan orang yg tu semula...hmm, periuk belanga kecik, tak mampu nk masak utk satu taman. kadang bg yang mentah je, mcm buah, ubi...ikut suka la nak masak apa ikut tekak sendiri. Bila time tak masak diam diam aje la...ada rezeki sampai kt tembok, kita terima dengan hati terbuka...💖
6. share iklan makanan. by default, tak de food delivery sampai sini, jd penting utk share info yang boleh cod ke taman ni. Kalau sistem delivery tak jalan pun boleh share jugak...cth, bila kfc delivery boleh take order and bila dia tak amik order...(at least tahu la kenapa...)...kalau tak jenuh ko testing apps tu setiap jam, nak tau bila dia boleh take order....dah macam nak kutip data research pulak gayanya.😝
7. passing passing buku anak untuk rujukan...buku ada yang tinggal kt sekolah. hahahaha...modus oprandinya juga sama macam no 1. tapi setelah share links buku teks yang boleh di download, lega...dah boleh dpt online.💪
Walaupun tak sama macam tahun tahun lepas, bersyukurlah...
kita masih sihat, hidup lagi, dikelilingi orang orang yang baik, ada rumah, ada lg duit nak membeli barang keperluan & makanan, masih selamat, ada internet untuk akses maklumat...
Hmm.......
Monday, April 27, 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment