Thursday, December 16, 2021

KL & Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi


Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi...
Lama teringin. Masa balik KL haritu, ikut apak duduk hotel. Tapi dan la balik 'kampung' sat....sempat merasa,....Heheh, antara masakan hotel, dan masakan yang kita teringin nak makan, mestilah kita pilih makanan yang kita nak makan, kan?...Tambah pulak mak kita masak,... Petua nenekku, untuk bagi rasa lemak pada siput ni,...kita bagi makan kelapa parut dulu. Biar dua tiga hari... Nak lebih lagi pun tak pe. Lepastu baru masak. Peerrrrrrrrhhh...memang lemak n manis isinya! 

Dulu dah pernah buat. Masa buat tu zaman anak - anak kecik2 lagi. Kejap-kejap dibuka penutupnya, nak cek siput. Dalam sehari tu entah berapa puluh kali entah penutup tu dibuka-tutup untuk diintai. Sampai ada siput yang berjaya keluar dari bekas. Bukan sekor dua pulak tu....Sempat pulak siput ni pecut. 😄 Masa ni, yang untungnya, tak payah susah - susah lantik pengawal penjaga siput. Otomatik dah terlantik sendiri. Asal nampak je. dikutip la sekor, demi sekor siput tu masuk balik ke dalam bekas tu. Ada masa, sengaja dibiarkan sekor kt luar berjalan2, sambil dia lukis siput tu.....😆. Tak pasal-pasal jadi model. Hadoiiii laaaaa.....sabo je la. 
Tapi masa balik haritu, tak de budak. Hanya kita, lauk siput & kenangan yang terkenang, bahan gelak sama-sama...

Masa ikut apak g hotel, kita ni terperuk je kt atas....Nak turun sorang, malas. Alang2 beli makanan, beli 2-3 sekali bawak naik. Kayangan sungguh! Unless ada boipren hensem nk teman I, jadi bodyguard, tak pe la.......Apak kata, g lah nak jalan2 shopping apa - apa kat bawah tu. Ye la, bini pun dekat 90kg, sapa la yang nak ngorat kan?.....sentiasa secure je laki ku ini. Cuba bini dia 50-60kg,....Tak senang duduk nanti. Ni la kelebihan ada isteri bam-bam. Hahahahahhahaaaa 😉 Senang cerita, kita ni duk je la buat keje kt atas tu.  Senang. Tak serabut. Enjoy the "Get Away"...and the view dari tingkat 38.



Cuma hari nak balik tu ada sedikit haru. Tengahari ramai pulak orang nak check out. Lift penuh. Nasib baik kita awal tunggu lift. Tapi ruang menunggu tu penuh dengan manusia -manusia lain jugak. Ah, sudah........ Lakiku, kata dia nak turun bawah ikut tangga. Aku guna lift. Chances utk aku menyelit sorang dalma lift jauh lebih tinggi berbanding masuk berdua. Ok, aku dapat masuk lift juga akhirnya setelah hampir 40 minit menunggu. Dah sampai bawah, lakiku belum sampai lagi. 

Ah, Sudddah...
abang sayang, abang dimana...hati bini resah mengenang dikauuuu.....

♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯ 🎼 🎵 🎶

Tingkat 38 tuuuu.......Jangan la terjatuh ke apa ke ... Akhirnya, sampai jugak. Dia tersekat kt tingkat 14 ke 15. Tangga dah lain, lakiku kata. Kene guna lif. dah penat dah. Ha? Bayangkan la kalau ada kebakaran. Mau panik sekejap. Aduuuh...nauzubillah...

Tapi tu cerita minggu lepas. Minggu ni sempat balik Lenggong plak. Kalini berempat. Budak- budak dah balik dari asrama. Of course, singgah KL lagi. Singgah hantar belut plak. Siput berbalas belut. Nak jugak belut yang kt pekan niiiii, sabo je la.... 😄

No comments: