Kene serang dengan virus ni bukan takat komputer je kene...kami pun...Sejak isnin kelmarin, aku dan anak-anak dilanda selsema...paling teruk skalik 50l3h...semalam sampai tak leh nak bernafas dan nafasnya pendek pendek. E-m4n masih terkawal. Yang palig gagah perkasa buat masa ni, abang. Abang masih kebal lagik saat ni dan banyak membantu jaga anak - anak dan 'entertain' depa...
Semalam, pas isya' masa nak tido...dalam pukul 7-7:30 mlm smlm 50l3h dah ade batuk - batuk (yang tak lepas) beserta tanda - tanda payah nak bernafas bernafas. Cepat - cepat aku g bawak die ke bilik air dan bukak shower air panas kasik berwap satu bilik air tu...Alhamdulillah lega. Aku ingatkan nak mandikan, tapi mengenangkan sejuk, aku tak jadi teruskan niat tu. Semalam kalau tak ok jugak, memang kami ke hospital lah jawabnye...
Lepas nampak die dah lega...aku bagi 1ml Ventolin plus paracetamol dan ubat batuk berkahak...pastu baru die boleh baring dan lena. Aku jugak tengah berjaga - jaga dengan simptom wabak H1n1. Alhamdulillah setakat ni, nampaknya macam selsema biasa. Tak de disertai dengan demam ke hapa. Setakat ni, ni selsema yang paling teruk melanda keluarga kami tahun ni. Tahun lepas lagik teruk dari ni, tapi papepun aku akan alert jugak sebagai langkah berjaga - jaga...
Jika masa kat M'sia, tak de masalah dengan isu kelembapan dalam rumah. Negara kita beriklim khatulistiwa, lembap dan panas sepanjang tahun. Lain dengan sini. Musim sejuk atau musim panas, boleh katakan hampir setiap rumah berdepan dengan masalah kekeringan. Bila musim panas, udara kat sini panas dan kering. Bila musim sejuk, udaranya sejuk dan kering. Jadi, masalah hidung berdarah, sakit tekak dan selsema mudah berlaku bila udara kering sangat.
Semalam, kami berkira kira sama ada nak beli Humidifier ke atau Vaporizer...Akhirnya kami decide nak beli vapourizer sebab kami dah ade kipas air untuk musim panas...itu dah cukup untuk melembapkan udara dalam rumah bila musim panas.
Hopefully malam ni, semua lena dan boleh bernafas dengan selesa tanpa gangguan...
Sekian...nanti ade lagik kot part 4. Ha ha ha ... tak dan nak post sekarang...
Gambar akan diupload kemudian.
2 comments:
Mcm Naurah nie, dia jenis sensitif, mudah ada kahak, so hari2 kena jaga suhu dlm umah, takleh sejuk sgt, nanti mula la nafas dia berbunyi sbb kahak, kalu panas sgt, nanti muka dia naik ruam, nak kena nyaman je (nak suhu nyaman kat Malaysia nie, jenuh le sket, hehehe)...kalu bukak air cond, kena 27 degree, kalu bwh pada tu, nafas dia bunyik..ibu ngan baba dia nie jenis mudah rasa panas, tambah plak belah utara nie mmg panas dari tempat lain, jadi kena la bekorban demi puteri sorang nie :D kalu bukak air cond below than 27 pun kejap je, pastu kena tinggikan balik suhunya...nei ada la dr bagi ubat, makan 3 kali sehari, ubat kahak...mujur dia mudah makan ubat :)
Time anak2 sakit mmg ms yang kurang tenang dan merisaukan... :), ...kalau boleh nak anak ceria, selamat dan sentiasa sihat selalu.
Kesihatan ni nikmat yg tak dapat jual beli...
Post a Comment