Minggu ni mana mana universiti pun sibuk sakan dengan pesta konvo.
Kat sini, start semalam. Feeling aku dah tak macam tahun tahun lepas. Tahun ni aku rasa malas nak pergi. Datang pun sehari dua sebelum pesta konvo je. Itupun sebab apak ada raptai n alang alang tu plan nak ziarah sv no2. Sambil sambil menunggu apak raptai konvo, sempat jumpa postgrad dr fakulti lain, yang drop by nak amik baju konvo. Bestnya feeling dah habis...Dalam kepala, dah ada plan untuk hari konvo sendiri...(thesis pun berterabur lg, plan dah siap dalam kepala..., hmm sungguh tak senonoh kan? hahahhhahaha x pe x pe, jadi motivation nak habiskan study)...
Sambil-sambil tu jugak, sempat bermesej dengan mamat PhD mata hijau, tanya datang konvo ke tak...Dulu, aku selalu kacau dia. Tetiba tau time dia sepatutnya konvo, aku nak buat buat tak heran plak, rasa macam tak kene je kan...Aku pun kacau la...mesej, cakap aku nak tengok dia pakai jubah konvo. Dia jawab tak datang sbb tiket mahal...Lepas tu dia reply dia yang nak tengok aku pakai jubah konvo. Hahahhaaaa...aku jawab lama lagi kot...bagi emoji siput. "i am spending a whale of time to finish my phd"...Penuh emoji gelak dia reply. "Good spirit" jawabnya... Hehehee, Amin. Doa jela yang aku boleh buat selain usaha. Dia tak tau betapa huru hara jiwa aku ni... Utk postgrad fakulti aku yang lain, sempat wish dalam whatsapp je, tanda ingatan...tak dan jumpa. Better depa sibuk cr sv depa. Sumbangan ku dalam perjalan study depa ala ala sebesar taik hidung je...rasa tak sesuai lebih lebih sakan.
Kebetulan, hari konvo clash dengan hari terbuka tudm, jadi dah boleh agak dah yang jam teruk akan berlaku pada masa hari kejadian konvo tu... Malas pun bertambah-tambah secara eksponen. Sapa nak duk dalam jem berjam-jam?
Baik hurray hurray, enjoy makan makan dengan anak-anak kan?
Sejak jumaat (sampai isnin), fakulti apak ni ada program STEM, Pahang National Fox Hunting & Pahang National Hackathon...Adik join dgn team sekolah adik. Mama bantu bantu ajk, sikit sikit je, masa registration. Lepas tu, buat hal sendiri. Harini (ahad) pun, mama boleh datang opis siapkan keje.
Dalam sibuk sibuk minggu ni, sempat juga la amik kesempatan ziarah sv no2 yang nak bersalin...Masa berbual tu, terkenang zaman nak ada baby. Rindunya zaman tu. Zaman duk gomol-gomol baby yang berbau bedak carrie junior. (sanggup import ke oz!)...tapi bila teringat masa balik masa sakit bersalin sampai 40 jam, kene operate semua...Hahahaha...x pelah, aku nak gedik-gedik je, hahahahaha ...jahitan di perut pun dah cantik. Nampak satu line je... Tak de lipatan karipap yang panjang melintang!......Love my surgeon. Kemas! suka sangat! Apapun, aku doakan semoga dia mudah urusan dan selamat bersalin.
Hmmmm...start dah debaran. Bukan debaran cinta...tapi debaran takut. Takut sv no 1 ni jadi gorila.
Sunday, November 17, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment