1. Setelah 2 tahun, akhirnya macam dah boleh bebas dari Covid je bunyi nye......Mask yang dah beli banyak - banyak ni, kami pakai je la sampai habis... Scan MySejahtera pun dah tak perlu khabarnya. Hmm.....
2. Kelmarin ada majlis berbuka puasa di fakulti apak. Alhamdulillah, dapat jumpa wajah - wajah yang dah lama tak jumpa. Dah jumpa tu, macam tak cukup mulut nak berborak. Lama sangat simpan emas dalam mulut. Habis keluar semua emas - emas tu... pok pek pok pek! Majlis pun berjalan lancar & meriah walaupun dalam uni sahaja... Walaupun makanan utama dah ada, kita bawak juga la pot luck. (alhamdulillah habis licin!) Ni pun macam tak cukup mulut dan perut nak makan. Banyak yang sedap2. Habis majlis, dah gendut, balik rumah, terus mandi n basuh baju.
3. Baju raya tahun ni mama setel awal. Dari bulan dua aritu dah siap. Tahun ni tema: Krim & Pink. Sepasang je. Itu pun simple je. Tak de labuci-labuci atau kristal swarovski atau batu permata tertepek kat baju. Spesis nak cepat macam aku kalau boleh nak express. Tak yah gosok lagik bagus.
4. Alang - alang dah berjaga ni, nak p goreng nasik sat la...masak sahur. Nasik goreng apa? nasik goreng hentam sajalah.....asal lalu nak makan, ok jek...
5. Tak banyak cerita kalini. Tak de mood.
No comments:
Post a Comment