Monday, February 7, 2022

Topik borak dengan orang luar...

Sejak COVID ni, aktiviti berjumpa dengan orang sangat kurang. Kalau jumpa pun, sapa je? Famili, sv, jiran,...Yang online meeting pun, sv, cikgu aku, meeting batch sengkatan kelas international aku, meeting postgrads,...kadang2 ada la dengan kawan2. Tu je la sepanjang 2 tahun ni. Recently, geng kelas international aku ada la sesi ala - ala coffee talk sesama sendiri....yela, kita dah bersama lama kan... Dalam group ni, dah semacam trend pulak bila sorang demi sorang kene present apa - apa la topik tempat masing - masing. Its a good thing actually. Tak de la mode serius je kan bila kita jumpa...Antara topik yang pernah dibualkan :

  • Negara 
Dieorang masing2 cerita la apa yang menarik atau pelik kt negara dieorang. Aku juga belajar kenal dunia lain dan budaya dieorang. Bila sampai turn aku, aku tak reti nak mula. Memang kalau sebut Msia, rata - rata tak tahu... kecuali lepas kejadian MH370 & MH17....Yang hairannya, KLCC tau....1MDB tau...pelik kan? Sememangnya aku la yang kene explain Msia ni kat mana...Siap tunjuk garisan khatulistiwa peta dunia mana lokasinya... Yang peliknya, dieorang kenal Indonesia, Thailand & Spore....tapi Msia yang kat tongah-tongah tu depa tak tau kat mana.....Rasa macam mengajar geografi plak...aku pun pin point laaa...lokasi aku tepi Pahang, situu kt sebelah Laut China Selatan.... Semua ternga-nga je dengar aku pok pek pok pek...bercerita...Nasib la kan...😄...kt Pekan ni ada apa? Aku cakap banyak hutan, sungai & wildlife....😁
  • "What kind of people are you?"...."I can't quite guess your race".....
Hmmm....kalau Msia, dalam borang aku tulis je la melayu atau malay. Tapi secara genetic,...Campur2 suda jugak la...cina sket jawa sket siam sket bugis sket kot belanda sket plak ke kan.....Tapi yang zahir sekarang, yang ni lah. Ada yang teka aku dari Kazakhtan la...Turki la...Kalau yang teka dr Turki tu bukanlah sebab mukaku nampak ala ala arab european tu. Tak de langsung pun...Bahkan ditekanya macam orang asli turki pulak.....sabo je la... depa duk rasa mukaku macam belah-belah area Genghis Khan.....Pernah aku cerita kt laki aku, tentang value international muka aku ni...Jadi bahan gelak geli hati adalah plak rasa...😅

  • Nama aku 
Ni antara yang aku selalu kene betulkan. Kalau depa ni baca nama aku, memang bunyi macam nama yahudi je....Tak pasal pasal! Sekarang, aku dah biasa betulkan tanpa rasa offended. Itu baru sebutan. Belum ejaan. Kadang dah tak pelik jumpa macam - macam ejaan...Ye la, aku paham. Walaupun depa guna jugak ABC, tapi huruf depa bunyi macam - macam. Yang german eja gini, yang Rusia eja gini, yang US eja gini... Haduuuh laaaaaaaa.......sabo je la. 10 juta kali betulkan seghoper itu le jugok...😑
  • Solat & identiti sebagai seorang muslim
Awal2, tak ramai tahu. Tapi sekarang, dieorang tahu yang orang islam kene solat 5 waktu sehari semalam. Then lepas tu, depa start compare dengan kenalan muslim depa yang lain. Diam - diam depa pun buat observation sendiri....Perhatikan orang islam lain yang depa pernah jumpa. Pastu tanya kat kita plak, kenapa ada yang pergi solat...kenapa ada yang tidak? Manalah aku tahu.....Yang pasti, orang islam kene solat. Tapi bagi perempuan ada kelonggaran untuk tak solat. Lepas borak & bincang, depa capai kesimpulan yang orang islam ni ada dua kategori....one group is the practicing muslims and one group is the non practicing muslims. Aku memilih untuk tak komen amalan hidup orang lain. Selalu aku aku jawab aku hanya boleh cakap utk diri aku je la dan sampai situ je lah aku cakap. Tak reti nk cakap lebih2. Nak pok pek2 ttg mazhab, tinggi sangat plak levelnya.........Aku sedar, aku tak mampu kontrol mata - mata yang menilai.....Kadang terasa macam orang lain yang punya taik, aku plak nak kene basuh.......Itulah, orang islam lain yang yang berperangai buruk, kita plak terpalit kene label sama!.....Pernah aku tanya balik, "What come across to your mind when I mention the word 'muslim'...?"...Macam - macam jugak la jawapan....paling tak tahan...dikaitkan dengan 'Suicide Bombers'!  Hahahahahahaaa.... Masa kami berbual-bual ni, banyak hal kami berbincang dengan minda yang terbuka tapi masih menjaga sensitiviti masing- masing. I did not take it to the heart personally... Malah aku siap bagi assurance yang aku & famili aku bukan macam tu.......Tak de masa nak bomb diri sendiri, weh... The only bomb I can give ya is the tasty garlic cheese bomb, mate. You can enjoy it alive and safe....!😄 . Ni kalau buat lawak kat airport US dengan airport Europe ni mau mampus kene tahan & silap silap kene ban pasport....

Tetiba teringat cerita Friends...😂

K lah, panjang plak pok pek pok peknya.....Sapa nak baca, baca...sapa tak nak baca sudah...😉..coretan ni sekadar nak parking memori kat sini je.... Esok - esok kot lupa, boleh baca balik....ni antara pengalaman ms belajar aku kat sini. 

Saturday, February 5, 2022

Is it me you looking for?


Minggu lepas, pelepasan cuti CNY diberi pada batch bam untuk balik. Dah 3 minggu bam balik maktab. Terasa kosong bilik dia kt rumah...Tapi minggu lepas, terisi semula dengan tuannya.😊 Sepatutnya minggu ni batch bam balik ke maktab semula, tapi harini pengetua menerima arahan untuk tidak membenarkan pelajar yang bercuti CNY balik ke maktab. Jadinya sekarang, semua ada kt rumah...💖 Mama & apak kene jadi cikgu kat rumah semula nampaknya... 

Hmmm....

At the same time, I got to have my own time to finish my study....
Ya Allah, mudahkanlah....Amin.

Monday, January 31, 2022

Tag : 3 Iklan drama...

Pilih 3 iklan drama yang anda rasa suka dan terasa dekat dengan hidup anda...

Ok, ni 3 iklan yang daku pilih...


Iklan 1 : The Gift of Opportunity


 Iklan 2 : Gelora


Iklan 3 : Hutang Tak Bayar

Tuesday, January 25, 2022

Menjelajah ke Rompin 2022

Minggu lepas apak ada bengkel kt Rompin. Tak larat - tak larat pun gedik ikut jugak. Lepas amik booster ni memang terasa kepala pusing, nak muntah & nak tido je memanjang. Kalau tak ikut, duk rumah bukan buat apa pun. So kita pi jalan - jalan, tengok sana ada apa. Salah satunya, pi tengok kedai makan. Kedai makan kat bandar Rompin ni, boleh kata semua menu ada udang galah. Ada yang mahal, ada yang murah. Kebanyakan kedai makan, boleh walk in. Ada yang kene tempah dulu, sebelum datang makan. Takut permintaan tak mampu ditunaikan agaknya....Ada satu kedai tu, kami nak mai, tapi org tu habaq udang dia dah habih. Jadi bukan rezeki la nk makan situ. Tak pa la. Lenkali. Malam plak, aktiviti tengok bulan naik dari arah laut.

Ni camera dr phone mama, kalau camera DSLR apak lagi cantik kot.

Hari ahad tu, apak kata dah boleh buat aktiviti bebas. Ingatkan lepas check out, kami terus balik Pekan. Sekali dia pi bawak ke Taman Negeri Rompin daaaaaa. Adeiii la....Mama ni dah la pakai skirt!!! Sampai sana, sarung seluar.  Habis kaki ni kita lumurkan dengan minyak angin cap yu yee....Takut pacat panjat!

Ni kalau shoot cantik2 ni boleh nampak macam Canada. Perasan je, tapi bukan Canada. Hakikatnya, ce tengok. Pokok kiri kanan kat jalan tu pun lain. Yang sama, suasana. Dalam kesunyian, penuh dengan bunyi-bunyi makhluk hutan. Bunyi sungai mengalir. Bau segar hutan. Di bawah langit biru dan awan nan putih ni, tersergam pokok - pokok hijau hutan negeri Pahang. Sumber oksigen dunia ni! Habitat semulajadi pelbagai haiwan. Ha...harini kita bawak saintis kecik, tengok hutan negara kita. 

 Dulu combined Endau-Rompin.
La ni, dah asing - asing. Jabatan hutan belah Rompin urus hutan belah Pahang ni. 
Yang kt Endau, bawah pengurusan Johor.

Ni, student postgrad melayan perasaan...
Model tak siap, dia lari masuk hutan...😂😂😂


Lepas penat jalan, kita g makan.
Dua kedai ni famous dikalangan bike riders. Orang datang tak putus - putus.
Tapi daku, tak boleh stay lama - lama, banyak sangat makanan.
Berat baru je turun dr 95 ke 92 ke 89kg ni....kita nak turunkan lagi...insyaAllah.

Mee udang! Ooops...alamak termakan tiga-tiga plak udang tu...😋😄
Apak? Dia tengok je anak bini makan.
Dia makan lauk lain...
Sokmo gitu.

Tuesday, January 18, 2022

Short update

1. Bam dah balik asrama. Tengah exam akhir tahun. Dalam masa yang sama, debaran semakin terasa. Esok keluar result, IGCSE.  Mama & apak ni hanya mampu doakan yang terbaik.  Amin.  Dalam masa yang sama juga tadi dah pesan, kalau dapat tak ok, its ok utk frust. Tapi jangan lama - lama. Terima hakikat, & move on....

2. Adik blom balik asrama. Dia pdpr je. Kemain seronok budak asrama-sekejap-masuk-sekejap-balik ni enjoy. 

3. Rabu ni, mama akan amik vaksin penggalak....kenapa la namanya 'penggalak'....macam gatai je bunyiknya ....Tapi mama percaya, vaksin penggalak bukan menyebabkan orang gatai....😆 Dengar cerita, ramai yang tumbang, pening-pening, sakit kepala & susah nak bangun. Nasib baik jugak adik ada ....Harap-harap badan ni kuat la...Amin. Kalau haritu dah amik Sinovac, jadi vaksin penggalak depa akan bagi sama ada Pfizer atau AZ. Erm...ok, nanti kita tengok dapat apa...

4. Kerja pun dah belasah awal...so, time tumbang nanti, slow la sket....atau maybe no progress at all.


Wednesday, January 12, 2022

Polisi baru : beli 10 free 1

 

WoW!
Beli 10 ayam percik, dapat 1 free...
Best polisi baru abang ni...
Harini, sy nak beli 3...Minggu depan saya mai singgah lagi naaa...Lama - lama nanti cukup la 10 tu. 20...30...pun tak per... 
Tapi kan, bang....
Saya tak nak ayam free je... 
Saya nak abang...
Eeehh,...Bukan untuk kawen lagi,...Bukan...Bukan...Ooooh...No...No...Merajuk suami saya kang...
Abang sekarang menteri kesihatan kan, apa kata...Abang supply data utk model saya, boleh?
Saya student je,...Bukan polis paling lawa di Malaysia....
Hahahahahahahaha....Terima lah entry angan - angan merapu di awal tahun...
Berangan no 1!

😁

Friday, December 31, 2021

Animal Rescue Ranger

Bila anak-anak kt asrama, mama la yang suka jalan - jalan, makan angin naik motor sama - sama dengan apak......pergi sana...pergi sini....tapi kalini, bagi chance la plak kt anak - anak naik motor dengan apak, sebelum balik ke asrama. Selalu, kalau balik, balik dengan tangan kosong atau dengan makanan. Kalini lain plak jadinya....

Rabu kelmarin, ngam ngam sebelum maghrib....tetiba dengar ada bunyi kambing kt depan rumah. 

"Mama!...Mama!..."

Apasal pulak la....terjerit2 ni.

"Mama, kita bawak balik anak kambing ni...."

"Haa? nak buat apa?"

"Dia terjatuh dalam longkang besar tu....skrg ni macam nak hujan, mak dia tak de kat situ...apak kata nanti dia iklankan kt wassap...tunggu tuan dia datang"

Hiii, asal binatang tak de mama je depa ni bawak balik rumah....teruk la mama. Asyik kene jadi mama tumpang pada binatang tiada mama. Kalini anak kambing pulak. Kecik lagi, baru lahir ni.......

"Bam, Dik, n apak yang jaga ye? mama tamau, mama geli....."

Terkekeh - kekeh budak dua orang ni gelak-gelak. 

"Nak letak mana ni, mama? kang dia makan pokok mama nanti..."

"haa pi bukak kandang kucing yang besar tu, buh dalam tu dulu la malam ni"

Sangkar tu, di 'cover' supaya tak kene hujan & angin sejuk. Malam Rabu tu, memang hujan lebat. Memang naya la anak kambing ni kalau dibiarkan situ. Air kt longkang besar tu pun dah meninggi & deras. Dari lepas maghrib sampai khamis tengah hari, masih tak de orang claim lagi anak kambing ni. Hujan masih turun....kejap lebat, kejap renyai...kadang2 berhenti. Kesian pulak nak lepaskan bebas tanpa ibu.

Saat dah reda sket hujan petang khamis tu, terdengar bunyi kambing kt area belakang rumah. Kuat kambing tu menjerit2....

"Mama, adik rasa adik dengar bunyi kambing la kt belakang ni......jangan - jangan tu emak dia datang cari anak dia tak?"

"Ok la kita try la, bawak dia tengok. Kalau ada mak dia, dia terima la anak dia. Kalau tu bukan kumpulan dia, kene reject." Kami bertiga pun bawak la anak kambing tu ke tempat mula-mula jumpa dia. Apak tak de. Apak kt opis. Cuti sekolah ni, mama stay kt rumah (sambil buat kerja & jd guru besar tak bertauliah)....

Sampai kat situ, memang ada sekumpulan kambing kat situ..... Anak kambing pun dilepaskan. Menjerit2 dia.....lari tak tentu arah. Dari jauh, mak kambing meluru datang. Sahut jeritan anak kambing. Adik beradik dia pun mai sekali....terjerit- jerit sekalik jugak....Jumpa maknya, terus dia menyusu pada emaknya. Semalam, bagi sayur, tak makan. Anak kambing ni tak belajar makan lagi agaknya. Dia hanya minum air je.

Kami pun cepat2 cabut. Takut weh, kang tak pasal-pasal kene tanduk.
Mak ayam pun garang, bila ada anak. 

Berjaya misi jejak kasih, kali ni.Lega rasa, Alhamdulillah.
Selesai sudah misi Rescue Ranger kalini...

Hiii,...anak kucing la, anak kambing la, ikan puyu la...ikan sepat la...anak ular rusuk kerbau la. anak tikus la....anak monyet la...macam - macam...

Selamat Tahun Baru , jaga diri baik - baik...😀