Walaupun tengah solo, tapi sibuknya satu macam! Mana nak menulis la, nak model la, nak baca la, nk organize maklumat la, nak hadam maklumat la, nak itu la, ini la...So much of everything... Tapi, sibuk2 pun sempat g jamuan raya sana - sini....😋 ...
Minggu ni, I kene tinggai... My abe fly ke Jerman. Dia ajak g sekali.( Kalau nak ikut, kene bayar sendirilah ). Bukan tak nak, tapi kang duduk kat hotel je la, nanti kan? Dia pegi kerja, kita ni? Nak buat apa ?.... Nak jalan2 kt tempat kita tak biasa, memang tak jalan langsung lah alamatnya. Akhirnya, tinggallah aku, seorang diri siapkan Phd kat sini. Hmmmmmmm.......Biarlah kuenjoy my 'me-time' sepenuh jiwa!
Kalau gaji dalam USD/Euro, tak rasa. Cuba RM, nak berbelanja dalam USD/Euro? Oh 'sakit'nya pertukaran itu. Untuk orang tak bergaji macam aku, memang seharusnya berkira. Aku bukan ada taik hidung emas 😉. Kat sini sekarang, harga barang semua naik. Naiknya bukan sikit. Banyak. Separuh tahun 2022 yang akan datang, dunia akan terkesan dengan perubahan iklim dunia - El Nino dijangka melanda dalam masa terdekat. Belum mula sepenuhnya pun lagi tapi sipi - sipi pun, kesan percikannya dah start terasa. Bahang kemarau dan suhu panas di India, memberi kesan pd perladangan gandum. Kesannya, India dah sekat ekspot gandum. Indonesia pulak, sekat ekspot minyak sawit. Dikatakan kalau El-Nino beri kesan pada penanaman padi di sekitar asia tenggara, tak mustahil juga Thailand & Vietnam, akan sekat ekspot beras. Orang bidang aku dah start dah modelkan situasi ni...............aku hanya tengok, dengan mata bulat di skrin monitor. Interesting! Kenapa negara kita takde kecoh pun?
Tak tau la ni permainan ekonomi ke sebab kesan El Nino ke... tapi, kesannya, harga barang naik! Ramai yang terkesan. Ukraine & Rusia perang pun kesannya sampai sini juga. Mungkin bagi yang menguruskan negara dah nampak. Kita yang mengurus ekonomi rumah tangga ni baru nak terasa kot. La ni, malas nak masak pun, sekali beli nasi ayam sekarang dah rm 7 sebungkus. Haduiii,...Ni, kalau harga naik memang dah tak turun la gayanya ni nampaknya...
No comments:
Post a Comment