Sekarang ni tengah hujan. Musim sejuk kat sini tak de salji. Yang ada air hujan yang sangat la sejuk. Kadang - kadang disertai dengan ribut petir dan kilat sabung menyabung kat langit. Takut...
Waktu malam memang panjang dari siang. Senang sungguh nak tidokan budak - budak. Sejuk nyaman tanpa air-cond buat masa ni.Sungguhpun sejuk, tapi udaranya kering. Kadang tu sampai berdarah hidung dibuatnya. Ni kiteorang tengah nak carik humidifier plak...tengah survey.
Masuk musim sejuk bermakna masuklah waktu yang mana kain baju payah kering. Kalau sidai kat luar, payah nak tahu baju dah kering ke belum sebab rasanya sejuk bedi kain - kain tu. Nak sidai kene awal sangat. Bila awal sangat, sejuk jugak. Kalau sidai lewat plak tampat sidai akan penuh. (ampaian kami kene kongsi dengan jiran). Malah, kalau lewat lagik, mungkin tak kering. Pernah tu kain baju kami mengambil masa 3 hari untuk dijemur sehingga betul-betul kering. Kadang - kadang yang mana nak cepat kering,kami hantar ke dobi, keringkan guna dryer. Nak beli dryer, macam mahal sangat dan tak berbaloi.
Masuk musim sejuk ni jugak bermakna peluang untuk menqada puasa sangatlah menyeronokkan. Hehehee boleh berbuka puasa awal...
Teringat tahun lepas, tika waktu gini, aku tengah sarat mengandung E-m4n. Masa tu baru habis kemas - kemas selesai pindah rumah. Seronok sampai tak rasa penat. Tak berpeluh pun. Cuma sakit pinggang je la. Bersalin E-m4n tika musim sejuk. Senang jaga. Tido je kerjanya. Jarang sangat bangun malam. Kadang tu sampai ke pagi. Sedap kot tido, sejuk.
Pernah kena marah ngan bidan sebab pernah biarkan baby tido tanpa susukan baby. Tak boleh biarkan, bahaya! Boleh dehydrate. Silap aku juga, masa tu aku ngan abang letih sangat sampai tak sedar hingga kul 4-5 pagi...maknanya sampai 7-8 jam E-m4n yang baru berusia seminggu -dua tu tak minum susu sedang masa tu dia patut minum setiap 3-4 jam sekurang kurangnya 60ml(2oz). Sian anakku yang bongsu ni...
Sebolehnya aku tak mo kacau tidur mak aku kat bilik sebelah. Sebab aku tahu, dia letih...jadi aku ngan abang uruskan sendiri anak - anak waktu malam masa dalam pantang. Sesekali teringat semula, manis rasa kenangan ni...walaupun masa tu perit dan sakit. Huhuuuu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
wah bestnya musim sejuk..eh kat aussie xda salji kaaa..atau bln 12 nanti baru ada. kat m'sia skang ni panaslaa..tp kekdg ada hujan skit. bestnya bole buka puasa awal..aku dulu pun pernah merasa dok labuan kul 6.15 da berbuka..tp time tu aku ralet sgt yerlaa time2 gitu ada drama best smpi terlupa nk berbuka..kat sana kalo berbuka kul bapa? n imsyak kul bp plak?
eh eh... terbalik pulak ye kat sana.. sini siang mmg panjang bukan main... mlmnye kejap aje.. tengok2 da siang..
byk musim ke kat sana ecah?
Ada...kawasan australia timur sana nuuuuun. Terutamanya kat gunung ganang kat Victoria, Australian Capital Territory, New South Wales and Tasmania...
Kalau kat western australia ada la kot kat bawah(selatan) lagik, kat Bluff Knoll, itupun jarang kot. Entah la...
Pose, Subuh 5:44am. Imsak 10-15 minit sblm subuh. Manghrib: 5:20pm
iu:
Heheheee,ni kire tukar shift lak la iu. Sana dekat kutub utara suda rasa winter, kasik chance kat kutub selatan lak merasa winter, ha ha ha ...
X byk musim la iu,...4 jugak. Heheheeee...:D
Aikk, dah sebut iman anak bongsu nampak, hehehe...
kalu musim sejuk, tido best, tapi kulit mesti cam kering sket kan, silap2 leh jadik gatal2 sebab kering sangat...
Heheh, bongsu setakat ni...
Ha'a kulit kering. Tambah lak mandi air panas, bertambah kering kulit ni. Kene rajin lumur minyak n buh moisturizer...kalau tak garu lah sampai berdarah...
kitorang kalau winter jemur baju dlm umah jer...buh dekat2 heater tu..hehehh. kalau jemur kat luar..maunya seminggu lebih nak kering kot. ..kalau byk sgt, anto ke dryer jer..
Post a Comment