Saturday, June 4, 2022

Cuti Sekolah Lagi

Rasa macam baru je hantar anak balik asrama. Dah cuti. Rumah yang sunyi sepi ni terasa penuh dengan orang kembali. Kucing pun seronok! Kemain gedik dia nampak tukang layan & usap dia balik...😆.

Berbeza dengan sebelum - sebelum ni, musim cuti sekolah kalini ni, Hi-way jam! Nasib baik dua-dua ni sekolah kat sini aje. Bukan hi-way je, kat tempat kami yang jalan biasa ni pun banyak kereta atas jalan. Perjalanan 15 minit jadi 40 minit. Orang start balik kampung awal barangkali. Bercampur pula dengan kesesakan orang lelaki nak solat Jumaat.  Selesai amik bam, hantar balik utk ready solat Jumaat, kene setel adik pulak. Mentang-mentanglah rumah dekat. Masing-masing bawak balik barang separuh lori! Tak muat single trip!

Harini dapur mesti berasap! Tak pe, tak pe, pembantu ramai... Mama masak kari ikan harini...Apak kt Jerman tu, makan la roti dengan cheese puas-puas. Jerman banyak roti...Nak sedap lagi, jemputlah cicah kari kami ni. Walau beribu batu, insyaAllah sampai gambar karinya......'Fisch-Curry' ... Hahahahahahahhaa mesti nangis apak baca ni, sebab makanan sejuk-sejuk je kat sana....😆😆😆

Macam biasa la, kari mama memang tak de santan...Masak pun sambil nyanyi - nyanyi lagu...Kalini, lagu hindustan 'Likhe Jo Khat Tujhe' ....Dengan harapan, sedapnya tu macam kari kat India sana hahaha...ke sedapnya tu tiada tolok bandingnya? 😉😋


No comments: