Minggu ni masuk bangunan fakulti baru... Pagi aku siapkan menulis, lepas baca wassap kata boleh masuk, gedik plak rasa nak jalan jalan... Ish, mak budak ni...Dah la blom siap keje sepenuhnya... tapi i hold my horses, sampai jam 10, then baru la g... (ayat sedapkan hati)π
I m sure...everyone has their own story when comes to pindah masuk fakulti baru. Well, let them have their story.... and i want to enjoy mine.
Teringat lagi...Majlis pecah tanahnya, doploh tahun lepas... tak pernah terlintas yang pembangunan sebuah universiti selama ni, dari tahun 1999 sampai 2020. Masa tu, kosong je kat sini. Tak de apa. Sekarang dah ada banyak bangunan. Itu pun tak tinggi, rendah rendah je. Doploh tahun dulu, diri ni muda lagi, lepasan SPM... Lama kan? Dari zaman-kalau-kenyit-mata-sekali, -ade-yang-sudi-kenyit- mata-kat-kita-balik, sampai zaman-10-kali-kenyit-pun-belom-tentu-ada-yang-balas...,baru siap bangunan fakulti kita... Ha bayangkan? dari tak de uban sampai dah tumbuh uban πππ... kalau lambat sikit 10 tahun lagi, dah boleh jadi gandalf the white πππ
Ok, enough merepek....kita kembali semula pada cerita masuk fakulti baru. Masa first time masuk, kita ni jalan jalan kat luar je... Tak masuk. Belum siap kan...kang jatuh apa apa atas kepala ke apa susah pulak kang....tambah plak ada rumour tentang cerita hantu, entah betul entah tak betul....mungkin jugak tak betul sebab tak nak orang masuk kan... lepas tu timbul pula cerita sarang ular tedung selar. Besar ularnya, panjang!... Jerumun yang ditemui tu, semua tinggal kulit telur sahaja....Baru menetas gayanya, ikut cerita. Huhuhuuu.... Lebih kukuh cerita lagi, depa jumpa ularnya dan berjaya ditangkap. Betina katanya. Tapi satu je..........biasa membiak sepasang kan? so mana yang jantan? ..........hmmmm, ada le somewhere kat dalam ump tu... dan anak anak nya. πΆ.... tapi depa ni, kanibal. Jenis makan spesis sendiri....Doa lah supaya ramai yang kene makan, kene gelek kereta ke kot nanti... Kalau dah byk sangat tedung selar kat ump, susah pula...
Ok, jauhnya pula lencongan....kita kembali semula pada cerita masuk fakulti baru. Second time, jejak kaki masuk sampai foyer... Third time, minggu ni, 21 September, kita masuk sampai dalam dalam ceruk ceruk mana entah... rasa macam expedisi jalan dalam gua pun ada jugak cuma bezanya cerah dan luas...
Sambil menyelam kita minum air. Tujuan utama asalnya kita nk g tengok lab. First time ada lab sendiri, kan... Kesian betul... orang dah nak habis, dia baru nak ada feeling.... Late bloomer sangat ni... hanya orang yang merempat je tahu perasaan tu...πLepas tu kita g jalan - jalan lagi. Tangga bomba pun kita belek...ok, anak tangga nya sekata tingginya...tak macam sesetengah fakulti...anak tangga ada yang tinggi, ada yang rendah di tangga yang sama....kalau orang tua, mau boleh jatuh, kalau tak aware....sangat bahaya.(Amboiii bab mengomen, cekap je) Lepas tu jalan2 bilik sv kejap. Niat kejap je, tp cerita ceriti je, kemain lama. Lepas tu kene balik amik anak sebab apaknya, ada meeting. Siap dia call ingatkan supaya amik anak, jangan lupa.....dia takut bini dia lupa. Tak habis lagi jalan jalan sebenarnya.... tapi x pe, nanti sambung lagi. Next time nak caj telepon dulu,...boleh amik gambar banyak banyak...
student je, student lama.



