Friday, March 6, 2009

One Man's Trash Is Another Man's Treasure...

Menunggu masa untuk dibersihkan...

Lawa lori sampah kat sini. Tak berbau busuk pun atau pun berair - air macam kat M'sia.

Hari ni last day kalau nak buang barang yang besar - besar kat depan rumah.

Dah 4 hari, hari pembuangan sampah - sampah besar berlangsung. Kat sini, kalau nak buang barang, kene tunggu hari 'open day' buang barang. Tak boleh sesuka hati nak buang sana sini macam kat M'sia. Undang - undang sini agak tegas jugak. Lebih eloklah jangan buat pasal.

Selalunya notis akan dihantar ke setiap rumah oleh majlis perbandaran tempatan untuk bagitau penduduk hari - hari yang dibenarkan membuang barang - barang kat tepi jalan. Nanti adalah lori majlis perbandaran yang datang kutip dan angkut barang - barang tu.

Kadang tu, barang masih elok dan boleh pakai lagi diletakkan kat luar oleh tuan empunya kerana tak berkehendakkannya lagi. Buat semak je kalau simpan agaknya. Kalau sesape rasa nak ambil, ambil je la. Tak de sape larang.

Masa nilah ramai 'pemburu - pemburu harta terpakai' memburu....

Nak barang yang elok - elok, cantik cantik, dan berjenama, cuba lalu kat kediaman orang - orang berada dan kaya dalam tempoh ni. Macam - macam ada dieorang letak kat luar rumah tu. Sofa, TV, mesin basuh, peti ais, meja makan, kerusi, carpet....apape jelah.

Pernah dengar cerita beberapa orang student pakat - pakat sewa ute(lori kecik) untuk pergi kutip dan mengangkut barang - barang untuk diguna pakai sendiri. Almaklumlah, student kan....survive kat sini pun dengan elaun yang terhad. Barang masih elok, percuma pulak tu. Sapa tak hendak. Jimat, tak payah keluar sesen pun nak beli. Kami pun dulu antara 'peronda-angkut' juga masa mula - mula baru sampai. Kalau jumpa barang elok dan boleh pakai, kami amik . Tak rasa segan pun sebab memang dah budaya kat sini begitu.

Sekarang rumah dah penuh, kami plak jadi penyumbang - buang kat depan rumah. Monitor dan karpet kami dah dah tak de dah kat depan tu. Dah 'selamat pulang bersama tuan baru agaknya'. Hehe he he ...

Dalam 'masa tempoh pembuangan' ni juga sesekali nampak lori mengangkut barang - barang mengutip barang - barang terpakai ni. Sama ada untuk keperluan sendiri ataupun untuk dijual. Kalau dijual, dapat juga duit. Selalunya ni lah pun saat tokey kedai - kedai jual barangan terpakai mencari rezeki. Dapat free, dijual agak mahal juga. Belum tambah upah lori mengangkut.

Rezeki...

1 comment:

3uri@ni said...

Aku nie tengah terpikir bila la aku leh buang barang kat dalam stor tu...asal aku nak buang je, mesti cik abe tak kasi, padahal bukan nak pakai pun...semaknya mata aku tak tahu nak cakap la...aku kalu dah ari buat ops, rasa serba serbi nak buang, pastu leh 'add new item', hahaha