Friday, November 6, 2009

Hangat.

Termasuk harini dah 3 malam kami mengecapi suhu malam yang hampir serupa dengan keadaan di M'sia. Ini bermakna hibernasi cooler telah berakhir. Tiba masa untuk heater pula mengambil tempat, berehat sepanjang musim panas.

Siang malam Cooler (kipas air) kami bekerja ... berputar memberi khidmat tanpa penat, sesekali kami bagik jugak dia berehat...dibuatnya 'kong' nanti susah plak nak menikmati kenyamanan di suhu terik membahang kat sini...huhuuuu....

Harini aku banyak berjalan membaca blog - blog teman, kawan dan bukan kenalan...boleh katakan hampir kebanyakan blog tengah hangat dengan berita yang sama...Sungguhpun sehangat - hangat malam disini aku yakin...panas lagik isu terkini yang berlaku kat M'sia kan?... Apa dah jadi pun aku tak paham hujung pangkal... Tapi itu bukan isu yang aku nak cerita dalam blog aku malam ni. Sememangnya blog aku kat sini, aku memang sebolehnya tak mahu sentuh tentang isu politik ke hapa...aku suka blog ni tenang. Tak de orang yang mengocak kedamaian blog aku atas perbezaan pendapat dan pemahaman... aku rimas dengan penyokong taksub melampau, yang melebih sudu dari kuah. Tetiba je kemenyampahan menyirap rasa...


Erk, eiyyyahhh...BERTUKAR!


Eh bukan ... bukan bertukar baju ke aper...


Bertukar topik je! hehehee

Ni kat sini kiteorang dan kengkawan kat sini tengah hangat nak g memetik buah & berpiknik esok...Cadangnya nak pergi ke ladang strawberi...nyum nyum nyum...Semangat ni, nak bangun pagi esok. Malam ni dah prepare dah nak bawak pot luck ape...Esok, pas petik buah leh la makan!

Ye makan!...
Kalau mat saleh ni piknik makanan die ringan2 je...
Kalau orang M'sia...bila ade aktiviti 'get together' macam ni, memang meriah...boleh gerenti puas hati, kalau tang bab makanan ni...kan kan kan ?

6 comments:

3uri@ni said...

Kalau pot luck ke, picnic ke, besday party ke, aku suka kalau ada mee hoon goreng...teringat masa registration day masa aku nak daftar sambung master, ada mee hoon, aku tambah sampai 3 kali, hehehe...walhal masa tu dah start mabuk2, tp tgk mee hoon, hilang mabuk aku, :D

~Huang Yo Shi~ said...

Selalu kalau gathering org2 m'sia ni, mesti ada punya... ms registration day ko siap ade jamuan ek...bestnyer...

Unknown said...

kalo org johor pgl mi hoon goreng tu mi siam...hehehe.

aku pun suka mkn mi siam ni..tp lg suka kalo mkn mi singapore... sodapnye...

zue, nak register pun dpt mkn2 free ek...termasuk dlm pakej ke tu? apsal ms kte daftar kat utm dulu xde mkn2 ek??? hehehehe

wah isyah, mkn strawberi sakan la nnt ek :D

~Huang Yo Shi~ said...

makan sakan ni ha...sampai tak habis - habis aku rasa...heheheeee...

FaraMie said...

wah bestnya dpt mkn strawberi..teringat time aku pi cameron..tp ni ko petik pokoknya kat bwh ya. Kat cameron aku tgk dia tnm atas para. Merah betul strawberinya..aku suka kalo diblend n buat aiskrim malaysia. ermm sedapnya nyum..nyum. Aku xsuka mkn gitu psl msm..so aku suka cicah ngan madu atau coklat..alamak terliur sudah

~Huang Yo Shi~ said...

Ha'a yang ni depa tanam atas batas...manis masa baru petik dari pokoknyer aje, bila bwk balik dah x semanis masa baru petik, dah masam...huhuuu...ha'a cicah coklat mmg sedap...tp cicah madu x penah lagik aku makan...sedap ek?...