Thursday, January 7, 2010

Summer Sweet Tooth :Vanilla Creamed Rice


 Nak tengok gambar hidangan yang lagi lawa? klik sini, sini, & sini

Creamed Rice?

Senang je nak buatnyer...aku buat tak sampai 1 jam...40-45 minit je. Kalau malas, tapi nak makan... beli je yang dah siap sama ada yang dalam tin atau dalam pek cawan yogurt yang mungkin ada dijual di pasaraya berdekatan dengan rumah anda. Tapi pas dah buat yang homemade punya, aku lagik suka yang homemade punya...

Sapa yang suka makan pencuci mulut masa panas, sesuai ler makan masa baru masak...sapa suka yang sejuk, nak mengancam...simpan dalam peti dulu, dah sejuk, baru bedal...rasa cam makan aiskrim vanilla...sedaaaapnya payah nak diceritakan, kene rasa sendiri...Kalau mat saleh, depa selalu makan dengan buah, mcm pisang, kismis, strawberi, resberi...
 
Bagi sesetengah orang, mungkin akan berasa yang nasik ni tak sesuai dijadikan manisan.Terasa pelik pada dia. Itu juga boleh menyebabkan seseorang yang termasuk dalam golongan enggan mencuba rasa manisan yang berunsurkan beras ni...Mungkin dia dah set dalam minda pra sedarnya bahawa nasik adalah untuk dimakan dengan lauk , digoreng atau dikukus atau dijadikan santapan berat lain yang sengkatannya ...tak sesuai dijadikan pencuci mulut.

Tapi aku tak kisah...Asalkan sedap dan sesuai rasanya...aku ngap je.
Abang termasuk golongan lagi satu...dia jamah jugak sket, walaupun dia kurang suka...walaupun katanya sedap tapi dia masih tak boleh terima idea nasik yang dijadikan manisan.
Adik E-m4n satu team ngan mama...Yeay!
Abang 50l3h, satu team ngan apak...tapi dia bukan golongan yang tak leh terima nasik dijadikan pencuci mulut...Yang sebenarnya, dia mmg tak makan bubur2 atau makanan lembik2 ni...kecuali agar2...


Wokeyh, ni resipinya...

1/2 cawan beras.
1 cawan air.
1 tin susu sejat (approx. 400 ml)
Beberapa titis vanilla
1-2 sudu tepung jagung (dibancuh dengan susu segar)
200 ml krim segar (optional)
1 sudu besar kastad (optional) (dibancuh dengan susu segar)

Gula secukup rasa.

Masak nasik dengan air. Masukkan gula dalam 3-5 sudu...Tunggu sampai nasik kembang...kalau terasa kering, tambah lagik sket air. Tapi bukan banyak sangat jadi cam sup lak...Tambah gula lagik kalau nak manis.

Setelah nasik kembang, masukkan susu sejat + krim segar + kastard yang dah dibancuh dengan susu + beberapa titis vanilla.Kacau sampai pekat sket. Masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan susu. Kacau sampai pekat. Tutup api. Siap!

*** Nak adjust kemanisan kene buat sebelum kastad masuk...
*** tahan disimpan selama 3 hari dalam peti sejuk. 

4 comments:

$ue @nim said...

syah, resepi ni sesuai gak x tuk baby.. cam sedap je tgk dr gmbr tu....

~Huang Yo Shi~ said...

Resipi ni tak sesuai untuk baby...

Tapi kalau ko buat tak letak gula, x letak krim & gantikan susu sejat dan susu segar kepada susu tepung (yang dah dibancuh dgn air)...pada pendapat aku ok kot...

entahla sue, aku tak pernah buat...

FaraMie said...

syah..wah aku xpernah rs..ko letak laa lg resepi2 yg non common kat m'sia ni. hahha nasi yg berunsur manisan aku pernah mkn bubur nasi manis yg warna coklat n putih tuh. kalo time kenduri adalaa. ni rsnya ada lbh kurang gitu x..thanks for sharing..dalaa aku suka vanila n susu ni.harus cuba ni

~Huang Yo Shi~ said...

Jangan segan mencuba, dengan sukacitanya dipersilakan...

aku rasa bubur nasik coklat manis + bubur putih sket kat atasnya tu namanya bubur putih,bubur merah (ke terbalik namanya...entahlah tp gitulah bunyinyer)...sedapnyer...aku da lama tak makan bubur tu...mlm ni ko buat aku terkenangkan akan bubur tu plak...