
Hujung minggu lepas cuti Anzac Day. Cuti sampai hari Isnin.(Tak semua tempat cuti) Abang memang tak cuti la hari arini (isnin)...rugi cuti katanya...sebab kerja-kerja PhDnya seru suh datang opis...
Cuti Anzac day ni kami pergi jalan - jalan ke Ladang Buah Owen & Sons kat Carmel, East Perth. Kami pergi convoy 3 kereta. Ladang epal ni tak dibuka kepada public. Kitaorang ikut ni sebab memenuhi ajakan kawan (disamping nak jalan - jalan sama). Ladang ini kepunyaan famili kawan kepada kawan kami. Dia (kawan kami) amik course Agriculture. Anak tuan empunya ladang ni course mate kawan kiteorang ni la.
Perjalanan dari rumah kami makan masa 1 jam untuk ke sana. Kawasan ni kire macam kawasan perkampungan sket la. Tapi tak la kampung sangat. Seronok tengok permandangan...
50l3h seronok sangat sebab dapat tengok macam - macam kat sini. Sepanjang perjalanan dah berapa banyak ekor kuda dia kira...(kiraannya berterabur la ...ye la tau tau je la camne budak 3 tahun mengira). Pastu tengok jentera - jentera ladang...dia minat jentera...jadi dia seronok la...
Sampai sana kami dibawa jalan - jalan ke ladang sambil memetik buah. Ada epal, pear dan plum. Pear dah habis kat pokok...yang ada Pink Lady Apple, Fuji Apple, plum (jenis apa tak plak ku tahu).
Antara dua jenis epal tu, Fuji yang manis. Yang tu lah pun yang banyak masak kat pokok dan banyak kiteorang petik. Alhamdulillah...dapat makan epal fresh dari ladang. Rangup dan sedap.
Pas petik buah kat ladang, kami dibawa tengok stok buah yang disimpan dalam stor sejuk(1.5 darjah cecius) untuk simpan buah dan mesin pengasingan buah. Wah,advance sungguh ladang ni...50l3h pun apa lagi...minat la tengok tengok benda mesin ni bergerak...macam - macam dia nak tengok, cuba dan amik tahu.

Lepas tu kami dijamu ngan buah- buah pear, epal dan plum dari jenis - jenis lain...(nama apa aku pun tak ingat daaa...)...Sebelum balik, buah-buah yang dikutip tadi dibahagi-bahagikan sesama keluarga yang ikut p convoy ni. Last sekali, sesi bergambar beramai - ramai...yang tu memang tak miss la depa - depa ni(kengkawan yg p rombongan ni)...
Alhamdulillah, minggu ni dah tak yah beli buah. This week we can keep the doctor away...like in the old adage "an apple a day keeps the doctor away"...heheh. (Insya allah, amin..sape tak nak sihat kan.)
2 comments:
wah bestnya..kat malaysia xda ladang apple ni..aku tgk buah pun ada yg terjatuh2 sayang nya..cam nk kutip jaa..best yaa dpt buah free..eh soleh da botak yaa keplanya. ni mmg experience dan memori yg x bole dilupakan
Kalau yang jatuh tu byk yang busuk...x yah kutip la farah,heheeee...
Ha'a soleh baru potong rambut. Asalnya bukan nak botakkan, tp dah dia duduk tak diam.Rosak 'cutting' rambut tu...nak 'edit-undo'x leh. Jd botakkan je la senang.
Post a Comment