Tuesday, April 19, 2022

Apo cerita la anak sorang ni & sorang nu

Sekarang dua - dua beradik kat asrama masing-masing. Bam sekarang dah jadi senior. Seronok dia, sebab batch dia sekarang adalah batch paling senior. Suka bebenor jadi 'abang senior'. Hahahhahahaa... Dik pulak dah naik form 2. Dia tak suka jadi senior. Dia suka maintain jadi 'adik junior' je ...Sabo je la.😂... Kata dik, dia homesick. Tak sabar nak balik....(homesick apanya budak ni, rumah dekat je...😉). Sekarang ni, bila dah jadi senior tak boleh la nak homesick-homesick ni. Apapapun, mama ni lega hati sangat, bila tahu all is good kat kat asrama dik. 

Berlainan plak kisah kat asrama bam. Di asrama bam plak,...habis satu batch dilanda serangan Covid. Dari sepenuh - penuh orang, tinggal la beberapa kelompok je yang ada. Beberapa dorm kene kuarantin, termasuklah dorm bam. Semua yang kene kuarantin, tak boleh pergi sekolah. Bam tak demam. Batuk & selsema je. Test Covid, pun negatif. Hmmm...(boleh caya ke test kit tu?) Katanya, dia stay je kat arasnya tu. Makanan berbuka di hantar, & sahur pun dihantar. Tinggal bangun je, bersihkan diri, tunggu je situ, semua sampai....Harap - harap badan bam kuat la lawan. Vaksin dah lengkap 2 dos. Tak de booster. Kawan - kawan yang positif dah balik, atau kalau yang duduk jauh kene kuarantin kt tempat khas. Terasing dari yang lain-lain. Ubat-ubatan pun ibubapa batch ni support, tong tong ramai2. 

Walaupun gitu, sebelum masuk asrama aritu, mama dah bekalkan panadol beberapa papan, ubat selsema, cair kahak & ubat batuk. Multivitamins pun dah bagi jugak. Tiap2 minggu hantar bekalan makanan. Bimbang terlajak berbuka ke, sahur ke, atau lapar ke tengah malam, adalah makanan untuk dimakan. Tak lah mewah. Cukup-cukup je. Bila ada kawan memerlukan, boleh tumpang, bagi... 

p/s: saat - saat macam ni penting ada alat komunikasi untuk berhubung...  

Friday, April 15, 2022

My short stories

Hmmmmmmm...update cerita pendek je kali ni. 

1. Busy the whole week...with home-study affairs, supporting faculty & escorting my husband sana sini... 

2. Now that my svno2 dah sihat dari Covid, rasa nak kene jumpa ni. Dah sebulan dah on hold...

3. Sejak Rusia lancar perang ke atas Ukraine, aku tak jumpa dah student dari dua negara ni dlm discussion group lagi. Hidup mati pun tak tahu. PhD sendiri dah tough. Tetiba berdepan dengan perang pulak. Tak sanggup dengar kalau ada yang kene bom ke, kene tembak ke...Walaupun tak seagama, aku still doakan dieorang are still good. Aku sumbang juga derma ke tabung misi bantuan ke sana...walaupun tak seberapa..............

Hmmmm...

Friday, April 1, 2022

Sepi sendiri lagi...

Hmmm...nak tulis apa eh kalini...

Hutang puasa dah habis. Dah qada dah semua-semua. Alhamdulillah. Lega. Dalam banyak - banyak puasa 8 tahun kebelakangan ni, 3 tahun hujung ni aku dapat puasa dengan baik, macam dulu-dulu. 

Tak lama lagi budak - budak dah nak kene balik asrama,...Masa apak dapat gaji aritu, kita dah belasah udang goreng kunyit. Yang nak makan kurma ayam dah dapat, yang nak makan kari ayam dah dapat, yang nak makan ikan masak sambal pun dah dapat. Esok tengah pikir nak buat ayam lemak cili api plak. Esok jumaat. Ingat nak shopping la barang2 rumah & keperluan balik sekolah sekali. Sabtu & ahad, kita enjoy buat benda lain. Nampaknya, Ramadhan ni aku akan menjalani moment moment sepi seorang perindu lah nampaknya....😢


Harini, aku kongsi video pensyarah, seorang prof dari uitm yang sedang viral tu dengan anak-anak. Aku pesan kat anak - anak, jangan terkejut jumpa guru yang mulutnya macam ni. Tu belum dengar kene maki dengan bos lagi. Aku tak suruh tiru perlakuan prof tu. Gaya bahasa dia sangat tak sesuai. Tapi aku tanya anak - anak, apa point yang nak disampaikan prof tu? Dia nak suruh student tu bersungguh dalam belajar. 

Untung la apak awak ada kerja. Ada gaji. Boleh beli makanan. Mampu beli buku, adakan komputer, untuk anak-anak belajar. Mampu adakan internet laju kat rumah. Bersyukurlah....Hargailah. Gunakanlah dengan baik....... Kadang terasa geram juga, bila depa asyik lalai. Nak main game sepenuh jiwa je kerjanya........Aku pun rasa nak guna mulut puaka jugak lah, (tapi bukan jenis mulut puaka-jamban la), boleh??? Dah kalau cakap elok-elok, melampau sangat. Kene bagi sedas-dua jugak ni...baru jalan... "Hah, kau! Kau buat apa?! Kau kan dah ada buku & komputer? Kenapa kau tak belajar? Baik kau belajar sebelum aku naik angin..."😆😜

Wednesday, March 23, 2022

Papillae Pizza

Minggu lepas, minggu konvo. Apak kene attend konvo. Musim konvo, trafik jam teruk. Jadi, kene book hotel. Kalau tak, memang berjam - jam dalam jam. Kalini, apak ajak duk sekali. Kami pun apa lagi lah kan.......hip hip hurray lah....Lama tak jadi warga kuantan. Dapat la merasa jadi warga kuantan celup selama 2 hari. Orang lain yang konvo, tapi orang lain plak yang hepi hepi makan - makan sana sini...😉. Anak - anak siap g tengok wayang dengan apak. Mama je tak ikut. Kalau pergi pun, mama tido....rugi je. Kat hotel ni, internet tak disediakan......kah kah kah 😆..... Stress ye, anak - anak tak de internet? Rawat la boring tu dengan off line game & study. Time mama baik hati, mama on la mobile data, share sat...  

Time makan - makan...kita jelajah banyak tempat. Salah satu tempat kita g, Papillae Pizza...Ni, best makan panas - panas. Tak payah g Itali,.............g sini je. 👍



mudah-mudahan ada la rezeki nak pakai jubah konvo... 

Monday, March 14, 2022

Semester Baru 2022...

Oh, dah masuk semester baru dah bulan ni. Semester baru ni, asalnya ada PG Retreat Day...tapi mungkin sebab kes covid pun banyak naik aritu, & semua orang pun banyak yang sibuk di fakulti, jadi program ni ditangguhkan, maka postgrad memang retreat terus...😂...Jadi, kita kick off semester sendiri je la...

So yeaaaaaay balik sekolah semula....💖💻📚📝📈📉📅

Tetiba teringat ayat karangan anak aku dulu....
"Mak saya tidak seperti mak orang lain. Mak orang lain pergi kerja... Mak saya suka pergi sekolah sahaja,..."

Aduh! Ayatnya...❤.
Luahan anak - anak terbiar ni...Amat - amat dasyat!
Kelakar (tapi pedihnya tu masih terasa di sini 💞)... Hmmm, masuk sekolah menengah ni dah tak de kene buat karangan keluarga saya... Dah tak de orang nak berkepit dengan kita lagi. Dah tak de orang nak sibuk - sibuk dengan kita dah 😆....Tak de dah tangan comel mengorek bawah pintu toilet & mata yang mengintai bawah pintu 👀...Dulu gi toilet pun, ada orang escort. Dan dah tak perlu keluar masuk rumah berkali2, drive sana sini nak hantar ke sekolah la, kokurikulum la, sekolah agama la, tusyen la....Selesai dah tu semua. Been there, done that!

Sekarang fasa baru. Yang best, mama dah boleh merasa sarapan nasik putih dengan telur dadar atau mata lembu anak - anak gorengkan, makan dengan kicap, tak pun nasik goreng ke, roti bakar cheese ke...dengan air teh...air milo,,.air sirap ke, air mangga atas meja. Ada masa mama boleh order dari meja kerja mama...Terus sampai. Hehehehee...💘....Part paling susah, kene jadik cikgu & guru besar...😅

Yang kenit kenit dulu ni lah support team mama ada, on this side...Dah tua ni, selaku ancient student, kita usaha je la. Walaupun ada beberapa perkara yang kita sangat ralat, tapi hati ni selalu doa supaya Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Mudah-mudahan dapat selesaikan study ni dengan baiklah hendaknya...Amin.


Sunday, March 13, 2022

Buncis!

 

Sedapnye lahai lauk kacang buncis tu,...Tergoda! My all time favourite! Rasa nak bawak keluar je dari youtube tu, hidang depan mata. (walaupun di malam buta ni heheh)😉. Tambah plak ada udang kan, 💘... Tapi kalau tak de udang, nak 'partner'kan dengan ayam goreng kunyit ke, atau hirisan daging ke, atau gorengan telur hancur ke pun sedap jugak....Kalau goreng kosong dengan bawang pun, pada kita yang sememangnya peminat kacang buncis ni, pun sedap jugak...Apatah lagi kalau dimakan bersama lauk ikan goreng atau ayam goreng dan nasik panas...

Masa ni la nak amik peluang enjoy puas - puas, sementara bebudak ni ada kat rumah. Nanti depa balik asrama, sunyi balik dapur ni...Anak - anak ni bakal sambut Ramadhan kt asrama tahun ni....Tinggal beberapa hari je lagi kat rumah ni......Huhuhu, lepas ni semua mama kene buat sendiri, sorang-sorang....😐

Saturday, March 5, 2022

10 things to do this weekend

Hmmm....hujung minggu ni memang betul2 nak relaks je. Isnin nanti baru sambung pikir. Antara benda yang nak buat hujung minggu ni :

1. Tutup laptop - Tak usik kerja PhD. 

2. Deactivate FB.

3. Bersihkan rumah.

4. Nak buat sotong goreng tepung... bestnye dapat makan - makan ratah, minum petang. (Beli kedai, nak makan banyak, mahal. Masak sendiri - beli bahan, tak bayar kos upah. Free)


5. Nak masak ayam goreng je la minggu ni. makan dengan nasik putih, hirisan cili + kicap. Senang. Sayur salad mentah je. 

6. Nak layan movie, tapi belum pikir lagi nak tengok citer apa. Hmm......citer apa best ek...?  

7. Nak jalan kaki 10,000 tapak...Lama tak jalan jauh - jauh. 

8. Nak naik motor jalan - jalan.

9. Nak minum air kelapa + ice cream soda.....lama tak buat.

10. Nak layan lagu ni sat... Lagu ni ada dalam macam - macam bahasa. Terkenal satu dunia - Moliendo Cafe, tapi kt nusantara ni kite kenai sebagai kopi dangdut......


Gnite!