Sekarang ekonomi macam tak ok. Ingat lepas covid, boleh elok. Turned out tak semudah tu......Di masa yang sama, banyak syarikat buang pekerja. Bukan dalam negara je, luar negara pun sama. Nama - nama kebanggaan besar Google, Meta, Microsoft, Salesforce, Zoom, Amazon, Netflix, and Twitter pun buang pekerja...Latest aku baca tentang Silicon Valley. Hmmmmmm....
Thursday, March 23, 2023
Ramadan 2023
Sekarang ekonomi macam tak ok. Ingat lepas covid, boleh elok. Turned out tak semudah tu......Di masa yang sama, banyak syarikat buang pekerja. Bukan dalam negara je, luar negara pun sama. Nama - nama kebanggaan besar Google, Meta, Microsoft, Salesforce, Zoom, Amazon, Netflix, and Twitter pun buang pekerja...Latest aku baca tentang Silicon Valley. Hmmmmmm....
Thursday, March 16, 2023
Banyak cerita
Minggu ini,...
Minggu sebelum Ramadhan...
Start semester baru...
Start jadual baru...
Start mengajar pelajar baru...
Start mengajar subjek baru...
Join pertandingan...
Dapat perak...
Masih lagi menjadi setiausaha...
Sibuk dengan program postgrad...
Dalam masa yang sama...
Sorang anak habis sekolah...
Sorang anak akan masuk sekolah...
Bersara menjadi bendahari Homeroom anak setelah 5 tahun memegang jawatan ni tanpa putus...
Apak balik dari Manila.
Ada lipas terbang terus memasukkan dirinya dalam kari ikan yang mama masak semasa tengah menggelegak dan mati dalam tu! Huwaaaaaaaa.................😭😭😭. Nasib baik kejadian tu mama nampak depan mata.....dibuatnya, tak tahu & dah selesai makan? mau muntah...! Ni lah yang dinamakan bukan rezeki...
Banyak kan cerita?
Penat.
Sunday, March 5, 2023
Bad
Bunyi saje macam tak...
Saturday, February 18, 2023
Umpan Jinak Di Air Tenang...
Di tangan baru selesai satu timbunan kerja...Dalam masa yang sama, telinga ni juga baru selesai dengar lagu nyanyian Dayang Nurfaizah...Lagu lama.
Sedap! Mendalam maknanya...Dia bawak live dengan orchestra...👍
Thursday, February 16, 2023
Bangau Botak!
Rasa bertuah dapat tengok sawah padi, tempat 'pokok beras' tumbuh...
Air tengah banyak. Masa ni mesti banyak ikan...
Sebenarnya, asalnya ada seekor bangau botak besar kat tepi ni. Besar! Dia dah terbang pulak masa aku berhenti tepi sawah ni tadi. Walhal bukan la dekat sangat pun. Slow je..Aku berhenti ni, nak snap gambar, sebab ada dia kat situ... Nampak macam dia dapat tangkap ikan. Spesis ni sekarang dikategorikan sebagai spesis terancam. Dah nak hampir pupus..........Nanti datang lagi eh...
Wednesday, February 15, 2023
I Love My Planner....
Macam girlish sikit la. Tak jumpa plak yg kurang girlish...Aku pakai je la kan, patut bersyukur la ada. Jimat ink printer. Ni banyak cikadak plak...
Masa degree dulu, ada sorang kwn kt UTMP-UTM ni, suka print planner by months. Setiap satu bulan, sebesar kertas A4. Katanya, bila depan mata, senang kita nak track dateline assignments, appointments & PSM tasks. Dia tampal kt softboard bilik dia. Aku ni, bila datang bilik orang, tengok cara ni bagus dan efisyen.....aku pun tersuka la. So, aku tiru dan guna cara ni sampai 2004. Lepas grad, dah tak buat.
Sehari sebelum aku jadi student semula, tahun 2010, aku apply balik. Tamat belajar, 2013, aku stop. Sehari sebelum daftar jadi student semula, 2015 aku apply balik sampai la sekarang. Kecuali tahun 2019 je aku tak buat planner ikut bulanan. 2020 sampai sekarang aku sambung semula. Sebabnya, 2019 tu aku dapat planner tahunan yang besar gabak kau!....Puas hati aku menulis tulis kat kotak-kotak haribulan tu...Bila dah hujung tahun, aku review semua -semua benda aku buat sepanjang tahun. Aku suka......Hahahahaaa. Tak perla, syok sendiri. Janji Happy....Kalau dia baca post ni, mesti tergelak sampai nampak gigi....betul tak? kan? kan? hahahahahaa.....
Sekarang ni pun aku masih tiru cara ko lagi. Cuma kalini, aku beli yang dah siap. Kecik sikit. Comel je. Aku beli kt kedai buku tepi giant, kt kuantan. RM5 lebih je. So aku letak kt opis.....Bulan 2, dah nak penuh, bulan 3 hampir separuh penuh....bulan 4 ke atas lapang lagi....
p/s: Masih suka ada depan mata, walaupun dah ada google kalendar

