
Kelmarin suhu kat sini mencecah sehingga 37 darjah celcius ... jadi budak - budak ni main dalam rumah jer la...
Jadi, aktiviti indoor pilihan kalini, main playdough...Playdough ni bagus utk merangsang kreativiti & penggunaan motor tangan anak - anak .
Mama buat sendiri playdough ni... mama dapat resipi dari State Child Development Center. Nak beli yang komersial kat sini, mahal...pulak tu saiznya kecik. Jadi kalau nak main, kene beli banyak - banyak. Tambahan lak, lama - lama playdough komersial tu pun akan keras jugak. bila dah keras, buang dalam tong sampah lah jawabnya...
So far hasil experimen resipi pertama kali ni, lembut, tak melekat jari, murah, boleh dapat banyak. Homemade playdough ni tak toksik. Paling best, dia boleh tahan selama sebulan atau sebulan setengah. Lepas main, simpan balik dalam bekas atau plastik kedap udara & letakkan dalam fridge. Nak main, bawak keluar dan main... ( Kalau tak letak dalam fridge walaupun cover, nanti berkulat. Kalau biarkan kat luar, tanpa cover pulak lelama dia pun akan mengeras jugak macam playdough komersial tu...)
Kalau mak - mak yang mati kutu tak tau nak buat aktiviti apa dengan anak - anak kat rumah, boleh lah cuba ...
tengah memegang pistol yang macam ular jugak rupernya.
50l3h panggil 'snake look alike guns'
-------------------------------------------------
Resipi Playdough
Playdough (Masak Atas Dapur)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam
1 sudu besar minyak
1-2 sudu besar serbuk 'cream of tartar' (1 sudu utk kenyal sket, 2 sudu utk lembut)
1 cawan air
beberapa titis pewarna makanan.
- Masukkan semua dalam periuk.
- Kacaukan sehingga rata sehingga tak berketul.
- Masak atas dapur selama 3-5 minit hingga menjadi doh yang tidak melekat. (Perlu kacau selama di atas dapur )
- Biarkan sejuk. Bila dah sejuk, sepatutnya ianya dah sedia untuk diuli dan main.
Microwave Playdough
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam
1 sudu besar minyak
1-2 sudu besar serbuk 'cream of tartar' (1 sudu utk kenyal sket, 2 sudu utk lembut)
1 cawan air.
beberapa titis pewarna makanan
- Masukkan semua dalam periuk. Kacaukan sehingga rata sehingga tiada ketulan.
- Masukkan dalam mangkuk.
- Masak pada suhu tinggi selama 5 minit.
- Kacau sehingga menjadi doh.
- Biarkan sejuk. Bila dah sejuk, sepatutnya ianya dah sedia untuk diuli dan main.
5 comments:
Huhu..panasnya suhu kt sana...time panas kt kangar pun aku dh x tahan, duk dlm umah rasa meruap jerk...camana la agaknya ko kt sana eh...
first time dgr home made playdough nie...very interesting...nak buat pun simple, tang tak melekat kt tgn tu yg aku berkenan sgt tuh :D
huhuhuuu, kalau kat luar tu angin sejuk yang kuat tak pe, yang tak tahan sekali dah la panas angin satu pun tak de...leh terasa cam dlm oven...aku tak rasa cam nak keluar dr rumah...
nak naik kereta jauh sekali, tambah lak kete kiteorang kat sini tak de aircond...maunyer kene panggang hidup2 duk dalam tuu...
1st time gak la dgr tanah liat leh wat sndiri....smpn dlm icebix tu elok2 isyah, kang termkn plak...hihihi
ha ha ha ... dah lah hijau mcm makanan kan...insya allah tak...heheeee
huhuh..aku pun 1st time dgr..blk cn bolelaa ko bisnes benda alah ni. modal pun xbyk..buat internet bisnes kaa. hahaa..tu jalaa apa yg aku pk kan. Aku nk try buat gak..tp xkan plak aku yg nak main ngan laki aku benda alah ni. Xpa aku simpan resepi ni dulu yaa.
Post a Comment