Harini kan, eh silap , semalam....
Apak belanja tengok wayang...
Yang paling hip hip hurrey sekali dah tentulah anak-anak.....Lama dah terperuk kat rumah. Dapat jalan ke Kuantan ni, dah macam g vacation.....
So, alkisahnya........Kita semua g lah beronggeng di panggung tengok cerita Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba...
Yang Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba bersiri, kita dah khatam,....Yang the movie ni, blom. Memang dah lama simpan niat nak tengok.........Dari hujung tahun lepas lagi. Niat pendam terlakur dan terpaksa akur...😉. Masa Covid tengah mengganas, tak sesuai pergi............Walaupun sabar, tapinya macam cacing kepanasan tengok iklan tayang kat pawagam....Mampu tatap iklan je la. Harga tiket, seratus lebih...........kalau x4? dah dokek 600 lobeh........memang kodokut laaaa apak atau mama....
Sampai la semalam, .......Apak belanja...Tiket pun jauh lebih murah & keadaan pun dah selamat untuk pergi wayang dengan menjaga SOP.
Sebelum pergi, kita makan malam sesiap kat rumah. Walaupun banyak kerja, mama gagah jugalah masak ayam goreng & tomyam sayur.......Tapi sampai kat wayang, Apak & anak - anak je yang semangat tengok cerita sampai habissss..........Mama? Mama penat. Entah berapa kali mama terlelap. Mama tertidooo dengan selesanya kt panggung wayang.....Bunyinya macam memang Apak beli tiket tidooo khas untuk mama 😄😌....Cerita Anime setakat dengar sinopsis anak - anak je,....Bukan tengok sangat pun mama ni...........😅
Lepas tengok wayang, ... perut ni lapar pulak. Time hujan malam malam buta, mudah lapar agaknya. Kita pun singgah beli burger king, jadi bekal, makan dlm keretaaaa....Semua makan dengan selesa, kecuali Apak. Dia je makan sambil drive pelan-pelan balik dalam hujan lebat. Masa balik ke Pekan, sempat la lalu jambatan baru. Tembus ke TMG besar kat area Sg Soi kot, kalo tak silap...ke Bandar Putra, eh?...Entah dah gelap...main teka-teka je..........Masing-masing, pok pek pok pek pok pek je kejenye dalam kereta..............Sampai la ke rumah akhirnya..........pada jam 1 pagi.
Orang lain semua dah mengantuk, mama je yang segar...........
Ape la mama ni 😂😂😂...
p/s: Nanti bila sekolah dah buka, mesti sunyi...
No comments:
Post a Comment