Wednesday, September 7, 2022

Selamba Badak

Hari merdeka lepas (31 Ogos) ada jemputan kat Johor. Disebabkan jemputan ni dari teman lama kan...kita pun amik kesempatan penuhi jemputan sambil makan angin. Kenangan bersama masa kt Perth, memang tak boleh lupa la...Teman study IELTS, teman berpiknik sana -sini, teman pok pek itu ini....Lama tak jumpa. Rinduuuu....Tak pasal-pasal tersambut hari merdeka kt Johor tahun ni. (Masa ni berdua je le. Anak - anak ada aktiviti masing-masing kat sekolah)

Antara jemputan lain juga, termasuklah beberapa kawan-kawan lama kat Perth. Lama tak nampak wajah - wajah yang pernah kukenali suatu ketika dulu. Dulu, zaman dieorang & laki aku tengah sambung PhD..Masa ni, aku sibuk berkelek dengan anak kecik yang mentel - mentel belaka...Berbeza dengan sekarang. Dalam handbang aku, dah tiada diaper, botol susu, mahupun pam susu, hahahaha...Sekarang pun, semua dalam fasa hidup yang berlainan ...Ada yang belum habis lagi jadi 'bas sekolah' 😂

Dah duduk berkumpul kan, semua nostalgia zaman study kt sana dikenang semula...Memang aku tahu dan sedia maklum. Biasalah, dah jumpa, macam-macam cerita - ceriti ada....Dah pok pek sana sini, tiba - tiba tengah -tengah dieorang ready nak makan, aku disapa satu soalan... 

"Ko? Dah?"

"Dah, kak..."

"Ooo ko dah submit yeeee?"

"Eh apo plak, submit submit ni.....saya jawab dah makan la kakkk....Waduh, salah konteks niiii" 😂😂😅

Hadoiiiiii!!! Akak nan sorang ni...Nak jugak diusik zaman PhD aku...Lama tahan mulut nak bertanya dari awal tadi agaknya. "Haduh,...Blom merdeka lagi la akak. InsyaAllah in-progress. Doa-doakan lah semua baik-baik, & selamat habis..."...Tu je la ayat rasmi yang aku gunapakai. Terus disambungnya kisah student dieorang plak, saat dieorang baca thesis student la, masa viva la, saat buat correction la....dan termasuk juga cerita lain dan lain dan lain lagi...Hahahaa! 😂😂😂

Tu yang penggalas status ancient student tak nak jumpa orang kan? Nanti kene tanya. Yang aku? Selamba badak je. Lepas bagik je jawapan seayat dua, cepat - cepat tukar topik. Dalam hati "Ya Allah ya Tuhanku, mudahkanlah urusan hambaMu ini...Amin."...

Rasa nak lari pun ada.

No comments: