Tuesday, April 28, 2009

Cain & Abel - completed 20 episodes...

Semalam dah berjaya habiskan tengok cerita korea, Cain & Abel. Best gak la endingnya.

Kali ni hero ni tak mati. Ha ha ha ...asal dia berlakon cerita,wataknya asyik mati je. Tensen peminat sampai cerita ni kene rombak semula, ubah totally...tak lama dulu. Sebabnya peminat So ji sub tak mo dia jadi hero yang menyedihkan, asyik 'mati' je wataknya.

Aku personally tak kisah dia mati ke tak mati asalkan best. Kalau nak terkorban biarkan sebab - sebab yang best...tak mo la frust sket bunuh diri...atau mengorbankan diri atas sebab - sebab yang bodoh. Erk yek, x leh terima aku jalan cerita dan hero bangang camtu. Kononnya nak bagi touching atas sebab cinta agung tahap dewa. Eiiii...c'mon la, nak 'touching' pun, buat cerita yang bijak sket.

Untuk cerita ni, aku bagila 4 /5 bintang. Ade sket la 'holes' pada jalan cerita. Minor je kalau perhatikan betul2, tapi kalau tengok tak detail memang tak prasan. Tak pe la, tak menggangu pun. Layan je la. Pelakon jahat dan baik memang pandai berlakon. Berkesan wataknya.

Entry ni kesinambunagan dari entry ni...

3 comments:

FaraMie said...

syah..ko ni hantu tgk cita korea kaa..kat U dulu xperasan plak aku hehe..ko tgk online rupanya yaa..aku cita belah2 sana bole layan laa..kalo org pengaruh..tp aku ni hantu hindustan..baru2 ni aku tgk slam dog milionaire..syok.dpt anugerah kat US..tuh cita hindu actuallynya

3uri@ni said...

Aku nie antara penonton yang tak suka citer hero/heroin mati, hehehe, nanti kalau salah sorang mati, ada kebarangkalian yang besar aku akan melalak depan TV, kalu gitu keadaannya, menonton dah tak jadi aktiviti untuk release tension lagi, jadik tensen ada la, hehehe

Itu, aku la...sensitip la kononnya, asal sedih sket, mula la nak nangis, walhal orang tu berlakon je, hehehe

~Huang Yo Shi~ said...

farah:
Tak la hantu,heheh...ikut la kalau 3 episod pertama aku tengok tak menarik minat aku untuk sambung tengok. Aku stop. Tengok citer lain plak.

Tak semestinya korea je...ade lagik yang lain.

Slumdog milionaire aku x tengok lagi...tp dah dlm list untuk tonton.:)

Zue:
Owh, tangkap leleh la ko ek kalau drama sedih2 ni...

Aku pernah gak la ditimpa perasaan sedih bila tengok cerita tp tak semua leh buat aku tangkap leleh...heheeeee...