Tuesday, April 4, 2023

Salju Kasih-Nya


Sedap laguni,...

Monday, April 3, 2023

On My Way

 

Dear Tree, I missed you alot.

Bila gambar ni lalu kat FB, memang teringat zaman masa laki aku belajar. Aku buka balik, coretan lama - lama. Rindunya moment-moment tu.

Masa laki aku belajar, aku korbankan kerjaya aku (redha walaupun kecewa & pongoh-pongoh), support & teman dia & uruskan keluarga. Kami hidup dengan apa yang ada. Banyak kenangan pahit manis masa ni. Bila nampak gambar ni, teringat aku zaman tolak kereta tolak jalan - jalan di kawasan uni. Memang aku pergi universiti untuk jalan - jalan je masa ni....Jalan pagi atau jalan petang dengan anak. Sorong la kereta tolak baby. Kadang berteman dengan ibu lain, kadang sorang. Suasana laki aku belajar dan suasana aku belajar berbeza...

Minggu ni tarikh tutup hantar laporan biasiswa MyBrain15 KPT. Apapun aku bersyukur dapat biasiswa ni. Bak kata kawan aku, tak dapat banyak, dapat yang sikit ni, jadilah. (Batch awal-awal, rm2.3K. Batch hujung cuma 1.8K sahaja). Ramai suka biasiswa ni, sebab bayaran tu atas kita, kita dah tak perlu risau. Tugas kita belajar & habiskan pengajian sahaja. Betul katanya. Bab ni buat aku lega sangat. Duit nilah aku guna untuk keperluan pengajian aku & cover expenses penting yang lain. Kita tak perlu risau ada pihak ketiga nak manipulate bayaran penat (bayaran upah/sara hidup) kita untuk orang lain ke atau untuk tujuan yang bukan peruntukan untuk kita. Tiada juga label, "oh, awak dah ada suami, awak tak perlu lah dibayar sebab ada suami"....sedangkan beban kerja tu serupa tu juga. Tapi dilenjan free atas label 'ada suami tanggung'. Sedangkan masa & keringat kita, adalah atas usaha kita, maka bayaran hak kita. (Kalau bab kes-kes yang tak enak didengar ni, cerita dari uni utara sampai ke uni selatan boleh sampai berita di jari atau telinga. Tambah plak ada wassap). Tu belum masuk bab publication kene curi la, isu authorship, free ride etc....macam - macam cerita di dunia akademik ni rupanyaπŸ˜’. Jadi bila biasiswa ni tamat, pahamlah aku kenapa ramai student sedih...

Bila aku buka balik laporan-laporan MyBrain15 yang svno1 tulis masa lepas. Aku baca dengan kenangan pahit menari-nari dalam kepala. Meleleh air mata baca laporan-laporan ni. Pengajaran besar pada aku sampai bila-bila. I maybe slow, but I am not fake.

Penat tak payah cakap lah. Dengan muka tak malu, kene halau, kene herdik, kene bentak, aku usahakan jugak sedaya boleh untuk aku tamatkan pengajian (walaupun tahap kesihatan aku masa tu naik turun) Tak de expert dlm bidang yang nak kerjasama? Aku carik yang sudi kerjasama dengan aku. Tak de geran, sv buat geran. Hak expert yang kerjasama dengan aku, aku jaga, hak sv pun aku jaga. Svno2 kata tak boleh tumpang geran student dia yang lain, aku tak tumpang. Aku akur. Aku tak ambil hak orang/pelajar dia yang lain walaupun pada masa tu aku berada dalam keadaan sangat memerlukan. Geran svno1 dulu pun sesen aku tak tumpang. 

Sekarang ni fokus aku nak siapkan paper-paper yang ada, model & thesis. SEmoga Allah mudahkan urusan. Amin.

  I hope I can too, Aminnnnnn...

Thursday, March 23, 2023

Ramadan 2023

Semalam aku dah byr yuran. 
Harini, aku setel mendaftar pengajian semester ni. Tahun ni tahun ke 8. (Tak tau nak cakap ni level pandai ke, bodoh ke...macam kelabu-kelabu gitu...Dapat habiskan ni, aku dah bersyukur...)

Memandangkan esok dah nak start puasa, malam ni daku dah siap masak ikan goreng masak kicap untuk sahur. Plannya nak makan dengan nasik panas. Pastu kalau nak pedas sikit, patahkan je cili api, makan dengan nasik. Sedap dah tu, pada aku....

Kelmarin keluar tentang pengumuman kos pergi Haji. Huhuhuhuhu...Bayaran yang nak dikenakan nak ikut pendapatan rumah pula. B40, M40 & T20 semua harga lain - lain. Beza antara satu group dgn group lain agak jauh juga. Huhuhuhuhuu....


Sekarang ekonomi macam tak ok. Ingat lepas covid, boleh elok. Turned out tak semudah tu......Di masa yang sama, banyak syarikat buang pekerja. Bukan dalam negara je, luar negara pun sama. Nama - nama kebanggaan besar Google, Meta, Microsoft, Salesforce, Zoom, Amazon, Netflix, and Twitter pun buang pekerja...Latest aku baca tentang Silicon Valley. Hmmmmmm....

Tengah - tengah ramai manusia tiada pekerjaan, muncul pula ChatGPT. Hahahahahaha.....Adakah suatu masa nanti manusia dah tak perlu kerja? Guna ChatGPT sahaja lah. ChatGPT juga sedang belajar. Semakin hari, semakin pandai...

p/s: Teringat la anak girl nan sorang kat asrama tu....sahur nanti makan apa lah dia tu kat sana...Yang ni, datanglah 1000 ChatGPT, tiada yang boleh ganti.

Thursday, March 16, 2023

Banyak cerita

Minggu ini,...

Minggu sebelum Ramadhan...

Start semester baru...

Start jadual baru...

Start mengajar pelajar baru...

Start mengajar subjek baru...

Join pertandingan...

Dapat perak...

Masih lagi menjadi setiausaha...

Sibuk dengan program postgrad...

Dalam masa yang sama...

Sorang anak habis sekolah...

Sorang anak akan masuk sekolah...

Bersara menjadi bendahari Homeroom anak setelah 5 tahun memegang jawatan ni tanpa putus...

Apak balik dari Manila.

Ada lipas terbang terus memasukkan dirinya dalam kari ikan yang mama masak semasa tengah menggelegak dan mati dalam tu! Huwaaaaaaaa.................😭😭😭. Nasib baik kejadian tu mama nampak depan mata.....dibuatnya, tak tahu & dah selesai makan? mau muntah...! Ni lah yang dinamakan bukan rezeki...

Banyak kan cerita? 

Penat. 

Sunday, March 5, 2023

Bad

I feel bad, because I m going to waste one opportunity....
An opportunity I will not get again...
πŸ˜”
Kene reject, tapi macam tak kene reject...
Bunyi saje macam tak...

So, apa yang aku buat?
Lepas bincang dengan sv,.....
Aku emel cikgu aku...
Pastu, aku terus tutup lampu. Pergi tido...

Aku tak nak pikir....( tapi aku pikir jugak kan? πŸ˜” )
Aku g cuci toilet. Sental dapur. Lipat kain. Aku tak buka buku pun. 
Dan harini, aku masak & bawak bekal, berpiknik dalam kereta, ziarah bam kat sekolah...

Aku rasa macam nak duk diam - diam sorang-sorang, makan chee cheong fun udang ke, ayam ke, daging ke,...kalau boleh amik dr youtube, aku amik masuk mulut. (Haih, cemana la tak gendut......😜)...

Saturday, February 18, 2023

Umpan Jinak Di Air Tenang...

Di tangan baru selesai satu timbunan kerja...Dalam masa yang sama, telinga ni juga baru selesai dengar lagu nyanyian Dayang Nurfaizah...Lagu lama.

Sedap! Mendalam maknanya...Dia bawak live dengan orchestra...πŸ‘


Thursday, February 16, 2023

Bangau Botak!

 

Rasa bertuah dapat tengok sawah padi, tempat 'pokok beras' tumbuh...
Air tengah banyak. Masa ni mesti banyak ikan...

Sebenarnya, asalnya ada seekor bangau botak besar kat tepi ni. Besar! Dia dah terbang pulak masa aku berhenti tepi sawah ni tadi. Walhal bukan la dekat sangat pun. Slow je..Aku berhenti ni, nak snap gambar, sebab ada dia kat situ... Nampak macam dia dapat tangkap ikan. Spesis ni sekarang dikategorikan sebagai spesis terancam. Dah nak hampir pupus..........Nanti datang lagi eh...