Alhamdulillah, panjang lagi umur...bertambah satu angka lagi umurku...
Kalau tahun lepas, serabut jiwaku...dengan studynya, dengan sv nya, dengan sedih terima berita langit runtuh atas kepala lagi,... Tunggang terbalik hormon aku! Rasa nak give up je study. Masa tu pikir, antara nikmat yang aku teringin sangat..... Aku just nak balik rumah enjoy soto & asam pedas mak aku je...
Tahun ni, Covid19 naik semula. Kawasan rumah parents aku sekarang zon merah. Dapat berbual dalam telepon je, wish. Jadilah! Itupun 3x call....hahaha, cakap macam tak cukup talipon... Minggu ni, atuk sedaraku meninggal di Kuala Terengganu. Nenek aku sangat sedih, abang dia dah tak de...Kalau tak sebab wabak, isu keluar masuk border, & kuarantin, aku rasa mau separuh spore tu turun KT minggu ni... Aku dah siap berkira kira kalau datang semua tu, aku pikir, aku akan sumbatkan semua kt Hotel Ancasa laaa...Masak makan, semua kt rumahku... (Jangan jadi cluster baru sudah...)...tapi dengan social media, di online sahaja semua berjumpa... air mata tak tumpah dibahu, hanya di baju sendiri sahaja...😢... Aku tak rapat sangat dengan famili atuk sedara ku ini...tapi sebagai keluarga yg plg terdekat (di belah nenek) disini, aku kene juga menjalankan kewajipan aku sebagai duta keluarga...online juga la.
Jumaat, anak bujangku dibenarkan pulang bermalam minggu ni. Gara gara kes Covid 19 naik semula, semua outing dan pulang bermalam pihak sekolah bekukan. Lama terkurung di asrama, tersiksa katanya. Minggu ni baru dapat. Itupun, hanya pelajar yang tinggal di kawasan kuning dan hijau sahaja dibenarkan pulang bermalam. Yang zon merah, memang tak boleh langsung dapat kebenaran.....Alah budak ni, 15 minit je. Dokek yo....Terseksa apanya...Dia siap tanya, bam nak makan masakan mama boleh?... makanan asrama tak sesedap mama punya...
"Boleh...". Heheheeeee...ada orang rindu kita rupanya. Patut la bulu mataku gugur... Bila tengok muka sorang - sorang, dengan apaknyeee sekali rupanya, rindu nak kita turun dapur.....Hmmm, ye la ye la... minggu ni birthday girl masak. Pastu anak-anak tanya, " Mama nak hadiah apa tahun ni ?..."
Tahun ni dengan kes Covid19 yang makin naik, baik berjimat. Aku tak nak anak anak kene korek tabung nak beli hadiah untuk aku. Baik simpan untuk keperluan penting.
"Ok, mama nak rumah bersih....nak mintak tolong semua kemaskan kemas sekemas kemashnyaaaa....& kek la sikit... tu je, boleh?"
"Ok"... tiga - tiga orang setuju. (tengkiu 😘)
Memandangkan aku dah lama tak kemas rumah,(sikit sikit aje 😅)... Jadi, aku nak rumah bersih. Bersih sebersihnya & kemas sekemas-kemasnya... kalau boleh aku nak level, taik hidung atas lantai pun tak de....😆😆😆Tu hadiah harijadi untuk aku tahun ni. So, minggu ni aku dapat rumah yang bersih tanpa perlu buat apa apa....Yeay... Aku sangat suka....💓💓💓
Tadi, bam dah kembali semula ke asrama.... mesti lama x dapat balik. Hmmmh,....aku tak kira, dia dah masuk kereta pun aku suh dia masuk balik, peluk dulu sebelum pergi jugak.........
Hisk hisk hisk....Harijadi kita, nak tinggal kita... boleh dia tak nak peluk kita pulak!
(p/s: yang sebenarnya, mama dia yang sedih.... 15 minit jarak dengan kereta pun sedih tau! bukan dapat tengok muka.....huwaaaaaa)
Utk kawan2 bam yang tak dapat balik, apak belanja makanan sikit bagi gembirakan hati - hati yg tak dapat pulang di asrama...