Monday, August 10, 2020

First weekend in August

 Weekend Part I

Jumaat petang lepas, sempat berjumpa dengan seorang teman ms study... Ni kira antara last moment kat sini la... Dari Perlis, setelkan urusan submit thesis.

Sejarahnya, perjalanan phd awalnya bermula dari usm... Sv pindah ump. Dia pun tinggalkan usm skali ikut sv mai ump,...Dia nak sv ni jugak...tak mau hat lain....sanggup berkorban. Gigih travel. Jarak jauh pun sunggup redah. Melalui akak ni jugak aku kenai ramai postgrad lain...termasuklah yang international.

Dalam banyak banyak student postgrad fakulti ni, yang ni lah yang rapat pun...Walaupun beza umur kami 6 tahun, tapi kami senang get along... "frequensi-wave" kami senang 'tune' barangkali.😊 

Setelah 7 tahun berusaha, dapat juga binding thesis phd akhirnya...1 salinan thesisnya, dia mintakkan hantar ke opis sv nya...Dia tak dan nak hantaq...Sebelum balik perlis, dia ajak jumpa ... Bila dah pok pek pok pek... dah lama x jumpa, macam macam cerita keluaq...Asal kita nak belanja dia makan murtabak...tapi dia insist dia nak bayar. Kita ni dan belanja ayaq nyioq kaw kaw ja... Katanya, belanja dia bila habis phd nanti... Haih, tak tahu la dapat bind ka dak ni thesis saya ni kak oiii,... Moga mulut kak tu masin la noooh... 


Weekend Part II

Sebelum hantar bam balik asrama, sempat singgah ziarah rumah mantan Dekan fakulti teknologi kejuruteraan letrik kuktem. Dia pernah ajar apak. Dia pernah jadi guru mama 1x je, subjek logik digital...masa mama tahun 1 ms kt utm. Senyumnya masih sama, gaya bicara juga masih sama, tapi keadaannya dah tak sama macam dulu. Sekarang sudah berkerusi roda. Berjalan pun bertongkat itupun tak boleh berdiri lama. Matanya dah tak nampak. Tapi suara dia mampu cam lagi...

Sebelum ke Perth dulu, dia pinjamkan map Perth zaman dia belajar disana...Bila balik kami pulangkan map Perth 2010/11 kami pulak pada dia...hehehehee... Masa mengandung dulu, isterinya suruh main dengan baby dalam perut masa siang supaya train baby berjaga siang. Kalau tak nanti baby tido siang. malam berjaga. Kita susah katanya...Sekarang baby dalam perut dulu dah tingkatan 3...Habis dia tangkap semua kucing yang ada kat sana, buat main...adeiii laaa. Sebelum tghari, kita beransur...Nak rush hantar baby tingkatan 3 balik asrama pulak...


Weekend Part III

Malam ni, malam first bam tido di asrama setelah beberapa bulan cuti pkp. Sebelum balik asrama, kita semua sempat makan kt kambing Guanzhou...Sebelum balik asrama jugak, semua sempat gotong royong kemas rumah...sebelum balik asrama jugak lagi, homework n projek semua dah siap...barang2 keperluan dah beli.

Sebelum balik asrama jugak lagi harini, rumah dah bersih n kemas. Yeayyyy....mama la insan yang paling nak berguling guling atas lantai lapang tuuu... Sekarang ni tengah mengenangkan yang esok, rumah akan sunyi kembali...Sayuu rasa...tak boleh datang ziarah anak, tak boleh jumpa weekend.

Hanya phone call sahaja jadi penghubung... 😢

No comments: