Friday, April 3, 2009
Sale Susu...
Minggu ni ada sale susu kat Woolworth sempena Easter.
Ni bukan kali pertama kami angkut berkotak - kotak susu bila sale. Dah banyak kali dah sepanjang kami kat sini.Tujuannya tak lain tak bukan selain untuk berjimat selagi boleh. Sekarang ni ekonomi Australia tengah meleset (satu dunia pun sama). Inflasi naik. Jadi harga barang semakin naik.
Berkotak - kotak kami borong. Dua hari berturut-turut kami pergi ke Woolworth. Setiap kali pergi, pergi ke cawangan Woolworth lain plak. Kami pastikan bekalan cukup untuk berbulan - bulan lamanya. (selagi tak expired)
Dah setahun lebih susu Davondale ni tak sale semurah ni. Satu liter = $AUD1. Last masa semurah ni masa 50l3h setahun setengah. Selalu paling turun pun sampai $AUD1.30. Lain kedai, lain harga. Tak sama. Tapi yang pastinya tak semurah masa sale ni la. Jadi bilamasa dia tak murah kami beli susu jenama lain yang murah pulak la untuk menampung keperluan susu 50l3h...tak larat nak bedal yang ni jugak. Parah!
50l3h tak minum susu formula sejak menjejakkan kaki ke Autsralia. Formula mahal giler kat sini. Susu segar dan susu kotak sebagai alternatif. Jenuh kami cuba bagi dia susu jenama lain. Payah jalan kat mulutnya masa tu. Dia suka minum susu ni. Sekarang, susu lain pun dia minum juga. Tapi susu ni, dia minum lebih sket sebab sedap kot. Tambah pulak tengah sale gini. Memang tersangatlah berbaloi untuk beli.
Susu Davondale ni jugak susu favourite aku. Kalau buat Cadbury Chocholate Drink sedap guna susu ni. Aku dah try guna susu lain. Rasanya taklah sesedap susu ni yang dibancuh dengan Cadbury Chocholate Drink.
Masa mengandung E-m4n, aku turut bantai gak susu ni. Terutamanya masa pagi-pagi, loya betul tekak masa tu. Jadi abang selalula bancuhkan hot chocolate drink untuk aku pepagi isi perut.
Kat M'sia pun ade jual. Aku pernah jumpa kat Tesco yang kat One Utama kot. Jalan yang sama nak pergi The Curve. Dia jual dalam kotak besar, 2 liter. Dulu masa aku jumpa tu harganya dalam RM6-7 sekotak. Sekarang ni tak tahulah. Zaman ekonomi meleset ni mungkin dah tak sama harga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



7 comments:
huwaaa... byknye stokkk..
Mula2 aku baca, aku ingatkan mama Soleh yang nak telan semer susu tu, terkejut gak aku, dalam hati "biar betul i-syah nie, banyaknya minum susu :D ?"
Pastu bila baca bawah lagi, oooo...stok Soleh rupanya, tapi mama Soleh pun telan sama...kurang la sket terkujat aku tu :D
iu :
Umah ni dah jadi gudang susu ni...
Zue:
Sedap susu kat sini,Zue...berkoyan - koyan susu aku minum kat sini...
byknye susu...rs dia sdp mcm susu HL x? aku kalo susu HL tu sekejap je la aku telan...sodap...hehehe
Nana, tak sama macam susu HL. Lain beza...sedapnyer tak dapat nak digambarkan melalui penulisan...kalau la,leh post rasanya camne aku dah post dah, hehehe...
wah syah byk betul susu ko beli cam nk berjual ja heheh..jarang org beli susu byk cam gitu..mmg org kat sana simpan stok gitu ka?Kat sana susu dia mesti rs lain drp tmpt lain kan..kat malaysia ni aku rs susu yg sedap aku minum susu anlene 4x kalsium dgn daisyla..nak2 kalo rs dia ada cam vanilla skit tu lg sodap.
Masa sale tu, susu tu murah sangat. Masa ni lah kami borong. Masa tak sale, mahal.
Orang tempatan sini tak wat gitu. Pendapatan dieorg dlm AUD + bantuan kerajaan AU mampu beli...kiteorang ni hidup ngan elaun student terpaksa la jimat cermat.
Post a Comment