Masa di Mekah, memang jadual diri ni berubah seratus peratus. Walaupun semua datang dari kapal terbang yang sama, negara yang sama, negeri yang sama, dengan niat haji bersama-sama, tapi semua pulang dengan pengalaman masing-masing yang tersendiri. Setiap orang berdepan ujian yang berlainan. Aku dan suami aku pun macam tu....
Dalam ibadah pun sama. Ada orang mampu pergi masjidil haram hari-hari selama di Mekah. Ada yang mampu pergi subuh sehingga baliknya isya' nanti. Ada orang tidak mampu berjalan jauh dan hanya di hotel sahaja. Ada orang, sekali dua sahaja merasa pergi masjid kerana ada halangan2 tertentu -usia, kesihatan, kemalangan dsb. Ada orang, hari-hari buat umrah, dengan menaiki bas percuma dan rehatnya di hotel hanya beberapa jam sahaja, dan malamnya pula dia di masjidil haram.....Ada yang buat umrah setiap minggu, naik kereta sapu niat di miqat...Ada juga yang buat umrah sekali sahaja dan beribadah di masjid sementara bersedia untuk haji pula. Ada juga yang tiap-tiap minggu sewa hotel supaya dekat dengan masjidil haram untuk ibadah. Gitulah...Macam - macam cara dan jalan ada....Yang penting Allah terima ibadah kita.
Aku? Aku pun sama, ada ujianku sendiri. Bila tiada halangan, aku akan solat di Masjidil Haram. Boleh katakan kebanyakan masa, aku dapat pergi. Ada beberapa waktu, aku tak mampu, contohnya zuhur & asar (sangat panas). Bila masjid penuh, askar dah tak bagi masuk, kene solat di atas dataran. Bila aku tak mampu pergi, aku tumpang pahala suamiku sahaja, tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun....heheh π. Bila tiada halangan aku pergi, aku pergi lah. Tambahan pula, dokter dah pesan, kene jaga kesihatan. Kalau tumbang, apa pun tak boleh buat. Dari langsung tak dapat buat, baiklah sabar dan buat sikit-sikit yang kita mampu. Jadi, bila tak dapat solat di masjid, aku solat dalam bilik atau berjemaah di hotel.
Musim haji kalini, boleh dikatakan masa di Mekah ni, memang ramai jemaah dilanda demam selsema dan batuk teruk. Termasuklah aku. Pernah satu masa...aku kene masuk hospital TH, gara-gara demam, batuk-batuk sehingga sesak nafas. Selama 2 hari, aku kene bernafas guna tong oksigen kat hospital. Hari last tu, dah kuat sikit. Suami aku ulang alik ziarah bini, naik van TH free. Bekalan ubat terhad. Nasib baik juga, kami dapat bekalan ubat dari UMP sebelum pergi. Sangat berguna kat sana... Kalau nak beli sendiri, bergandalah mahal harganya... Keadaan bertambah teruk, bila tak berselera nak makan. Aku selalu doa supaya aku larat buat amal ibadah, supaya aku mampu tunaikan ibadah aku kat sini.
Selain badan yang kuat dan sihat, antara doaku ialah supaya dapat rakan-rakan sebilik yang baik, yang boleh berlebih kurang, dan kita selesa. Alhamdulillah. Doaku itu dimakbulkan Allah. Masa di Mekah (berlima) dan Madinah (berempat) pun sama. Semua room mate aku hajjah hajjah dari Pahang - Pekan, Temerloh dan Bera. Suami diaorang sebilik dengan lakiku. Siap create wassap group bilik masing-masing dan campuran kedua-dua bilik. Masih aktif sehingga harini...Alhamdulillahπ. Contohnya, masa kita di masjid, siapa yang ada di bilik akan tolong ambilkan makanan/air zam-zam. begitu jugalah sebaliknya. Kalau aku dah makan kat luar, ada masa aku let go je makanan aku pada orang lain yang memerlukan. (Mesej inform room mate)....Bila nak keluar pun, selalu aku bagitahu dalam wassap atau face to face.
Rata-rata di sana, ramai yang lebih senior dariku. Dikalangan ahli bilik di Mekah dan Madinah, aku la yang paling muda. Kalau hilang lama sikit je, memang kene bahan la dek kekanda hajjah-hajjah ni. Asal tak nampak je, kononnya ke Bilik Berkat. Sabo je la...selalu aku reply je sambil sengih,..."Ibadah juga tu kak. Banyak pahala tu" kih kih kih ππ
Selalu aku g solat dengan suami. Aku suka kalau dapat solat berdekatan, taklah kita ni sorang-sorang. Kadang, aku pergi dengan room mate. Yang ni pun mudah juga. Adalah teman. Tapi bila dah hujung-hujung, aku lebih banyak pergi sorang. Bila sorang kene lah pandai bawak diri. Kawasan masjid ni agak besar, banyak pintu, banyak tingkat juga. Tak boleh nak stick dengan tahu satu jalan sahaja. Sebab askar selalu buka tutup jalan. Jalan masuk ke masjid semalam dan harini, mungkin tak sama jalan masuk ke masjid esok, lusa, tulat dan seterusnya.
Masa awal-awal sampai dulu aku ambil masa nak cam jalan dan tempat. Yelah, bukan tempat kita kan. Tambah pulak tempatnya agak besar dan banyak jalan. Nak tanya, orang keliling pun susah. Unless kalau tahu bahasa arab la. Bahagian mataf masjid paling bawah, perempuan sahaja boleh masuk. Disini, bilamana lelaki berpakaian ihram saja boleh masuk. Tak berpakaian ihram, sila naik atas...Kalau degil juga, kene tangkap dengan askar, kene seret di khalayak ramai masa tu jugak...
Pernah satu masa aku terpisah dengan suami, (masa ni masa awal-awal baru sampai Mekah)....Nak call suami tak boleh. Stress juga lah. Nak cari jalan balik, tak tahu. Dah sampai mana pun tak tahu. Pusing- pusing, aku carik jalan pimai pimai balik - balik tang tu jugak. Tak putus-putus doa dalam hati, biar Allah tunjukkan jalan. Aku cuba ikut geng 'beg merah'. Masa mula - mula ikut tu rasa ok, tapi lepas tu rasa eh, alamak depa ni macam balik ikut tang lain. Balik hotel lain ni.
Kutengok lagi kiri, tengok lagi kanan,...Entah macamana, tergerak hati nak ikut belakang, pakcik Uzbekistan 2 orang ni. Lama-lama dieorang perasan, aku kat belakang. Aku senyum je. Diaorang macam paham je, aku ni nak tumpang ikut belakang. Disebabkan dieorang dua ni agak tegap dan besar. Maka, lapang je kawasan aku nak jalan. Kalau tak, memang berlanggar bahu. Orang ramai giler, nk menentang arus lagi laaa...Aku dah la 156-157cm je. Sampai kt tempat stesen bas, depa pun hilang, naik bas balik hotel depa.... dan saat sampai stesen bas tu, dari situ aku tahu, Abraj Al Janadriyah dah tak jauh...aku boleh balik sendiri. Aku cuba nak ucap terima kasih.....Bagi orang yang sesat dan cuak macam aku ni, bila dapat menumpang ikut belakang, dapat berjalan pulang dengan selesa, feeling bersyukurnya dapat jumpa jalan balik tu tersangatlah lega. Mestilah nak ucap terima kasih...Aku hanya letak tangan di dada, tunduk sikit, sebagai tanda hormat dan terima kasih...(aku pun doa semoga Allah mudahkan urusan haji depa juga)...Kalau ada air botol/tin minuman(yang belum buka) padaku saat tu, ni lah dua orang tua yang aku akan beri...
Balik hotel, aku pun cerita kat laki aku,...masa aku terpisah dengan dia (dan semua orang yang aku kenali malam tu)...Allah hantar 2 bodyguard, teman aku balik...nasib baik tahu balik, kalau tak, laki aku la kene amik aku kt Uzbekistan nanti...π
Lepas kejadian tu, lakiku pun on-kan roaming kat phone aku (dia bayar...hehehe), supaya tak putus komunikasi... Pastu dia bawak jalan2 sekitar supaya aku kenal jalan, supaya boleh berdikari, balik jalan kaki sendiri....Rasa 2 minggu pertama je kekok...Dah masuk minggu ke-3, dah ok dah...Pendek kata, campak lah tang mana, tau dah jalan mana nak balik Abraj....insyaAllah.
Nota : beg merah tulah jadi handbagku sepanjang disana. Tak pernah tinggai...
Pedas dan sodap...
Masa ni, harga tutup mata dulu, yang penting tekak mampu makan.
Pastu bukan sahaja McD, Domino Pizza, KFC, Al-Bayt, Burger King dan Kedai kebab turki kami try.
(bersambung lagi tapi tak tahu bila...)
Lesson Learned - Masa Sesat
1 - Sabar. (tapi aku panik jugak la kan,...maunye tak!)
2 - Kalau boleh set roaming, set. Bila ada line & data, senang nak contact/call/message. Kalau x de, tak dapat kontak pasangan/teman, kene sangka baik. Doakan yang baik - baik...semoga pasangan pulang dengan selamat.
3 - Jika masih baru sampai, bawak teman. At least ada teman. Tapi jika terpisah, tinggal diri sendiri je, cuba cam-cam kan tempat2 kita lalui tadi.
4 - Bawak phone. Tangkap gambar tempat2 kita lalui tadi. Kalau tak bawak phone, kene bergantung memori ingatan kita la. Kalau perlu, masuk balik masjid dulu, solat sunat/hajat 2 rakaat. Doa. Mohon Allah bantu, recap semula moment yang kita lalui tadi. (Dalam masjid sejuk, selesa dan selamat)
5 - Sentiasa pakai tag. kalau sesat, redah aje la tanya2 petugas haji, kalau tak jumpa yg m'sia, jumpa petugas rantau kita pun, dari Indonesia, Singapura, boleh tanya...sambil tunjuk tag haji kita.
6 - Belajar guna google map dalam phone supaya boleh balik sendiri. Yang ni senang, tak yah harap orang.

















