Menjaga hubungan baik sesama postgrad, pada aku penting. Menjaga hubungan baik ni termasuk la bergaul dengan baik, berbicara elok. Bahasa yang digunakan sopan. Kadang dalam bentuk jenaka. Kadang berkias. Selalu, aku suka straight to the point. Jelas. Kita faham orang penat letih dan stress dengan study. Kita pun tak nak orang nak serabutkan kepala dan jiwa kita yang sememangnya dah serabut. Walaupun kita mempunyai sv yang berlainan, (ada yang dr fakulti berlainan atau uni berlainan) tu tak bermaksud kita tak boleh berkawan. Kawan masih boleh, walaupun tak de tulis paper bersama. (in the future maybe :😊)...
Sejak pindah pekan, aku jauh dari fakulti sendiri. Kalau lambat lg nk pindah pun, & terpaksa travel, redha je la. Sebagai student yang berkeluarga, penting ada support system yang baik. Contoh bila suami tak available, dan kalau aku kene ke kampus satu lagi,... Dan dalam masa yang sama lagi, tak sempat berkejar amik anak. Selalunya, aku terpaksa minta jasa baik kawan kawan yang amikkan dan tumpangkan anak kat rumah depa sementara aku tak de. In return, di waktu lain pula, turn aku pulak jadi makcik van sekolah. Time ramai, berhimpit himpit la macam sardin, riuh rendah anak anak dalam kete kecik aku tu... angkut semua ke ofis ke atau ke rumah...bila depa (mak pak) pula tak available...Kadang, support datang dalam bentuk lain pula. Contoh, Allah hantarkan hamba hamba Allah yang nak belajar dan sudi kongsi knowledge. Contoh terdekat, baru baru ni, berjaya discover n install software yang boleh melajukan keje aku...sukanya hati ni, memang tak terkira. Itupun dapat masa diskas dengan postgrad lain. Terasa laju sikit progress. Aku dah tak guna cara kuno lagi. Ya Allah, bertahun tau dalam kekunoan.... Sebab tu penting dapat duduk dalam persekitaran dan bergaul dengan orang orang yang suka belajar dan berkongsi ilmu..... (orang slow macam aku, macam macam benda tak paham, kene sedar diri lebih sket 😅).
Sejak duduk dekat 2 fakulti, aku dapat tengok budaya pelajar postgrad lebih dekat.... Nama pun 2 fakulti, kan (tapi fakulti lain pun aku ziarah juga)... Dah tentu lain padang lain belalangnya. Lain lubuk, lain ikannya. Dua dua padang aku pergi, dua dua lubuk aku main airnya. Spesis belalang kat dua dua padang aku tengok. Spesis ikan kat dua dua lubuk aku tengok... Bila cerita tentang perangai, memang macam-macam juga. Secara kiasannya, kita juga paham, semua orang hasilkan kentut. Ada kentut berbau dan ada yang tak berbau. Yang kentutnya busuk level tinggi tu, kene pandai pandai sikit nak setel...nak sabar dengan baunya dan terus hidu dan hidu lagi ke, nak diam diam lari ke, nak sound kuat kuat atau pelan pelan supaya in the future dia tak kentut kat muka kita lagi ke, nak collect dalam tabung uji n buat ujian pop ke, sukati la hahahaha....
Tapi, adakah menjaga hubungan baik ni termasuk mengikut sahaja kata kata postgrad lain tanpa perlu berfikir dengan otak yang Allah kurniakan? Tentulah tak, kan? Dalam hal ni kene hubungkan sel sel otak ye. Contoh, bila kita berdepan dengan rakan postgrad yang minta pertolongan "pelik-pelik"...atau ada "udang di sebalik mee" yang kita rasa tak ok, Just say "NO" je. Direct, polite but firm. Kalau bersosial pulak, ada sesetengah event sosial aku join. Kadang ada student nak throw event utk kawannya atau svnya supaya dia boleh enjoy quality time with them tapi tak de duit....ok, fine aku paham. Pernah juga ku bantu sumbang duit, tenaga, makanan walaupun aku tak datang. Ada masa, aku memilih untuk tidak terlibat langsung, sebab ada keutamaan lain yang sememangnya perlu aku dahulukan.
Tapi, bila aku pilih option "NO", adakah aku mendapat penerimaan yang baik dari jawapan aku tu? Ada yang memahami. Boleh terima dengan baik. Terima kasih sangat bagi yang memahami. Terima kasih juga kerana tidak berburuk sangka. Tapi, ada juga yang tak boleh terima "NO". Padanya, kita perlu tunduk dengan kehendaknya... Kalau tak penuhi hajatnya, mula la nak tunjuk belang power dia. Peer pressure la, sindir la, pulau la, nak control sapa kita kawan la.... tuduh itu la ini la. Hmmmm... kadang terpikir, dah mintak kita tolong, kita dah bagi support free, lepas tu nak bentak bentak pula, macam kita pula berhutang dengan dia. Kita tak de pula layan dia sebegitu. Geram juga. Biadab. Kalau sv kita dah sampai marah marah keje tak siap siap, masih perlu ke kita utamakan kehendak dia? kalau kita atau anak kita kat hospital, masih perlu ke kita utamakan dia? Kita ni, tak de pula menyusahkan dia dengan urusan kita.
Kalau masa buat phd kene kritis, dalam hidup pun kene kritis juga. Bukan kritis untuk kenekan orang, tapi kritis dalam membezakan baik dan buruk. Apa yang patut buat, dan apa yang tak patut buat. Tengah tengah serabut ni, memang sengaja ku biarkan ada jarak pemisah dengan sesetengah orang. Biarlah jauh...Bila teliti balik kejadian lepas lepas, mungkin ni cara Allah mengabulkan doaku. Semoga Allah murahkan rezeki, cukupkan keperluanku, mudahkan pengajian dengan lancar dan baik... Semoga Allah tak jadikan aku di kalangan orang yang zalim pada diri sendiri dan pada orang lain.
p/s: ...lessons learned 😏