The rules are:
1. Make a list of what you want on your birthday
2. The list should be 10 numbers
3. Give it to 10 frens of yours
- Bila buka mata pepagi ade note/card wish my birthday atas katil ke atau atas meja. Siap ade rose merah sekuntum. Nak yang wangi tak nak yang busuk.
- Pastu ada note macam treasure hunt hadiah... kalau leh satu hadiah membawa klu kepada satu hadiahn selepas tu. Makin lama makin besar hadiah yang kita dapat...(banyaknyer dapat hadiah ...heheh.)Bila dah habis dah treasure hunt hadiah, nak ade lagik yang spesel lak yang tak dijangka - jangkakan sama sekali.
- Bangun tido pas solat subuh, on the way kuar bilik...Abang throw surprise. Abang dah buat sarapan ...Lunch & dinner order je nak makan apa. Abang sediakan...
- Tak yah buat kerja rumah. Rumah dah siap kemas dan teratur.
- Nak kene layan macam queen la hari tu...
- Malam2, pas anak - anak tido, nak makan dibawah cahaya candlelight dinner berdua ngan abang...keh keh keh.
- Kalau dapat g honeymoon berdua duaan kat France, Swiss, Turki, italy, best nyerrr...lama teringin g melancong ke negara - negara ni ni...bila la leh dapat niii...
- Kalau anak anak dah besar sket, nak anak - anak dan abang throw surprise birthday wish kat kite... Kalau dieorang nak masakkan kek untuk mama ni pun boleh. Suka je mama nak merasa...Tak yah party. Aku tak suka birthday party untuk aku. Aku lebey suka spend masa ngan my love ones on my special day.
- Bila sebut pasal barang kan, ... teringin nak microwave yang kawen ngan oven skali dengan grill. Aku suka buat daging atau ayam bakar berempah. Then nak set cadar dan langsir yang paling best untuk hias bilik tidur sebab aku suka bilik tido aku menjadi tempat paling selesa dan tenang sekali nak berehat. Pastu nak kabinet dapur yang modern n simple style tapi practical, optimize ruang - leh simpan banyak barang. Pastu nak ade home theater kat rumah. Then, nak ade small water garden kat laman umah. Leh ajar anak bela/ternak ikan macam tilapia ke lampam ke sepat ke bersama - sama kap jepun kat situ. Banyak nyeeer...hmmmmm... berapa bilion duit yang aku ada daaa sampai leh simpan banyak angan angan ni...
- Lastly, yang paling aku nak...panjang umur, murah rezeki, sihat walfiat, bahagia dunia akhirat dengan insan-insan tersayang.
Erm, quite a list kan???...dah redha dah yang tak semua akan dapat. Tak per la, janji siap assignment sensei zue ni...
Rules no 3, seperti biasa, tag ni terkubur kat blog aku. Heheh.
2 comments:
Ini bukan 10 dah nie, nie dah jadi 8 ribu dah wish ko :D Banyak benor benda ko nak eh, hehehe
tu kire sib baik mintak 10..kalau 100 x tau berapa banyak lg la aku buh...keh keh keh...
Post a Comment