Hujan makin banyak turun...Kadang renyai, kadang lebat...Rasa kat sini, sehari je putus hujan tu...Lepas tu sambung balik...Setakat ni, air tak naik kawasan rumah ni.....tapi kawasan sekeliling dah ada yang tenggelam naik air... Overall, I m good. the kids n apak too. Apa yang daku buat masa ni :
1. Stock up makanan. Incase terjadi terasing-jd-pulau ke,...makanan ada. 👍
2. Me & kids decide to stay at home. Tak ikut apak outstation. Incase, air naik...kita sempat selamatkan & kemas2 dokumen penting, & angkat brg2 letak tempat tinggi. Apak tinggalkan kereta kt mama. (Sekarang 1 kereta je aktif )
3. Alert info banjir FB & wassap....Kadang hati ni bimbang juga. Incase air naik tgh malam ke....huhuhuhuu,...intai intai juga kt luar... Minta jiran2 tetangga tolong share maklumat... 👍
4. Basuh baju & keringkan sebanyak mungkin. Ahad tu membasuh baju bertrip-trip...Ingat isnin tu kalau bawak g laundry masa orang bekerja, tak ramai orang....Sekali hamik kau! Sangkaanku meleset sama sekali. Lelaki yang penuh kat laundry..............I thought kaum ibu yang akan lebih mendominasi laundry,.......but, seee? meleset lagi..... 😕 Ni la peluang aku keluar rumah, tengok kawasan sekitar cemana. Dalam kepala ada seribu satu macam kebimbangan bersarang... (Tak plan nk share 🔒)
5. Setel penghantaran buku teks, pengambilan sijil berhenti sekolah, pendaftaran sekolah menengah...Ku risik - risik juga kt pejabat sekolah ttg panggilan kemasukan ke sekolah asrama penuh & mrsm...khabarnya akan delay yang amat tahun ni.........Sekarang, Januari. I told the kids, walaupun sekolah belum buka, you guys kene start belajar sendiri ye.........tak mudah, tapi kene usaha jugak! Selamat duduk kt rumah ni. Tak sangka Allah makbulkan doa mama cara ni pula... dapat tengok anak - anak depan mata...😅
6. Habiskan my study. InsyaAllah, Amin. 📕📘📖💻.
7. Selamatkan kucing sendiri terkandas.....Pandai dia jerit2 minta tolong amik dia seberang sana.....pandai pula dia panggil..... Bila aku tayang diri, kemain dia jerit2........kelakar pun ada, nengoknya. Aku pun amik la payung, amik dia balik....... Haiiiiiii....Tetiba tringat lagu ni, in my head... 😉
No comments:
Post a Comment