Tuesday, April 28, 2009

Kuharungi jua...

Nak post entry ni siang tadi, tapi budak2 dah bangun, tak sempat.

Hari pergi ke ladang epal tu sebenarnya elektrik tak de kat rumah. Tak dijangka sebenarnya. Tambah pulak tak de sebarang notis pun diberi. Selalu kalau nak ade sesi tak de elektrik ni, ade notis pemberitahuan.

Kalau tengok dalam gambar kat entry "Anzac Day & Apple Day", aku pakai tudung yang kurang match dengan baju. Sebabnya aku tak sempat nak gososk tudung. Jadi aku terpaksa la sambar tudung yang available masa tu. Sib baik warnanya coklat juga cuma tone coklatnya berbeza.Tapi yang tu aku tak tension sangat...

Part yang aku paling tension...Pagi tu aku tak sempat nak nak pam susu E-m4n sepenuhnya. Arrrrrghhhhh...memang tension!Terasa 'penuh'...x leh ekspresskan sampai kosong sepenuhnya. Tak selesa sungguh.

Nak pam guna bateri, bateri lak x dok...bukan x dok langsung tapi tak mencukupi. Bateri yang diperlukan memang banyak. Tu salah satu kelemahan pam ni. Malah kelemahan besar juga bagi ibu yang exclusive pumping macam aku bila pam tak available. Nak pergi beli bateri pun kedai tak jual sebab blackout masa tu.

Namun, nasib baik abang ada buatkan adapter pam untuk kegunaan pam dalam kereta. Jadi kene angkut la pam ke ladang epal. Boleh dikatakan hampir sepanjang perjalanan la aku guna pam untuk susu keperluan E-m4n. Aku terpaksa buat single pam sebab tak sesuai untuk double pumping dalam kereta...kalau buat jugak, jadi free show la aset aku.

Apapepun aku bersyukur dalam masa mencabar gitu aku dapat jugak kosongkan 'aset' ni. Kalau tak memang boleh bikin kacau jiwa aku... Seringkali gak perasaan rasa jeles tu datang bertandang terhadap ibu - ibu yang boleh menysukan anak secara terus. Senang. Anytime Anywhere boleh breastfeeding.

4 comments:

FaraMie^H's said...

syah..ko mmg kena slalu pam yaa..kalo xpam..jd bengkak kaa nanti..apa jd dgn susu yg x dipam atau dikeluarkan ?..sj nk tau 4 info heheh

~Huang Yo Shi~ said...

Ha'a aku x dpt feed anak aku direct. Jd aku pam. Selang 3-4 jam aku kene pam untuk keperluan anak aku.

Kalau aku termiss ke atau x dpt pam...mmg kacau la jiwa aku sbb x selesa. Terasa penuh dan berat. Setakat ni aku tak pernah la bengkak lagi ke hapa.

Then,kalau selalu miss sesi pam,leh mnyebabkan penghasilan susu terjejas. Susu pun kurang berkualiti, cair je, pertumbuhan baby leh terbantut la sebab susu tak berkualiti.

kesimpulannya, selain diet ibu (dan faktor2 lain yang memberi kesan thdp penyusuan), sesi pam bagi ibu pengepam tegar macam aku, penting untuk mendapat susu yang baik untuk anak...

kin hashim said...

Eh...nape tak boleh bagi susu direct kat baby? konpius plak..ada masalah ke?

~Huang Yo Shi~ said...

Ha'a ade masalah. panjang gak ceritanya sebenarnya nak citer sini. Jd, Lactation Consultant cadangkan pam susu bg baby EBM.