Tuesday, March 16, 2021

Naget Ayam


Go for less processed food,... 

Masa kat oversea, nak dapat makanan halal tak semudah Msia. Lebih selamat masak sendiri...
Kalau nak naget, buat sendiri... Masa kt oz, selalu depa galakkan home made cookings. Bekal anak, mesti homemade & healthy. Masyarakat dididik untuk kurangkan kebergantungan pada processed food. Banyak chemical additives & preservatives selalunya. Malas pun terpaksa rajin. Resepi kt atas ni, aku pernah adapt jadikan ala ala naget tempura....anak-anak ku tak suka berhabuk...serbuk roti tu depa tak suka...melekat kt mulut. Cuma,...kadang daku ni nk cepat. Aku mengelat. Ku potong dada ayam je, dalam ketulan saiz naget & tempurakan......goreng. Masak, pastu makan la panas - panas dengan sos cili. Sos cili megi ke , jalen ke...aminah hasan ke boleh belaka.... Tapi tu bukan makan naget kan? tu makan ayam namanya..........apela......tak pe, janji ada secret ingredient...kan? 😉 (clue : ada kat video atas )

Pastu anak pelik, kenapa naget orang tak macam naget mama kita, ya? 😄


Monday, March 15, 2021

Minggu ni...

Minggu ni, 

1. Tinggal mama & anak anak je kat sini. Apak balik Lenggong, teman opah jenguk rumah kat kampung. Sejak atuk meninggal, dia tak pernah balik ke rumah di kampung. Mama & anak - anak tak balik. Anak- anak sekolah, ada homework. Macam bam, due date dia agak tight walaupun sekolah kt rumah. Malam je, dah kene submit. Ada jugak kerja yang esok harinya...pagi-pagi dah kene submit. Tak perlah,...Banyak benda mama boleh setel sendiri kat sini... Dun wori tu mac lah.... Opah lebih memerlukan apak saat - saat gini....

2. Mama dah start semester baru. Sem ni, mama masuk kelas. Kalau dulu awal awal, dulu menumpang la kelas kt uni orang lain.....Sekarang, kt tempat kita sendiri dah ada. Tak yah merempat, buat muka tak malu...hehehehee... Sib bek kwn sendiri yang mengajar atau lecturer lama sendiri. Bila tengok list, orang semua guna geran pgrs, join kelas. I wish I can too... (Everytime bila teringat balik kenangan nak minta geran pgrs, rasa ralat tak habissss...sampai bila-bila takkan lupa. Orang lain tak isi borang pgrs macam level frgs pun., dapat je...) 

3. April ni, bam akan balik ke asrama. Adik? (Kita nak simpan adik punya cerita nanti). Sejak sekolah menengah ni, kami sempat beli baju sekolah anak anak sepasang je. Itupun lepas kementerian tarik balik pembukaan sekolah, sambung belajar dari rumah....Entah muat lagi ke idak baju tu......Idea ke sekolah dengan pakaian bebas (tapi sopan) juga bagus. Jimat.........

4. Minggu ni apak akan bawak bakal kereta kedua mama, balik pekan...Kami perlukan kereta kedua. Apak kata, ni je dia mampu. Bukan mers... Asal tak rosak tengah jalan, ok je. Mama ni dah la bukan tahu sangat pasal kereta. Tahu bawak je. Lama dah kami kongsi kereta. Sekarang, dia dah semakin sibuk. Kene travel banyak. Nak menumpang orang juga dia segan nak menyusahkan. Mama terima aje lah, apa yang apak mampu beli... Bukan mers, pun tak pe la..... Asal dia tak suruhh naik kereta lembu, yang geraknya sejam sebatu, sudah.......😁


5. Sambil sambil run itu ini, sempat jugak korek balik paper-paper separuh jalan yang dulu.....I m thinking to sambung balik tulis. Sayang ! Nanti lah.... will get back to you

6. Berat naik 6 kg. 😨😨😨😨..............................

Tuesday, March 2, 2021

C pun C lah...

Kesibukan yang melanda diri menjadikan aku penat. Penat nak menaip blog. Tapi aku tak pernah penat untuk bermimipi....hahahhaa. Baru baru ni, terpandang iklan youtube, iklan kereta Mercedes C class baru... Pandai youtube pancing... Cantikkkk,....Whoaaaaa WOW! Sejak satu kereta ni,...kita merisik macam macam jenis kereta...

Sebagai surirumah tak bergaji, tiada pencen atau simpanan kwsp, dan student tak berelaun, aku seharusnya sedar diri. Walaupun teringin nak dengar laki tanya,

"Yang, yang....yang nak beli kereta apa? abang beli...pilih je mana suka..."

Dinda suka Merssss....Dinda nak yang niiii... Dinda nak yang niiiiiii  vrooommmmmm vroooommmm . Dapat naik ni, tak turun turun bini dia....(Habis rabak poket laki aku...😂😂😂)


p/s: dapat belum tentu, biarpun dalam mimpi. teruskan berangan...😄 

Tuesday, February 16, 2021

"Good Bye, Atuk..."

The moment when the news hit...

Twas jam around 1 pagi. Tgh berkemas nk tido. My husband hand me his phone. Suh baca wassap, from his sister. Pas tu dia lari mana entah. Aku pun buka la. Baca - baca semua. Nampak video belum buka lg. My husband tak sanggup play the video. Nevermind,... sedih, pahit, kelat macamana pun, i still want to play the video.... video apaknya tengah diselamatkan oleh paramedik. Ye, memang sedih. Sedih tak sedih, kene face jugak feeling tu. Malam tu, sebelum gerak, kami amik wuduk. Solat & doa, semoga Allah mudahkan urusan...

"Kemas sekarang, yang....kita balik KL malam ni. Kejut anak anak...abang nk g balai polis amik surat kebenaran rentas negeri"

Alamak, ada baju yang belum basuh lagi... Sebab basuh ikut turn kan....Sorang-sorang bajunya dah segunung. Ampaian n sesi basuh memang kene catu. Kubungkus n lipat je la apa yang ada. Tak cukup 90 darjah lipatan pun lantak lah, janji masuk beg. 

Masa kejutan pertama, anak-anak lalok, mengantuk... Masing masing belum tercabut dari katil. Punya la payah gerak. Boleh pulak dia sambung menonggeng tido kt katil.... Aduuuuh,...

"Cepat!...cepat amik baju 2 pasang baju biasa + 1 pasang baju jalan, kita kene balik KL skrg!"

"kenapa, mama?..." 

"Atuk,...Atuk jatuh, tak sedar diri... Eiiii, cepatlah bangun..." masa ni tak sebut lg atuk dah takde...walaupun hati kuat mengatakan atuk depa dah tak de.

"Eiiii, BANGUUUUN!!!... CEPAAAT! CEPAAAT KEMAS BAJU... mama dah tulis kt whiteboard apa yg nk kene bawak. LEKAS!!!! "

Dah tukar nada hulk, baru bangun...Hiiiiii....

Gedebak gedebuk....berjaya kemas juga akhirnya. 1jam 15 minit. (Kucing terpaksa makan apa yang ada. Kene mintak jiran2 tolong letakkan makanan dieorang) 

Jam 2.20am, kami bertolak ke KL.
Dah masuk kereta,... baru apak depa kabo yang atok dah tak de. Cuma belum sah lg dengan doktor & polis... Last time masa dapat balik kampung, itulah last kami bersama atuk masa atuk masih ada. Apak dah lama nak balik lagi. tapi bila PKP, niat tu tertangguh sampai la malam tu. Kami balik kalini, atuk dah tak de. Apak sekarang ada opah sahaja. 

----------------------------------------------------------------------------------

Transit at my parents house...

Kami drive bergilir-gilir. Sampai KL, kami pergi rumah my parents dulu. Solat subuh n sarapan. Masuk rumah je, terus ku ke dapur. Masak sarapan. (Nasik putih telur dadar je). Tak nak susahkan my mom. Gagahkan diri masak jugak. Tak nak anak anak bising kelaparan kt rumah maklong depa. Datang rumah orang buat perangai je kang nanti! 

Tak tahu lagi kt sana macamana keadaan. Yang pasti bila perut kenyang, kurang meragam. Lepas makan, kami terus gerak. Tak mandi, gosok gigi je. Pakai baju yg sedia ada. Masa ni la sedar macam macam tak cukup rupanya.... itu tertinggal la ini tertinggal la (kita p beli nanti laaa...)

-----------------------------------------------------------------------------------

A sorrowful experience. 

Sampai rumah my SIL,...apak la orang yang paling nk tengok apaknya. Then, bam pun naik tingkat atas tengok atuk. Setelah sekian waktu, bam duduk kt tangga. Kepala kt lutut. Menangis. Teringat kenangan bersama atuk barangkali. Ku peluk kejap. 

"Bam sedih ke? Semua yang hidup akan mati bam.... sampai masa, mama n apak pun satu hari nanti akan mati jugak...Kita yang hidup ni, boleh doa yang baik - baik untuk dia. Doa kita sampai kat dia." 

Aku pun naik, jumpa ayah mertuaku.
Kalau dulu, dia akan mengusik sekarang tak lagi.
Kalau dulu, dia suka menduga, sekarang tak lagi.
Kalau dulu, dia suka bercerita, sekarang tak lagi.
Kalau dulu dia suka bergurau, sekarang tak lagi.
Sedih, tapi biar ku simpan gembeng ni. Tak pe, menantu apak ni kuat...

Keadaannya di kekalkan pada keadaan asal sebab nak tunggu pengesahan kematian. Cuma berselimut, dan dah berikat dagu. Lepas tu jenazah diangkat turun ke ruang tamu,... Ku suruh budak budak ni tatap jenazah atuk... Adik tak mahu dekat. Dia nak tengok dari jauh. Bam berani, duduk dekat. 

In fact masa mandikan jenazah, bam & apak ikut masuk di tempat mandi jenazah, mandikan atuk. Adik teman mama. Mama pilih duduk kat luar. Biar cucu-cucu dan anak-anak ke dalam.

Mama jalan jalan sekitar masjid. Kemas, bersih. Tempat mandi jenazah juga kemas, bersih, teratur. Pakaian plastik untuk juru mandi lengkap. Pendek kata, kelengkapan semua moden. Tak macam yang biasa aku tengok kat masjid kampung - kampung. Set - set kelengkapan jenazah lelaki dan perempuan ready-made tersusun kat rak yang disediakan. 

Bagus masjid ni. (aku lupa dah nama masjid ni)

Lepas solat jenazah, bam nak stay sama pak ngah dgn atuk dlm van jenazah utk bergerak ke tapak perkuburan. Mama, apak n adik follow dengan kereta kt belakang. Semua cucu - cucu lelaki tolong kuburkan atuk. Kami duduk kat tepi, teman opah. Kebetulan tukang gali kubur tu juga ada pertalian keluarga juga (bau-bau bacang kata orang) Sebelum kami tahu kubur atuk kat mana, dia dah tahu dulu. Zaman canggih, teknologi komunikasi moden...semua tu dah tak mustahil. Dia dah select lokasi yang baik untuk kubur atuk. Hebat, kan kuasa Allah... Tak rancang pun.....tapi semua aturan Allah cantik je. Dari masa sakitnya, lepas satu, satu sampai la masa saat kuburnya...Alhamdulillah.  

"Saat kita semua sampai je kat kereta, dah lebih 7 langkah dari kubur atuk....... Atuk dah start kene soal jawab dengan malaikat dah ni"

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa atuk. Mudah mudahan atuk tergolong dalam golongan orang orang beriman...

Amin.

Monday, February 8, 2021

Risalah hati 2021...

Semalam join talk live ttg phd journey during covid19. Akak senior ni beriya-iya invite. Suh join. Nak bagi upkan semangat katanya..... siap kompemkan suh tengok. Adeiii, ye la, ye la... sambil kunyah kunyah makanan, kita pun join la depan laptop. Online.
Hmm....
Macam-macam isu....kebanyakkan cerita masalah pengajian, uni, student-sv relationship, pengalaman buruk ms study phd,...Ada juga cerita pengalaman kelakar & tragis masa viva online, haduh....well, ok, rare stories betul! Tapi in overall, ok la...  interesting discussions. Memang nak habiskan phd jadi risalah hati tahun ni... 

Dah habis sesi tu aku pun ngusik akak tu, (sbb dia bujang lagi...) kt wassap...

aku : "dah habis dah tengok.... Tq, akak. Hensem nooo former tnc korang...."
dia : "hahhahahahhaa bachelor terhangat tuuuu 50 tahun dah umur dia"
aku : "50 tahun? hensem & bujang lagi? rare sungguh tuuuuuu....akak tak pi try kenyit kenyit mata ka? "
dia: "tak la, banyak competition....kene compete dgn lecturer muda yang jauh lebih lawa...tu blom masuk students "

aku : "student pun try??? dasattt nooooo"
dia : "ramaiiiiiii...."

aku : "research student dia ramai?"
dia : "ramai...tapi semua tak GOT."

aku : "aih, takut sy amik ka?"
dia : "uish, kene sailang cepat cepat...hahahhahahaaha" 

aku : " Adeiii....sy pun da tak cun akak... hahahahaha, jgn risau. Btw, tq for the sharing,...doakan sy dapat habiskan naaa"

Hahahhahahahaaaa.... cakap tu macam iye iye je dia sailang 😄😄😄....padahal x de pun....kelako plak rasa...Macam biasa la kami ni...bergurau tak habih kalau jumpa. Dulu masa dia tgh perabiskan phd kt sini, bila dia mai...kadang kumasak lebih atau beli, buat bekal makan... sebab tau, dia tak dan nak makan betul betul sbb sibuk. La ni masing masing sibuk. Nak buleh dapat jumpa lagi pun tak tahu bila....

Semalam dengar version lagu Risalah Hati dari Lyodra & Dewa, hmmmmm...sedap jugak... suka versi ni,...Lebih ceria dr versi asal...😊

p/s: Yang sebenarnya 'Risaulah Hati', sebab tak habis study lagi...



Saturday, February 6, 2021

Time off

Harini ni nak cuti sepenuhnya. Tak nak pegang kerja phd. Rehatkan minda. 

Pagi-pagi dah keluar beli sarapan. Sarapan juga malas masak. Nak yang terus boleh ngap! Makan je. tak yah bersilat di dapur. So, pagi ni tekak nak makan yang org lain masak. Mama & apak nak cari nasik kerabu sedap pagi ni. Anak anak pulak nak ns minyak. (Tu pasal mama malas masak! Beli aje, senang)  Tapi tak banyak orang jual nasi kerabu pagi yang sedap kat Pekan ni. Dulu ada D'Aisyah.....sekarang dah tutup. So, Hentam sajalah. 

Ni sat g, nak pi lecek pisang. Buat cengkodok plak. Budak budak ni, tak mo makan cucuq pisang kt kedai,....depa nk ht huduh mama buat jugak. Mama kata, beli aje la, kedai ada jual. Mama byk keje.....Depa tak mau.... Hah, hangpa tak mau, hangpa tunggu mama free... lantak kt hangpa makan cucuq hat huduh2 tu....😆😆😆   

K lah, mama nak masak kari udang & ayam masak kicap.  Sekarang tengah layan lagu....currently, bunga angkasa by terra rossaaa... jap lagi boleh la sambung nyanyi sambil goreng cucur cekodok nanti... 


Monday, February 1, 2021

Rindu Roti Jala



Pagini, pagi pagi buta aku teringin roti jala...

Dulu masa kat Perth, aku selalu ngendeng ngan sorang akak ni, sebab dia pandia masak hehehe...sedap roti jala n kari ayamnya. Rindu-rindu Msia, g la kacau dia. Terkenang zaman study IELTS dengan dia...& berhujung minggu dengan piknik! ...Setiap kali, reconnecting, keeping in touch, mesti rasa bersemangat balik belajar. Masa tu, dia kene skor band 8 semua bahagian (sebab nak jd doktor)... Sebab ada dia, kita tertumpang sekali belajar, ada la teman....Rinduuuuuu...💓💓💓 baru baru ni lepas apak kuar tv, ramai plak kwn -kwn tanya khabar...

Sepanjang minggu menjadi isteri kepada org yang tetiba tirkinal di pirsada donia, aku hanya duk diam diam je... FB suamiku dibanjiri posting posting tag namanya. Berdebo lakiku nak kene diinterbiu...

"Yang, esok abang masuk radio..."  
"Yang, tolong gosok baju & seluar, ada interbiu "
"Yang, rabu abang masuk tv..."

Alhamdulillah...Semua berjalan lancar....Malam sebelum interbiu, aku sempat la bergedik gedik di studionya. Oooo ini keje kau yeee???.....Jadi itulah punca aku ditinggalkan???.....Kinii mengertilah aku.... (drama laaa sangat....😉😏) Kerja yang dia buat tu bukan kerja sehari dua. Lama. Pergi pagi, balik petang. Malam pergi lagi. Tengah malam baru balik. Guna duit sendiri, nak explore itu ini... Mudah mudahan dilapangkan urusan dan diberkati Allah...  

Masa dengan kiteorang memang terkorban la skit.... ( Asal kami cukup makan, cukup kasih sayang, x terabai....tak pe,....Tapi kalau utama kan keje, sampai kami anak beranak terabai, aku tak redha...) 

Aku? macam biasa, Aku hanya pompom girl di background...Tiada keperluan untuk menonjol.
Sejak kes Covid kat pekan naik, kami anak beranak duk diam diam dalam rumah. 
Entah bila la akan berakhir... kene intebiu pun skrg, online je... hahah

k la, nk g minum teh.