1 November ...
1. Another paper is done...
At least dah siap satu draft awal. Comot ke tak make sense ke...yang penting progress to get it written down is done. Ok ke tak ok pikir n baiki kemudian. Lepas tu, terus tutup laptop. Siap - siap berkemas. Happily ready to head to my parent's house...Dah spend 37 hours. Sebelum mabuk main model, hatiku dah sampai KL dulu sebelum jasadku...hehehehee
2. Soto & Asam Pedas...
Kat Pekan ni, soto & asam pedas bukan expertise orang sini kot. Atau aku yang belum jumpa lagi. Kalau kat Melaka atau belah belah belah Johor, iye... Sapa yang minat soto & asam pedas boleh tahu beza rasa umph-nya tu. Asam pedas belah selatan kuahnya pekat n lebih merah. Asam pedas utara pulak cair kuahnya. Kadang kuning oren kadang merah. Yang aku rindu ni, hat belah selatan. Yang soto ni mcm biasa la. Pada aku yang kene sedap supnya dan sambal kicapnya. Aku suka yang ada nasik impit.
Sampai je rumah, makan memang tak ingat dunia. Belasah soto bermangkuk - mangkuk...Esoknya plak makan berpinggan pinggan nasik pekena dengan asam pedas mak aku...Ya Allah, kalah dah dengan nafsu makan kalini...tak pandang kiri kanan dah. Malam sebelum gerak KL, aku cakap kat mak aku, "boleh tak esok nak jadi anak?...Lama sangat anak tembaga tak jadi anak emas hehhehehehehheehee..." Mengadalah katakan...dah lama tak balik. Hiiii, mesti qada' mana boleh tak qada'...Rugi la, dah lama jadi penunggu setia ni =P. (Sekarang dah sampai pekan. Dah pakai badge bini orang dan mak orang semula...tengok asam pedas n soto orang jual kat kedai pun dah tak terliur dah hehehe)
3. Learn to be happy...
Penting. Hidup tak selalu indah. Must keep my sanity intact. Sejak ada kes student phd kt UM bunuh diri...Hari hari aku doa jangan la sewel...Kawan aku siap tanya, "ko ada rasa nak bunuh diri tak?" Hahahahaha...Setakat ni tak. Penat penat aku doa selamat operation semua, pastu nak g bunuh diri buat apa? Anak aku sapa nak jaga? Sapa nak doakan depa? Laki aku? Haaa perasaan kedekut dan tamak haloba tak nak bagi laki kawen lagi boleh jadi motivasi yang baik untuk teruskan hidup kan? kah kah kah kah
4. Tahun kedua - medication.
So far so good Alhamdulillah. Ada la side effect yang tak seronok...suka tak suka, sabar je la.
5. Tahun ni, aku kene lebih memilih :
a. Aku kene memilih nak bergaul dengan orang...
b. Aku kene memilih nak makan apa...
c. Aku memang memilih baju yang tak payah gosok dan senang basuh. Unless rajin.
d. Aku tak free all the time,...so aku kene memilih masa. Kalau boleh, tak nak kacau my productive time. Jangan kecik hati ye.
e. Ada certain issue, aku memilih untuk lari...tak tahan, too overwhelming!
f. Aku nak maintain rambut hitam & lebat. Boleh ke? dah tua pun maintain?
g. Exercise boleh trigger "happy hormon"...Aku pilih yang ringan. Macam naik basikal, jalan jalan dalam fakulti dari tingkat bawah, naik ke atas, turun semula hehehee...jalan kaki g library ke lab ke fakulti lain ke, keliling tasik ke,...tengok rusa ke ...g beli air buah kaw rm 4 kt red cafe ke... Kalau kurus bagus, kalau tak kurus, at least fit. Pembuluh darah kita clear.
6. Last movie yang best aku tengok, was Alita...Lepas tu layan Raatchasi,...Lepas tu Ratsasan...next movie sebenarnya tringin nk tengok Breaking Bad (drama series, aku dah habiskan lepas masters)... tapi baru nak buat dengar ceritanya. Ingat dah siap....So, siap experiment ke atau paper nk tengok movie apa ye best...tengah survey...
Tuesday, November 5, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment