Sunday, March 1, 2009

My Little Boy Likes To Visit Here...



Entry kali ni nak cerita tentang anak bujang aku yang sorang ni.

Die ada seekor spider. Die bela kat alam maya. Labah-labah digital. Nak tengok kat mana die bela...Ha ni link nye, S.P.I.D.E.R

Pada die, tu spider die. Dia selalu main tukar - tukar saiz badan, saiz kaki, jangkauan kaki, tinggi labah - labah tu dan macam - macam lagik la. Hari - hari bentuk spider ni berubah - ubah. Kejap gemuk gebu penuh bulu. Kejap lagi pulak kakinya keding, badan gemuk. Macam - macam. Spider yang lawa tu dah jadi macam spider alien.

Dia rajin la bagi spider tu makan serangga. Merata - rata budak ni tabur makanan spider tu. Terkedek - kedek lah spider tu jalan kutip makan satu satu...Tak puas dengan tu, die dera spider tu plak dengan drag kemana saja yang dia suka, jauh dari makanan spider tu supaya die dapat tengok spider tu jalan ke arah makanan.

Kat sini plak ---> S.N.A.K.E G.A.M.E budak ni main ngan ular.
Tapi, game ni 50l3h cepat bosan sebab ular die asyik mati je. Tak sempat tunggu ular ni besar panjang. Kecik - kecik dah mati. Mati bukan sebab apa pun, asyik sibuk nak main bola dan tercium ekor sendiri.

Ni Plak -->S.K.E.T.C.H & P.A.I.N.T tempat die asah bakat nak jadi macam Pablo Picasso(sila google sapa yang tak kenal mamat ni ). Ni tempat die lukis - lukis dan conteng - conteng ilhamnya yang entah hapa hapa.

Yang lain-lain pautan pada site tu, macam drum machine & prototype of ski game tu die tak berapa minat. Yang break dance tu, aku tengok macam menakutkan. So, aku tak pernah bukak untuk 50l3h.

Empunya site ni kreatif. Site die simple je, tapi menarik.

p/s: Sayangnya aku tak terror flash.

1 comment:

3uri@ni said...

Aku pulak yg naik ralit main ngan spider tu, keh keh keh