Semalam,...
Abang tak pergi opis.
Kami pergi pejabat imigresen di bandar Perth nak setelkan urusan visa E-m4n...Dah lama benda ni tertangguh. Alang - alang ada kesempatan ni setelkan cepat. Senang.
Masa sampai tu, aku ngan E-m4n turun dulu sementara abang g cari parking. Masa sampai tu, tak payah cerita lah panjangnya barisan. Memang gini lah kot kat mana - mana imigresen pun tak kira kat M'sia ke Australia agaknya.
Alhamdulillah walaupun terpaksa beratur panjang tapi tak lama. Kerenah birokrasi pun kurang. Borang kami tak lengkap pun sebab kami tak berapa paham nak isi. Setelah berpuashati selepas cek visa kami, orang imigresen tu kata tak pe, diaorang akan setelkan. Janji bagi dokumen yang depa mintak tu je. Alhamdulillah, lega rasa...mudah urusan. 20 minit je kot kat situ rasanya.
Abang parking 1 jam. 1 jam AUD 8 plak tu...Aiseyh...memang kat bandar parking, mahal...jadi kiteorang jalan jalan dulu kat bandar. Ingat nak pergi singgah restoran lubnan ni...tapi melihatkan pekerjanya tak berapa mesra pelanggan, kami keluar dari restoran tu. Tak jadi duduk walaupun dah siap tarik kerusi dan book meja. Hmmmm...tu la sape suh tak jaga customer... Kan dah lari...
Tak per la, dah makan dah pun kat rumah sebelum pergi tadi.
Kiteorang pun jalan - jalan je la...sampai habis waktu parking pusing-pusing bandar Perth.
-----------------------------------
Semalam...
Hari last day 50l3h pergi ke day care center. (Pada dia Day care center tu sekolah)
Kami dah tak mampu lagi nak hantar dia ke 'sekolah'.
Tujuan kami hantar dia ke situ untuk belajar bergaul, berinteraksi dan bersosial dengan kanak - kanak sebaya dengannya. Kami nak dia belajar bercakap memandangkan dia sebelum ni memang tak banyak bercakap dan bermain dengan kanak - kanak sebaya dengannya.
Lepas ke sana, banyak perubahan. Dia dah banyak bercakap dari dulu. Dia lebih confident. Dia dah boleh 'toilet training' sepenuhnya siang hari masa kat sekolah. (Dulu dia ada masalah nak buang air besar kat jamban. Dia lagik suka 'membuang' di dalam diaper. Sekarang dah tak. Air kecik tak de masalah.)
Lepas ni aku kene belajar la cara homeschool...dan belajar macamana nak ajar kanak - kanak kecik macam ni. Kene ajar dia bercakap.
Laki ku kata aku kene kurangkan 'garang'...supaya anak tak takut buat silap. Dia akan lebih dapat belajar banyak dengan banyak buat silap...dan tak mesti 'perfect' dalam semua perkara...penting untuk naikkan self esteem dan self confident.
Lagi... abang suh aku kurangkan kerja, rehat - rehat je dan main dengan anak - anak...Hmmmh, ni lah yang aku tengah pikir ni...
Ya, aku surirumah yang duduk di rumah. Duduk kat rumah tak semestinya lenggang kangkung goyang kaki...banyak kerja. Tak termasuk kerja luar rumah yang dibawak masuk dalam rumah lagik tu...
"Nak bibik sorang leh, bang?" - Gurauan yang kalau menjadi kenyataan, seronoknyaaa...
p/s: Hmmm...kene buat research la pas ni tentang homeshooling ni...
Bertambah lagi 'List Things To Do' aku...
-----------------------------------------------------------------------
Semalam...
Aku bantu abang.
Persembahan grafik untuk pelancaran logo rasmi M y p s a -WA akhirnya siap. Kalau terror Flash best nyer...mesti leh wat lagik gempak. Disebabkan masa terhad, buat yang simple aje...
Hari ni, AGM M y p s a-WA.
Hari ni jugak secara rasmi nya Logo dan Laman Web M y p s a WA dirasmikan.
Hope fully event hari ni berjalan lancar la.
p/s: Kene belajar Flash la pas ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Bercerita bab bibik nie kan, kalu bibik tu jenis datang pagi balik petang, aku berminat la jugak, tapi kalu jenis duk ngan kiter, yang tu memang aku tak suka...ntahlah, aku rasa pelik kalu ada orang asing duk menetap serumah ngan aku...agaknya sebab aku nie payah nak percaya ngan orang kot...kalu ada member atau sedara datang bermalam kat umah tu citer lain la...karang aku cakap gini, ko tak nak datang tido umah aku pulak, iskkkk...don't misunderstood eh :D
owhhh..susahnye wat visa kat sana kene beratur panjangggg.. kt cni kan wat visa mudah je.. biasanya kena wat appoitment ngn opis tu.. then dtg msa dia ada.. sorang je yg jaga nama kite sejak kite dtg mai sini..
kendian sampai xyah kena beratur.. terus dipanggil.. yg menunggu tu pun berape kerat je.. rasanya kerusi lebih byk drp org yg menunggu.. org tgu seciput.. yg kerusinye berganda2 banyaknye..hohoho
zue:
Aku paham maksud ko tu. :)...Best gak ek kalau yang leh datang dan balik tanpa perlu dudk sekali dgn kiter...
iu:
Bila cek kan iu, rupernye bleh gak wat appoinment dulu...then datang pd waktu appointment, tak yah susah2 nak beratur...aiseyh, infomation lambat sampai...
Syok ek tak yah beratur - beratur panjang...
syah..ooo ko buat visa..napa lmbt lg yaa ko nk blk m'sia. sebenarnya bila fikir2 balik berat kan tanggungjawab sorg isteri. Kena pandai jaga suami dan anak2 dia..belum semua buat perangai lg heheh..xpala nobody is perfect..just learn to be perfect.
Ko sebut ttg bibik ni..aieshah zubit dulu aku dgr nk pki bibik..xtaulaa da ada lum lama x kontek dia. Ada bibik ni..hanya membantu tp kalo bole makan minum, tmpt tido, pakaian biar kitalaa yg jaga takut bibik ni dlm erti kata lain..lain jadinya hehe
Bukan visa aku...visa anak aku, E-m4n. Nak 'append' visa dia dlm visa kiteorang sekali.
Ha'a...bibik tak leh amik alih sume...dia tu 'org luar'.Macam zue cakap tu lah,x leh nak percaya sgt.
Lama aku tak dengar brita ttg Aieshah. Last dgr dia dah ngandung bb yg ke 2...dah bersalin ke blum tak pasti plak...
Post a Comment