Waktu...Sekitar 5:30 pm
Hari...Sabtu (30/05/2009)
Senario Kejadian :
- 2 pelajar lelaki muslim berketurunan arab didatangi seorang wanita dipercayai mabuk dan meminta wang. Kedua - dua lelaki tersebut telah menolak cara baik (refuse politely) tetapi wanita tersebut mula mencetus drama, menjerit dan memukul2 mereka berdua...
- Sekumpulan lelaki Australia yang tak dikenali datang dan memukul dengan agresif. (termasuk dengan menggunakan skateboard) tanpa menyiasat perkara sebenar terlebih dahulu.
- Ambulans mengambil masa 1 jam lebih untuk tiba ke tempat kejadian. Setelah datang mereka seperti memperlekehkan mangsa (ketawa dan meletakkan beg perubatan diatas perut mangsa).
- Polis pula mengambil masa lebih setengah jam untuk tiba.
Personal Comment :
Zalim dan keji sungguh.
Marah dan tak puas sebab kejadian ni di anggap remeh oleh pihak bertanggungjawab. Ambulans sampai lambat??? Polis pun lambat ??? Kesemuanya seakan sengaja berlengah memberi bantuan!
Adakah ni melibatkan sentimen agama?
Tak mustahil kejadian sebegini akan berulang lagi.
Lepas dapat tahu kejadian ni, aku bertambah takut dan bimbang. Ketenangan dan kedamaian sekali lagik berkocak di sini...
[Selanjutnya disini]
Sebelum ni aku pernah dengar kisah orang dibelasah kerana tak mahu memberi wang apabila diminta. Selalunya orang mabuk dan orang - orang asli yang suka membuat onar di sini. Kadang tu bukan wang yang diminta, tapi rokok atau apa saja yang dia nak. Kalau tak dapat, mulalah dia mencetus 'drama' atau bertindak ganas. Kadang - kadang kedua - duanya sekali.
Pernah jugak aku dengar cerita seorang pelajar perempuan pernah dibelasah di stesen keretapi jam 2 petang, sehingga patah rahangnya gara - gara tak de duit untuk diberi kepada dua orang lelaki, peminta duit ini.
Seorang kawan kiteorang, (orang Malaysia juga) pernah diminta wang sebanyak AUD 2 di pusat membeli belah. Kelam kabut kawan kami membawa anaknya lari dari orang tersebut sebab tak mahu mencetus 'parah' keadaan. Mujur juga orang tu tak kejar.
Suami aku sendiri pernah di datangi oleh dua orang anak muda minta dibelikan arak kat kedai berhampiran. Suami ku menolak dengan baik. Alhamdulillah tak berlaku apa - apa yang tak diingini.
Itu di luar rumah.
Ada lagi perkara pelik yang kadang - kadang mengganggu jiwa.
Dalam kes pecah masuk rumah, tuan rumah tak boleh memukul orang yang pecah masuk rumahnya itu. Dah lah rumah dipecah masuk oleh 'orang asing' malah tuan rumah boleh di dakwa pulak sebab memukul orang yang pecah masuk rumahnya. Apa punya undang - undang ni???
Pelik.
Takut.
Rumah - rumah kat sini tak de grill macam kat M'sia. In fact, kalau nak umpil tingkap tu, umpil la dah leh terbuka.
Semuanya ku serah pada Allah. Semoga Allah jauhkan kami sekeluarga dari perkara - perkara buruk dan ganguan orang orang yang berniat jahat terhadap kami.
4 comments:
Eiii...dasatnye...Kat sini, biasa gak dgr org2 mabuk ni suka buat macam tu, tapi, takde plak dengar kes2 sampai gini sekali...
takutnya macam tu.... moga i-syah sekuarga dilindungi Allah selalu...
rasanya mesti ade unsur racist dan diskriminasi di sana, lebih2 lg melibatkan org islam...
huisshh tulaa dugaan dok di tmpt org..kenalaa ikut cara diaorg..kita ni org asing..lg2 plak org islam. dunia skang ni da byk kekejaman berlaku..takut..kat m'sia skang ni pun tgh famous ke ragut..smpi mati pun ada. Smg Allah melindungi kita sekeluarga hendaknya drp perkara2 begitu. what goes around it comes around
Kak kin & Kak Arazma,,
Itu la, takut saya...
Ameen, doa saya semoga kami sekeluarga dilindungi Allah selalu.
Fara,
Ameen. Mmg kat sini tgh dok naik isu Islamiphobia. Propaganda baru, padahal tah apa yg ditakutkan tak tau la...
Post a Comment