Jumaat 17 Disember, apak bertolak ke Genting sorang. Anak - anak & mama vote untuk tak ikut....Banyak kerja. Petang jumaat tu mama ada meeting. Jadi, tenghari tu tergerak hati nak stock up makanan trus sampai isnin. Time apak tak de, mama memang malas keluar, kecuali terpaksa. Selesai beli barang, masak cepat2...Lepas makan, trus duduk depan komputer.
Masa tu tak sangka hujan dari khamis malam mencurah-curah tak henti-henti. Sabtu 18 Disember tu, hujan masih lebat lagi. Sepanjang hari, ribut tak henti. Baju siap terbang....Masa ni tak tahu lagi ada taufan. Lepas buka facebook, tengok newsfeed dari kawan - kawan baru tahu. Ingatkan satu, rupanya dua. Kt Selat Melaka satu, kat Laut China Selatan satu. Sejak bilalah Malaysia dah jadi laluan angin taufan eh?.....Kalau tak silap, masa belajar geografi dulu, kata Malaysia ni, selamat dari gunung berapi, gempa bumi dan laluan angin taufan.................................ilmu tu dah outdated ke????😕
Selagi air tak naik, tak memaksa kita pindah, tak perlu bimbang. Makanan cukup. Makanan kucing & ular (pet baru) cukup. Tapi kene watchout level air sekeliling. Lilin, torch, lampu kecemasan semua kami standby. Phone charged. Powerbank semua charged. Kalau tak de letrik, kita ready. Kalau tak de internet, mama akan guna mobile data. Kalau internet tak de langsung, kita teruskan je la hidup tanpanya. Kalau tak de air, kita jimat2 la air tangki. Kumpul periuk belanga, baldi & besen, tadah air hujan. Dalam kepala, dah plan macam - macam. Kalau kene lari, nak lari kemana eh?......Kita berenam lari ke UMP la. (6, sebab dengan kucing 3ekor, kalau ular ikut, bertujuh la) Kita menumpang teduh kat bilik apak, tempat mama buat kerja tu. Senang. Toilet banyak. Nak mandi pun senang. Balik nanti, apak nak carik kita senang......Bilik tu memang berguna. Kene marah dengan sv, merajuk gi situ. Lari dari rumah yang tak berkemas, writing ke situ. Rumah panas, tak de ekon, lari ke situ. Lari dari banjir pun, menumpang teduh ke situ. 😁
Bermesej2 juga dengan jiran. Ada yang scouting tinjau kawasan. Report, laluan mana boleh lalu dan laluan mana dah tak boleh lalu. Kami rasa kawasan kami selamat lagi. Tapi tengok gaya derasnya air tu, macam - macam boleh jadik. Dah pesan kat jiran, kalau air naik & nak kene pindah, mintak ketuk pintu bgtahu, jangan mesej je. Bimbang time tido kita tak baca......Tak pasal-pasal kang bangun esok, sorang - sorang hanyut kt tengah-tengah laut china selatan.......😉😄
Masuk 19 Disember, hujan dah mula reda. Masa ni, kuantan dah banjir besar. Kawasan rendah di Pekan pun dah naik air. Macam - macam cerita tentang mangsa banjir. Masih terkandas atas atap pun ada. Dah selamat di pusat banjir tapi makanan tak de & terpaksa berlapar pun ada. Cerita tentang banjir di Selangor pun tak berkurang jugak. Ada yang terkurung, tak de makanan. Bantuan tak sampai. Ada tu, bantuan tak dapat nak sampai sebab macam-macam masalah. Sampai kene pecah pasaraya....amik makanan. Dalam masa yang sama, terbaca juga tentang bangkai2 haiwan peliharaan mati dalam banjir sebab lemas, sama ada bebas, atau terkurung dalam sangkar dan terikat dileher.... Hmmm, innalillahiwainnailaihirajiun......Ada anjing yang talinya panjang, bertambat, dapat panjat tembok. Kesian. Takut. Sejuk. Lapar...dalam masa yang sama setia mengharap tuannya balik. Harapnya tuannya masih selamat & dapat balik bagi makan.......Kisah haiwan liar yang panik, pun ada....Antaranya, kisah tenuk dua beranak. Kesian. Tu blom campur kecoh dalam wassap, ada buaya........
Hmmm....harini, air dari hulu akan turun. Masih kene berjaga dengan sejumlah air banyak yang akan ke hilir. Kelmarin apak bawak anak bujang bantu bersihkan rumah-rumah staf apak yang terkena banjir... Dia punya semangat, sampai putus selipar. 😄....Mama & anak girl duduk rumah je. Semoga Allah mudahkan urusan mangsa - mangsa banjir dan diberi ganti rezeki yang lebih baik dari harta benda yang telah rosak/ musnah sebab banjir.....Amin.
No comments:
Post a Comment