Saturday, February 5, 2022

Is it me you looking for?


Minggu lepas, pelepasan cuti CNY diberi pada batch bam untuk balik. Dah 3 minggu bam balik maktab. Terasa kosong bilik dia kt rumah...Tapi minggu lepas, terisi semula dengan tuannya.😊 Sepatutnya minggu ni batch bam balik ke maktab semula, tapi harini pengetua menerima arahan untuk tidak membenarkan pelajar yang bercuti CNY balik ke maktab. Jadinya sekarang, semua ada kt rumah...💖 Mama & apak kene jadi cikgu kat rumah semula nampaknya... 

Hmmm....

At the same time, I got to have my own time to finish my study....
Ya Allah, mudahkanlah....Amin.

Monday, January 31, 2022

Tag : 3 Iklan drama...

Pilih 3 iklan drama yang anda rasa suka dan terasa dekat dengan hidup anda...

Ok, ni 3 iklan yang daku pilih...


Iklan 1 : The Gift of Opportunity


 Iklan 2 : Gelora


Iklan 3 : Hutang Tak Bayar

Tuesday, January 25, 2022

Menjelajah ke Rompin 2022

Minggu lepas apak ada bengkel kt Rompin. Tak larat - tak larat pun gedik ikut jugak. Lepas amik booster ni memang terasa kepala pusing, nak muntah & nak tido je memanjang. Kalau tak ikut, duk rumah bukan buat apa pun. So kita pi jalan - jalan, tengok sana ada apa. Salah satunya, pi tengok kedai makan. Kedai makan kat bandar Rompin ni, boleh kata semua menu ada udang galah. Ada yang mahal, ada yang murah. Kebanyakan kedai makan, boleh walk in. Ada yang kene tempah dulu, sebelum datang makan. Takut permintaan tak mampu ditunaikan agaknya....Ada satu kedai tu, kami nak mai, tapi org tu habaq udang dia dah habih. Jadi bukan rezeki la nk makan situ. Tak pa la. Lenkali. Malam plak, aktiviti tengok bulan naik dari arah laut.

Ni camera dr phone mama, kalau camera DSLR apak lagi cantik kot.

Hari ahad tu, apak kata dah boleh buat aktiviti bebas. Ingatkan lepas check out, kami terus balik Pekan. Sekali dia pi bawak ke Taman Negeri Rompin daaaaaa. Adeiii la....Mama ni dah la pakai skirt!!! Sampai sana, sarung seluar.  Habis kaki ni kita lumurkan dengan minyak angin cap yu yee....Takut pacat panjat!

Ni kalau shoot cantik2 ni boleh nampak macam Canada. Perasan je, tapi bukan Canada. Hakikatnya, ce tengok. Pokok kiri kanan kat jalan tu pun lain. Yang sama, suasana. Dalam kesunyian, penuh dengan bunyi-bunyi makhluk hutan. Bunyi sungai mengalir. Bau segar hutan. Di bawah langit biru dan awan nan putih ni, tersergam pokok - pokok hijau hutan negeri Pahang. Sumber oksigen dunia ni! Habitat semulajadi pelbagai haiwan. Ha...harini kita bawak saintis kecik, tengok hutan negara kita. 

 Dulu combined Endau-Rompin.
La ni, dah asing - asing. Jabatan hutan belah Rompin urus hutan belah Pahang ni. 
Yang kt Endau, bawah pengurusan Johor.

Ni, student postgrad melayan perasaan...
Model tak siap, dia lari masuk hutan...😂😂😂


Lepas penat jalan, kita g makan.
Dua kedai ni famous dikalangan bike riders. Orang datang tak putus - putus.
Tapi daku, tak boleh stay lama - lama, banyak sangat makanan.
Berat baru je turun dr 95 ke 92 ke 89kg ni....kita nak turunkan lagi...insyaAllah.

Mee udang! Ooops...alamak termakan tiga-tiga plak udang tu...😋😄
Apak? Dia tengok je anak bini makan.
Dia makan lauk lain...
Sokmo gitu.

Tuesday, January 18, 2022

Short update

1. Bam dah balik asrama. Tengah exam akhir tahun. Dalam masa yang sama, debaran semakin terasa. Esok keluar result, IGCSE.  Mama & apak ni hanya mampu doakan yang terbaik.  Amin.  Dalam masa yang sama juga tadi dah pesan, kalau dapat tak ok, its ok utk frust. Tapi jangan lama - lama. Terima hakikat, & move on....

2. Adik blom balik asrama. Dia pdpr je. Kemain seronok budak asrama-sekejap-masuk-sekejap-balik ni enjoy. 

3. Rabu ni, mama akan amik vaksin penggalak....kenapa la namanya 'penggalak'....macam gatai je bunyiknya ....Tapi mama percaya, vaksin penggalak bukan menyebabkan orang gatai....😆 Dengar cerita, ramai yang tumbang, pening-pening, sakit kepala & susah nak bangun. Nasib baik jugak adik ada ....Harap-harap badan ni kuat la...Amin. Kalau haritu dah amik Sinovac, jadi vaksin penggalak depa akan bagi sama ada Pfizer atau AZ. Erm...ok, nanti kita tengok dapat apa...

4. Kerja pun dah belasah awal...so, time tumbang nanti, slow la sket....atau maybe no progress at all.


Wednesday, January 12, 2022

Polisi baru : beli 10 free 1

 

WoW!
Beli 10 ayam percik, dapat 1 free...
Best polisi baru abang ni...
Harini, sy nak beli 3...Minggu depan saya mai singgah lagi naaa...Lama - lama nanti cukup la 10 tu. 20...30...pun tak per... 
Tapi kan, bang....
Saya tak nak ayam free je... 
Saya nak abang...
Eeehh,...Bukan untuk kawen lagi,...Bukan...Bukan...Ooooh...No...No...Merajuk suami saya kang...
Abang sekarang menteri kesihatan kan, apa kata...Abang supply data utk model saya, boleh?
Saya student je,...Bukan polis paling lawa di Malaysia....
Hahahahahahahaha....Terima lah entry angan - angan merapu di awal tahun...
Berangan no 1!

😁

Friday, December 31, 2021

Animal Rescue Ranger

Bila anak-anak kt asrama, mama la yang suka jalan - jalan, makan angin naik motor sama - sama dengan apak......pergi sana...pergi sini....tapi kalini, bagi chance la plak kt anak - anak naik motor dengan apak, sebelum balik ke asrama. Selalu, kalau balik, balik dengan tangan kosong atau dengan makanan. Kalini lain plak jadinya....

Rabu kelmarin, ngam ngam sebelum maghrib....tetiba dengar ada bunyi kambing kt depan rumah. 

"Mama!...Mama!..."

Apasal pulak la....terjerit2 ni.

"Mama, kita bawak balik anak kambing ni...."

"Haa? nak buat apa?"

"Dia terjatuh dalam longkang besar tu....skrg ni macam nak hujan, mak dia tak de kat situ...apak kata nanti dia iklankan kt wassap...tunggu tuan dia datang"

Hiii, asal binatang tak de mama je depa ni bawak balik rumah....teruk la mama. Asyik kene jadi mama tumpang pada binatang tiada mama. Kalini anak kambing pulak. Kecik lagi, baru lahir ni.......

"Bam, Dik, n apak yang jaga ye? mama tamau, mama geli....."

Terkekeh - kekeh budak dua orang ni gelak-gelak. 

"Nak letak mana ni, mama? kang dia makan pokok mama nanti..."

"haa pi bukak kandang kucing yang besar tu, buh dalam tu dulu la malam ni"

Sangkar tu, di 'cover' supaya tak kene hujan & angin sejuk. Malam Rabu tu, memang hujan lebat. Memang naya la anak kambing ni kalau dibiarkan situ. Air kt longkang besar tu pun dah meninggi & deras. Dari lepas maghrib sampai khamis tengah hari, masih tak de orang claim lagi anak kambing ni. Hujan masih turun....kejap lebat, kejap renyai...kadang2 berhenti. Kesian pulak nak lepaskan bebas tanpa ibu.

Saat dah reda sket hujan petang khamis tu, terdengar bunyi kambing kt area belakang rumah. Kuat kambing tu menjerit2....

"Mama, adik rasa adik dengar bunyi kambing la kt belakang ni......jangan - jangan tu emak dia datang cari anak dia tak?"

"Ok la kita try la, bawak dia tengok. Kalau ada mak dia, dia terima la anak dia. Kalau tu bukan kumpulan dia, kene reject." Kami bertiga pun bawak la anak kambing tu ke tempat mula-mula jumpa dia. Apak tak de. Apak kt opis. Cuti sekolah ni, mama stay kt rumah (sambil buat kerja & jd guru besar tak bertauliah)....

Sampai kat situ, memang ada sekumpulan kambing kat situ..... Anak kambing pun dilepaskan. Menjerit2 dia.....lari tak tentu arah. Dari jauh, mak kambing meluru datang. Sahut jeritan anak kambing. Adik beradik dia pun mai sekali....terjerit- jerit sekalik jugak....Jumpa maknya, terus dia menyusu pada emaknya. Semalam, bagi sayur, tak makan. Anak kambing ni tak belajar makan lagi agaknya. Dia hanya minum air je.

Kami pun cepat2 cabut. Takut weh, kang tak pasal-pasal kene tanduk.
Mak ayam pun garang, bila ada anak. 

Berjaya misi jejak kasih, kali ni.Lega rasa, Alhamdulillah.
Selesai sudah misi Rescue Ranger kalini...

Hiii,...anak kucing la, anak kambing la, ikan puyu la...ikan sepat la...anak ular rusuk kerbau la. anak tikus la....anak monyet la...macam - macam...

Selamat Tahun Baru , jaga diri baik - baik...😀

Thursday, December 23, 2021

Happy Anniversary & Happy Birthday, Abang

Ahad, 19 Disember tu sepatutnya apak balik dari Genting. Plan asalnya, kami nak g kuantan celebrate. Disebabkan banjir, jadi tiket wayang yang dah booked haritu, kira burn! Bukan rezeki....

Nasib baik, dapat balik hari isnin. Masa balik ke sini, apak travel balik ikut laluan n9....Sompek la lalu seromban & batu kikir.... Sampai situ, dia ingat buleh jumpe jambatan bosi,....Dia kata tak jumpa pun, mana?.....Aku pun tanya, gulai udang sebelango ado? Terlopeh lah tuuuu.... Hahahhahahahaaaaaa.....


Sampai kek kola pilah, dia beli itik salai & daging salai bawak balik....Jadi, satu hadiah anniversary, satu hadiah birthday. Tapi dua- dua kegemaran bini dia. Bukan dia. Disalai dengan asap dari bakaran kayu pokok langsat. Sodapnyeeeee laaaaahaiiiiiii......lamo bini die tak makan. Salaiannya memang cantik! Bau sedap! Aku tanya laki aku, ..... Orang tua ye yang punya kedai?.... Ha a.....jawabnya. Aku suka orang tua ni punya daging salai & itik salai. Orang tua ni, memang pandai buat. Tengok hasil salai pun tahuuuu..........orang muda sekarang, aku tak rasa ada skill ni. 

Tak po lah abang, milah tak do, tapi ecah adeeeee, kan...
Jom celebrate birthday & anniversary .... dah tua - tua pun, gedik sket jodohmu.....terimalah seadanya 😆


p/s: kerja phd ku hanyut ke laut juga minggu ni...hmmmmm