Wednesday, March 23, 2022
Papillae Pizza
Monday, March 14, 2022
Semester Baru 2022...
Oh, dah masuk semester baru dah bulan ni. Semester baru ni, asalnya ada PG Retreat Day...tapi mungkin sebab kes covid pun banyak naik aritu, & semua orang pun banyak yang sibuk di fakulti, jadi program ni ditangguhkan, maka postgrad memang retreat terus...😂...Jadi, kita kick off semester sendiri je la...
So yeaaaaaay balik sekolah semula....💖💻📚📝📈📉📅
Tetiba teringat ayat karangan anak aku dulu....
"Mak saya tidak seperti mak orang lain. Mak orang lain pergi kerja... Mak saya suka pergi sekolah sahaja,..."
Aduh! Ayatnya...❤.
Luahan anak - anak terbiar ni...Amat - amat dasyat!
Kelakar (tapi pedihnya tu masih terasa di sini 💞)... Hmmm, masuk sekolah menengah ni dah tak de kene buat karangan keluarga saya... Dah tak de orang nak berkepit dengan kita lagi. Dah tak de orang nak sibuk - sibuk dengan kita dah 😆....Tak de dah tangan comel mengorek bawah pintu toilet & mata yang mengintai bawah pintu 👀...Dulu gi toilet pun, ada orang escort. Dan dah tak perlu keluar masuk rumah berkali2, drive sana sini nak hantar ke sekolah la, kokurikulum la, sekolah agama la, tusyen la....Selesai dah tu semua. Been there, done that!
Sekarang fasa baru. Yang best, mama dah boleh merasa sarapan nasik putih dengan telur dadar atau mata lembu anak - anak gorengkan, makan dengan kicap, tak pun nasik goreng ke, roti bakar cheese ke...dengan air teh...air milo,,.air sirap ke, air mangga atas meja. Ada masa mama boleh order dari meja kerja mama...Terus sampai. Hehehehee...💘....Part paling susah, kene jadik cikgu & guru besar...😅
Yang kenit kenit dulu ni lah support team mama ada, on this side...Dah tua ni, selaku ancient student, kita usaha je la. Walaupun ada beberapa perkara yang kita sangat ralat, tapi hati ni selalu doa supaya Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Mudah-mudahan dapat selesaikan study ni dengan baiklah hendaknya...Amin.
Sunday, March 13, 2022
Buncis!
Sedapnye lahai lauk kacang buncis tu,...Tergoda! My all time favourite! Rasa nak bawak keluar je dari youtube tu, hidang depan mata. (walaupun di malam buta ni heheh)😉. Tambah plak ada udang kan, 💘... Tapi kalau tak de udang, nak 'partner'kan dengan ayam goreng kunyit ke, atau hirisan daging ke, atau gorengan telur hancur ke pun sedap jugak....Kalau goreng kosong dengan bawang pun, pada kita yang sememangnya peminat kacang buncis ni, pun sedap jugak...Apatah lagi kalau dimakan bersama lauk ikan goreng atau ayam goreng dan nasik panas...
Masa ni la nak amik peluang enjoy puas - puas, sementara bebudak ni ada kat rumah. Nanti depa balik asrama, sunyi balik dapur ni...Anak - anak ni bakal sambut Ramadhan kt asrama tahun ni....Tinggal beberapa hari je lagi kat rumah ni......Huhuhu, lepas ni semua mama kene buat sendiri, sorang-sorang....😐
Saturday, March 5, 2022
10 things to do this weekend
3. Bersihkan rumah.
6. Nak layan movie, tapi belum pikir lagi nak tengok citer apa. Hmm......citer apa best ek...?
7. Nak jalan kaki 10,000 tapak...Lama tak jalan jauh - jauh.
8. Nak naik motor jalan - jalan.
9. Nak minum air kelapa + ice cream soda.....lama tak buat.
Monday, February 28, 2022
Peralihan kampung : dari utara ke selatan sikit...
Bulan Feb tahun ni, opah (mak apak) dah pindah sepenuhnya dari Lenggong, ke selatan sikit, sempadan antara Selangor dan Perak. Lepas pkp, adik-beradik apak merasakan adalah lebih baik kalau opah duduk berdekatan dengan anak -anak dan famili (adik beradik opah yg lain), supaya terubat kesunyiannya. Masa balik kampung aritu, apak & anak - anak gigih tolong packing. (Tak macam mama. Mama ni, jadi menantu bertuah je. Tak boleh angkat brg berat2)
Perjalanan dari rumah parents mama ke sana mengambil masa dalam sejam++ ke sana. Dah tak jauh sangat macam dulu. Siap boleh balik hari lagi. Kalau dari Pekan, boleh bypass KL ikut Genting Sempah, jimat 40minit -1 jam. Sukalah apak, kampung dia dah dekat.....
Tapi dia masih sayang rumah kayu lenggong tu...
Senibinanya cantik....Tukang kayu yang mahir dan penyabar je mampu bina cenggitu......zaman sekarang ada lagi ke yang setanding? (Tak jumpa lagi setakat ni...)
@-@-@-@
Minggu ni lecturer yang pernah ajar mama subjek logik dan digital mama masa tahun 1 dulu telah pulang kerahmatullah. (Beliau lecturer fakulti apak, pernah ajar apak jugak...). Teringat satu kejadian masa zaman kami (mama & kawan2 masa study) duduk rumah sewa dulu di IM 8. Beliau pernah datang tolong baiki lampu rumah kami yang meletop dan fius main switch box yang terbakar. Nak mintak tolong pakwe, pakwe tak de. Tak declare lg. Hahaha...Yang ada pakwe pun, duk jauh. Senang citer masa ni semua single.😂....Jalan la kaki ramai - ramai ke rumah beliau, minta tolong. Hasil pertolongan beliau, terselamat lah kami dari kegelapan malam tu.
Beliau jugalah yang bagi peta Perth zaman pengajian beliau (kertas coklat), sebelum kami (mama & apak & bam ) bertolak ke Perth, sebelum apak sambung PhD kat sana. Berbekalkan peta lama tu lah kami jadikan panduan sebelum dapat beli puku peta panduan baru tahun 2007. Kami ganti dengan peta Perth terkini (pada masa tu) yang baru pada beliau. Ubat rindu kat sana, zaman pengajian beliau dan isterinya zaman tu.....
Sekarang hanya tinggal kenangan...
"Sesungguhnya semua ini hanyalah milik Allah, dan hanya kepadanya kami kembali. Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."
@-@-@-@
"Dari Ummu Salamah r.a., berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: Ketika kalian menyaksikan orang sakit atau meninggal maka berkatalah yang baik. Sesungguhnya malaikat mengamini terhadap apa yang kalian katakan." - (H.R. Muslim)
Sunday, February 20, 2022
New Semester is coming
Seminggu lagi, dah nak kene daftar semester baru...
Tutup sem ke buka sem ke...
Sibuk serupa tu jugak...
Being a postgrad, everyday is Monday...😄
Keje banyak. Meh layan lagu ni plak...
Monday, February 7, 2022
Topik borak dengan orang luar...
- Negara
- "What kind of people are you?"...."I can't quite guess your race".....
- Nama aku
- Solat & identiti sebagai seorang muslim

