Hmmm...nak tulis apa eh kalini...
Hutang puasa dah habis. Dah qada dah semua-semua. Alhamdulillah. Lega. Dalam banyak - banyak puasa 8 tahun kebelakangan ni, 3 tahun hujung ni aku dapat puasa dengan baik, macam dulu-dulu.
Tak lama lagi budak - budak dah nak kene balik asrama,...Masa apak dapat gaji aritu, kita dah belasah udang goreng kunyit. Yang nak makan kurma ayam dah dapat, yang nak makan kari ayam dah dapat, yang nak makan ikan masak sambal pun dah dapat. Esok tengah pikir nak buat ayam lemak cili api plak. Esok jumaat. Ingat nak shopping la barang2 rumah & keperluan balik sekolah sekali. Sabtu & ahad, kita enjoy buat benda lain. Nampaknya, Ramadhan ni aku akan menjalani moment moment sepi seorang perindu lah nampaknya....😢
Harini, aku kongsi video pensyarah, seorang prof dari uitm yang sedang viral tu dengan anak-anak. Aku pesan kat anak - anak, jangan terkejut jumpa guru yang mulutnya macam ni. Tu belum dengar kene maki dengan bos lagi. Aku tak suruh tiru perlakuan prof tu. Gaya bahasa dia sangat tak sesuai. Tapi aku tanya anak - anak, apa point yang nak disampaikan prof tu? Dia nak suruh student tu bersungguh dalam belajar.
Untung la apak awak ada kerja. Ada gaji. Boleh beli makanan. Mampu beli buku, adakan komputer, untuk anak-anak belajar. Mampu adakan internet laju kat rumah. Bersyukurlah....Hargailah. Gunakanlah dengan baik....... Kadang terasa geram juga, bila depa asyik lalai. Nak main game sepenuh jiwa je kerjanya........Aku pun rasa nak guna mulut puaka jugak lah, (tapi bukan jenis mulut puaka-jamban la), boleh??? Dah kalau cakap elok-elok, melampau sangat. Kene bagi sedas-dua jugak ni...baru jalan... "Hah, kau! Kau buat apa?! Kau kan dah ada buku & komputer? Kenapa kau tak belajar? Baik kau belajar sebelum aku naik angin..."😆😜
No comments:
Post a Comment