Minggu ni mama nak cerita kisah seorang budak yang sangat tinggi semangat ingin tahunya, namanya 50l3h. Dia ni sekarang rajin bertanya dan nak belajar tentang alam ciptaan Allah di sekelilingnya... baik tentang benda tak bernyawa, tumbuhan mahupun makhluk yang bernyawa seperti manusia dan haiwan.
Salah satu yang menarik minatnya ialah anak haiwan...dia merasakan anak haiwan ini sungguh istimewa...dia anggap anak haiwan ni macam dirinya juga...suka main, terlompat -lompat, rapat dengan mama, makan mama suap, tidur ngan mama...banyak yang serupa yang dia rasakan...agaknya pangilan 'anak' kot yang membuatkan dia ditimpa rasa 'sekapal' menjadi anak. - ANAK kepada mama dan apak.
Selama ni dia sedia maklum yang manusia mempunyai anak. Kemudian pengetahuannya berkembang, rupernya haiwan juga punyai anak. Tak kisah lah haiwan itu haiwan apa...asal rupa serupa tapi kecik, itu adalah anak kepada haiwan yang serupa tu. Kalau kecik sama kecik atau saiz lebih kurang tapi kecik dari yang dewasa, itu maknanya adik beradik haiwan tersebut. Itulah menurut pemahamannya buat masa ini...(entah tak tau nak cerita macamana dia kelaskan tapi itulah gayanyaa)
Sebab minatnya yang begitu kuat, mama pun rajinlah bukak youtube tunjukkan tentang macamana anak ayam menetas, macamana anak ayam dengar cakap mamanya(anak ayam datang kearah ibu ayam bila ibunya panggil)...macamana anak buaya menetas, macamana anak burung menetas, macamana anak burung makan(ibu burung suapkan makanan masuk dalam mulut anak burung)...dan lain lain yang berkaitan dengan anak binatang lain... Dengan penuh minat, dia tekun mendengar, bertanya dan gembira dapat belajar perkara baru.
Satu hari,dia pun ceritalah dengan gaya dan cara bahasanya sendiri, bahawa dia ni dulu berasal dari telur...mama ngan apak tunggu dia keluar dari telur...siap mengayakan lagik gaya dia keluar dari telur, sambil memanggil "Mama...Mama.." masa nak tolak kulit telurlah konon-kononnya...
Berdekah - dekah mama ketawa...tak tahan rasanya geli di hati ini...Pandai anak mama dan apak ni bercerita walaupun baru nak pandai bercakap dengan vocab dan tatabahasa yang sangat terhad.
Baru perasan selama ni asyik tunjukkan anak - anak haiwan yang keluar dari telur aje...tak pernah tunjuk haiwan beranak...hmmm...sesuai ke nak tunjuk sekarang? Pada pendapat mama, macam tak sesuai lagik nak tunjukkan sebab jenuh nak explain dan hal ini akan meleret ke hal yang lain pulak. Contohnya macamana anak ni bleh masuk dalam perut dan anak ini keluar ikut saluran mana...dan proses kejadiannya...Insya Allah, mama akan cari cara yang baik dan berhemah untuk ceritakan padanya satu hari nanti.
Hingga sekarang, mama masih duk teringat - ingat dan terngiang -ngiang suara dan gaya 50l3h bercerita dengan gaya - gayanya sekali...Kalau leh rakam saat tu mmg mama rakam. Apakan daya masa tak akan kembali. Yang tinggal hanya sebuah memori indah yang mama akan simpan dalam hardisk ingatan mama sampai bila - bila. Mama labelkan sebagai Memori Manis Yang Membahagiakan ...
Sekian cerita entry kali ni...
p/s: rindu membuak - buak pada blog ni, terhambur jugak malam ni, :D...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
budak2 mmg cepat paham & otaknya berkembang lebih pantas drp org dewasa. sorg ibu pun guru utk anaknya dirumah. kalo budak rajin bertnya ityu good sign. Sbg ibubapa kenala rajin melayan & menceritakan sebetulnya. Jgn bg ajaran abuyah sudah hehehhe. Ko cita ni..aku pun jd terbayangkan soleh buat gitu depan aku hahhah
Ha'a farah, skrg otak nya mcm span...'menyerap aje'...tgh usaha lagik ni menjadi seorang mama dan pendidik.
Letih jugak nak melayan 'bertih' yang baru masuk dalam minyak ni...tapi tak pe, alhamdulillah, dah masuk 3 tahun baru nak ringan mulut. Bersyukur sangat.
Kalau dapat rakam, memang best kan :D cam terbayang2 pulak aku gaya anak ko bercerita (walaupun x pernah jumpa lagi ngan Soleh :) )
tulah, tak jangka plak...da try suh die crita kali kedua, dia dah x mo cerita plak...
Tape rakaman ade dalam flash memory mamanye je la...hhuuhuhuuu
Post a Comment