Akhirnya sampai lah...janjiku untuk menceritakan big event yang ketiga,...
Jeng jeng jeng...
Event besar yang ketiga ialah, anak bujangku dah masuk kindy!
Happy rasa...dalam masa yang sama, terharu gak...sebab terasa cam cepatnya masa berlalu...anak bujangku ini sudah besar rupernye...
Masuk kindy pada usia 4 tahun disini bukanlah satu kewajipan, tapi digalakkan bagi memberi peluang kepada anak - anak kepada pendedahan suasana persekolahan dan belajar berinteraksi serta bersosial dengan guru dan kanak - kanak seusia dengan mereka lain. The good thing is, kindy disini adalah percuma.
50l3h masuk ke kelas khas yang mana kelas ni adalah kelas intensif bagi kanak - kanak yang masih dalam progres untuk belajar bercakap ( sebelum ni aku pernah cerita yang anak bujang ku ini berusia 3 tahun baru nak bukak mulut untuk bercakap )...Kelas 50l3h 2 jam setengah je. 9:15 pagi - 11:45 tengahari. 2 Hari seminggu. Aktiviti die main je ... belajar melalui main...guna bahasa inggeris yang simple dan mudah...
Bagi kanak - kanak yang tidak mempunyai masalah, di masukkan ke kelas biasa. Tempoh waktu sekolahnya juga lebih panjang. 8:45pagi hingga 3 petang.
Anak bujang ku itu tentunya tak tahan duduk di kindy dalam kelas biasa selama itu...Semasa orientasi (di kelas biasa pada awalnya) dari 8:45 pagi sampai 12tgh pun dia da tak tahan...menangis je sepanjang kat sana. Pada hari pertama, dia ok lagi...hari kedua, dia dah tak de kontrol2 dah....tensen sebab tak de orang paham apa yang dia cakap...
**Dengar cerita dari kawan dia, die menangis je...
Aku paham...perubahan ni berat untuk dia.
Dia masih pelat. Tatabahasa dan kosakata juga masih tunggang langgang. Tak termasuk lagi masalah kompius bahasa...Jadi, aku paham sgt la betapa tensennya dia...Makan juga tak berselera sebab tak gembira...Huhuuuu...
Kesian anak mama...
Jadi minggu lepas, pada hari ke 4 dan ke 5, dia masuk ke kelas khas. Ok lah sikit.Tengahari dia dah boleh balik, makan & tido tengahari di rumah...Bilangan murid dalam kelasnya juga tak ramai. sikit sangat...jadi pembelajaran dia lebih fokus. Kelas khas ni sebenarnya ada sesi pagi dan petang. Sumer 2 jam setengah jer tempohnya. 50l3h kelas pagi saja. Rabu & Khamis.
Pas bertukar kelas, nampak perubahan, dia kurang tertekan...Celoteh pun banyak...cerita apa dia buat kat kindy sumer...
'Mama, 50l3h da tak nangis gi skul... Padaiii 50l3h!!!'
Terharu dengar masa dia cakap gitu masa sampai kat pintu rumah,...(mama bukak pintu, masa dia balik dari kindy bersama apak kelmarin...)
Salah satu langkah untuk membantu 50l3h (secara tak langsung, adik pun terkene tempis juga) pas ni, ingat nak laksanakan pendekatan baru pada famili. Salah sorang dari apak dan mama akan speaking english...sorang lagi akan kekal cakap bahasa melayu. Hopefully cara ni dapat membantu anak - anak untuk belajar 2 bahasa serentak...
Perlaksanaan camne ek...hmmm...
Berbelit lidah le pas ni...
Gambar seekor burung...
Karya sulong anak bujangku di kindy...

No comments:
Post a Comment