Wednesday, November 11, 2009

Cerita Tentang Dapur...

Sebenarnya tak de banyak benda nak cerita sebenarnya...
Jadi kongsi cerita tentang menu dapur lah ye...

Ahad lepas aku gelarkan sebagai Chicken Day...Kenapa? sebab boleh katakan semua yang aku masak sumbernyer dari ayam...

Sarapan hari tu aku blasah nasik goreng simple, telur dan sayur je...(ni kes nak cepat sebab anak - anak dah mengamuk - ngamuk lapar...)

Bawang putih + lada hijau (dikisar) ditumis sehingga pecah minyak.
Pecahkan telur, kacau sehingga bergentel(lagi banyak lagi best!)
Masukkan nasi dan sayur hijau, gaulkan rata
kesemuanya.
Selalu aku masukkan garam masa tumis bahan.
Kalau kurang garam, aku tambah lagik kemudian.
Nak pakai sayur apa pun boleh. Tak suka letak sayur pun tak pe.

Lauk sardin dalam gambar tu, lauk sardin semalamnya. Ada lebih dan elok lagik, jadik lauk nasik goreng.

Tengahari pun blasah nasik goreng tu jugak sebab ade lebih, jadi makan je lah yang tu...heheheee...petang tu, baru buat ayam bakar... tempoh bakar mengambil masa lebih kurang 1 jam(ni bergantung pada saiz dan cara ayam dipotong)... nak cepat masak, aku potong stail portugis, juga dikenali sebagai butterfly chicken.


Bahan Perap :
Serbuk Lada Hitam,
Serbuk Lada Putih,
Serbuk Bawang Putih,
Serbuk Paprika,
Serbuk cili,
Kicap Manis,
Garam secukup rasa.


Malam tu kenyang dah makan ayam, x yah makan malam,....heheheeee, senang!
gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...yahooo, x yah masak lagi!!!!!

Tapi...

Pagi isnin tu, mama cepat - cepat pikirkan lauk kilat dan sedap, masak ayam masak cuka... dengan lauk sayur bening sket. Takut budak - budak mengamuk kelaparan...jadi sebelum terjadinya amukan itu, mama kene cepat. Tambah lak apak yang sudah keluar awal ke opis pagi tu pun belum sarap. Sudah tentulah nasi yang dicarinya... almaklum lah, ahad malam isninnya semua kekenyangan sampai skip makan malam...

Untuk lauk ni, kalau nak cepat (dan malas, :p), ayam tersebut digoreng dulu dengan serbuk kunyit & garam. Tak yah angkat, kemudian setelah ayam masak, terus masukkan bawang merah(dihiris), bawang putih(dihiris), halia(dihiris), cili hijau & cili merah (dihiris), Daun limau purut (jika ada), Serai (diketuk), dan sedikit cuka (3-4 sudu besar bergantung pada tahap masamnya dan saiz hidangan...kene pandai agak sendiri.) Boleh juga ditambah perahan jus limau atau lemon.

Tapi kalau nak goreng asing dulu ayam tu pun boleh, tak de masalah. Kemudian, tumis lah bahan - bahan hiris tadi sampai naik bau. Masukkan ayam goreng. Gaulkan rata. Kemudian masukkan cuka dan perahan limau.

Boleh juga ditambah sedikit air jika terlalu masam atau nak berkuah.

Oooh, apak nya dah nak balik dengan bebudak ni...nampaknya sekian dululah coretan menu dapurku kali ni...

Harap semua enjoy membaca resipi k, sekian...

No comments: