Akhirnya tibalah coretan yang keempat di bulan ni...
Topik kali ni ...House Inspection. Selasa lepas, memang hari rumah kami paling kemas laa...itupun payah nak kekalkan woooo...maklumlah ade anak kecik ni, rumah memang payah nak kemas...kalau sepah tapi nampak kemas tu dah cukup baiklah...
Kat sini memang menjadi rutin manager housing agent cek rumah. Dia datang nak cek kondisi rumah, ok ke tak... masih boleh didiami ke ... sebarang kerosakan dia expect kita bagitau. Nanti depa akan hantar orang baiki. Yang penting semua mesti bersih dan kemas.
Kat sini setiap 6 bulan, kadar sewa akan dinilai semula. Ada yang sewanya akan dinaikkan setiap 6 bulan,...ada yang setahun sekali malah ada yang beruntung tak naik - naik terutamanya yang deal terus dengan tuan rumah dan tuan rumah tu tak bother nak naikkan sewa. Dengan agent lama dulu, depa tak naikkan banyak...egent baru ni, adelah buat kiterorang ni rasa tercekik... huhuhuuuu...
Satu lagik part yang kureng bestnya ...bila agent yang datang ni, tengok rumah semua ok, depa pun nak naikkan sewa. Pihak Uni tak de apa pun...tapi depa yang lelebih nak naik, supaya dapat kaut banyak duit. Tak patut sungguh aku rasa. Kalau rumah sewa untuk bukan pelajar lainlah cerita. Ni untuk pelajar universiti...bukan pekerja professional yang gajinya setaraf dengan orang kat sini.
[Sesape nak datang sini, kerja sini mai laa...gaji besau, hujung minggu lak memang orang tak usik kerja..(bergantunglah jugak profession ape ye, kalau dokter taklah...) Kalau kat M'sia - underpaid - beban kerja tak sepadan gaji pun ada aku rasa, harga barang makin naik, gaji duk paras tu...huhuuu...]
Kat sini urusan sewa menyewa selalunya berkontrak. Ade 2 jenis kontrak 1 yang jenis bertempoh satu yang berkala...yang bertempoh paling pendek selalunya 6 bulan. Selalunya 1 tahun. Yang berkala, selalunya untuk tempoh masa yang pendek dan situasi yang tak pasti jangkamasanya. Terpulanglah macamana dealnya. Apapehal pun tempoh jangkamasa notis keluar dari rumah sewa, adalah 3 minggu sama ada kita yang bagi notis nak keluar atau kene halau keluar...heheheee...
Bab halau menghalau ni kan...kat sini tak macam kat M'sia...prosidur nak halau penyewa bukan senang mengikut undang - undang. Selagi penyewa ada dalam rumah sewa, tuan rumah tak boleh sesuka hati nak masuk rumah tu dan halau walaupun dah bagi notis suruh keluar...
Pernah terjadi kat sini...penyewa rumah yang liat nak bayar sewa dan dah berpuluh notis keluar rumah dihantar tapi penyewa degil tak mahu keluar. Akhirnya, tuan rumah terpaksa hire spy mengintip penyewa rumahnya...tunggu bila dia(penyewa tersebut) keluar rumah. Sampai masa penyewa itu keluar rumah tersebut...tuan rumah itupun cepat-cepat masuk rumah tu dan menukar semua kunci rumah tersebut. Maka, tak dapat masuk dan balik ke rumahlah penyewa yang degil itu...[ha ha ha, padan muka...] Dengan itu penyewa tersebut boleh dah dihalau keluar sebab dia dah tak de dalam rumah tu... Terus HOMELESS orang tu...
Apa yang terjadi seterusnya aku tak tahu...aku tahu sampai situ ajer...
Kalau nak pindah rumah,...agent baru akan call agent lama tanya tentang bakal penyewa yang nak masuk ke rumah sewa...so ajen lama akan bagi testimoni la ok ke tak sumer penyewa ni, bond rumah lama dapat penuh ke tak (kalau dapat penuh, bagus...kalau sikit2 je kene potong...x pe lagik)...tapi kalau tak ok testimoninya, siap lah kooo tak de sape nak bagi umah untuk disewakan...gitulah keadaan kat sini...Sebagai orang luar, kita bawak imej negara dan agama kita sekali...kalau buruk, habislah kene kat orang lain sama 'kotornya' itu...
Selalu kita persoalkan 'ada apa dengan nama?'...kat sini, ada banyak benda berkaitan dengan nama baik dan integriti kita yang kita patut jaga. Tak molah bila orang bukan islam tengok kita, nama je islam tapi perangai tak islam pun...
Saturday, September 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ooo bagusnya prosuding sewa umah kat sana..siap ada inspection..tp kat m'sia ni xdalaa smpi buat gitu kot..plak tuh naikan harga dlm tempoh sethn @ 6bln. Kira undang2 omputih ada yg bagus gak yaa cam kisah kena halau tuh. psl keja kat sana tuh..hangpa semua ada ura2 nk keja kat situ kaa hehehe
Biasa le, ada baik ada yang tak baiknya kan...walaupun undang2 tu untuk menjaga kepentingan dan hak2 empunya rumah dan penyewa rumah, tapi ada jugak yang ambik kesempatan (cthnya, estate agent yang tamak)...
kerja sini?...aku bleh je,x de masalah lgpon aku tak terikat...tapi lakiku masih terikat ngan gomen...jadi aku pun terikat sama dengan dia...heheheee, x sanggup nak berjauhan...sian anak2...
Post a Comment