Wednesday, January 20, 2021

Penat Mikir.

1. Pendaftaran Ting 1 jadi kalut.
Bila KPM umumkan ting 1, kene belajar face to face. Ada sekolah, daftar pun sekolah pun dia nak buat face to face juga. (tengah2 wabak covid ni....tak takut ke?) Tapi lepas tu, bila KPM umum buat online. Sekolah kalut. Tapi ada sekolah lain dah amik initiatif awal, buat pendaftaran online. Kan senang? Apa salah belajar berubah dengan keadaan? 

2. PPD kata keputusan kemasukan sek sbp atau mrsm akan bertangguh sebab Covid.
Susah hati mikir,...nk masuk sek rangcangan khas siap2 ke...atau stay kat sekolah yang diberi by default ni. Kalau ada rezeki kene panggil Sbp ke mrsm, boleh pertimbang untuk pergi. Tapi dibuatnya lama lagi panggilannya, mau pening juga kalau stay kt sekolah yang penuh dengan budak2 tak mahu belajar. Tu belum kira faktor guru. Guru pun manusia. Bukan serba sempurna. Semua pun pernah berguru kan? Pernah tak berguru dengan guru yang kurang mahir mengajar, dan student put off dengan cara dia mengajar? Pernah tak berguru dengan guru yang suka mengajar tapi put off nak mengajar sebab perangai muridnya?..........dan pernah tak berguru dengan guru yang memang tak suka mengajar, tapi tapi terpaksa dan dia mengajar pun sekadarnya saje? Mesti pernah kan jumpa situasi tu? Yang bertuah, dapat yang memang suka mengajar, kita boleh 'rasa' semangat dari tindakannya. Student yang gagal boleh lulus, yang lulus jadi cemerlang, yang cemerlang kekal cemerlang dan yang paling best sekali, yang sangat lemah boleh jadi cemerlang, & top scorer! Sapa yang pernah alami, pernah lalui, paham la apa yang aku cakap ni. Sebab itu sekolah kita belajar tu penting. Suasana sekolah, guru, kawan-kawan... dan paling penting diri sendiri. Kalau kita sorang je menongkah arus, jenuh woooo... lama lama semangat pun boleh luntur, kalau tak di semai dan dibaja selalu. Kita penat!

3. Buku sekolah.
Tak tahu nak beli ke tak...Kalau lama lagi nk stay sekolah tu, kene la beli kan....kalau dah cikgu memang guna. Tapi kalau cikgu bagi kerja byk online, kene print. Buku tak digunakan, buat apa beli..... Kalau takat belajar sekejap je, tak perlu la, membazir. 

4. Bila semua belajar online. tahu tak sapa yang kene paling banyak nak kene jadi guru? Mama. Sapa yang kene jadi guru besar yang kene pantau semua tunaikan tanggungjawab kelas online? Mama. Sapa yang akan dirujuk bila jumpa soalan yang tak paham? Mama. Mama la yang jadi guru dan guru besar tanpa gaji dan pencen atau kwsp, dalam rumah ni. Tengah mikir, kalau Covid terus mengganas, mama kene jadi guru tingkatan 1 & spm 2022 juga ke? Eh apak buat apa? Setup2 fasiliti pembelajaran, apak. Readykan alatan/bahan pembelajaran, apak. Yang bayar semua? of course, apak... ( dari rumah, letrik, gajet, komputer, internet, buku, softwares, subscriptions , etc ) Certain subjek yang apak lebih terrer dr mama, apak la yang amik...

Mama bimbang mama tak mampu cover semua. Ada yang anak anak kene setel sendiri. Dah sekolah menengah, kene asah pegang tanggungjawab sendiri.... Cuma tak dinafikan, belajar online untuk jangkamasa yang lama memang letih.......mama sendiri pun sama. Nak marah je, rasa tak adil....

Ya Allah, sabarkan aku, tabahkanlah aku & mudahkanlah aku dalam menunaikan amanahku...

 p/s: benarlah kata orang, menanam pokok atas tanah, menjaga lembu sekandang, jauh lebih mudah dari menjaga tanggungjawab 

No comments: