Sunday, April 12, 2009

John Graham Reserve, Woodman Point, Cockburn




Jumaat lepas cuti. Jadi malam jumaat tu, kami decide nak pergi ke John Graham Reserve, Woodman Point kat Cockburn. Tengok ramalam cuaca, dijangka jumaat tu cantik. Alhamdulillah, dengan izin Allah cuaca jumaat tu cantik, jauh sket la langkah kami kali ni.

Ni kali kedua kami pergi ke sana. Kali pertama kami pergi, 50l3h tak puas main kat sini. Frust sangat dia masa tu. Jadi ni kire tunai janji yang dulu, bagi dia main puas - puas la sebab dah janji dengan dia, nanti kami datang lagi sini...

Kali ni kami pergi berkonvoi 2 famili. Orang M'sia juga.

Air kat sini cantik. Ombaknya pun tak besar. Rasa selamat sikit nak biarkan anak - anak main kat gigi air. Pantai lain kat sini kebanyakkannya ombak besar, sesuai untuk water surfing. Air kat sini dalam juga. Beberapa langkah je dah paras dada.

Tak jauh dari tempat kami mandi manda, ada satu jeti yang menjadi tumpuan kaki pancing. Ikan apa yang dieorang pancing tak tahulah tuuu...

Berdekatan dengan pantai ni, ada kawasan taman permainan kanak - kanak, tempat picnic dan BBQ. Tapak untuk caravan pun ada. Kalau nak buat BBQ, kene datang awal la cop tempat. Pagi-pagi tak ramai orang. Anjak ke lewat pagi dan tengah hari memang penuh orang kat taman ni dan pantai.

Masa kami datang sini pagi...kami orang first bentang canvas, picnic kat pantai. Masa nak balik tu penuh orang...parking yang awalnya banyak kosong dah penuh ngan kereta...

So far, ni port pantai paling best kami rasa kat Perth ni setakat ni. Ingat nanti, ade masa, insya Allah nak datang lagi...

Location on Google Map

5 comments:

3uri@ni said...

Dapat jugak tgk gambar korang satu family yg besor sket :D sebelum nie x puas tgk, kecik sgt...lain kali tepek gambar yg lagi besar yer, hehehe...aku nie suka belek2 gambar orang :D laki aku pun nak tengok gak gambar korang sefamily, karang kalu gambar korang kecik, makin kecik mata laki aku, hahaha (kutuk laki sendiri, hihi)

~Huang Yo Shi~ said...

Haiyaa, amoy...manyak mahal ooo itu gambau besau,...Nak dapat gambar ber-4 yang ok dan cantik susah...ade aje la spoil nye...tak pandang kamera la, tutup mata la...meronta ronta nak lari sana sini la...kamera terbalik kene tiup angin la, kamera kene hijack ngan photographer 'junior' la...macam macam, heheh...

~Huang Yo Shi~ said...

Alasan je kat atas tu...yang sebenarnya mamanya malu nak buh gambau die yang semakin kiut, bertambah berat...:P,heheh...

iu rf said...

canteknye laut kat situ...
gamba2 punn cantek gak...

seronoknye jejalan tepi laut.. kitorg pun suka sgt main tepi laut..

jauh ke drp rumah tu..

~Huang Yo Shi~ said...

Ade la dalam 30 minit perjalanan dengan kereta. Kalau lampu trafik ijau manjang sepanjang perjalanan cepat sket la sampai.