Thursday, September 8, 2022

Taman Negara : Kuala Tahan & Kuala Sat - 2022

Minggu ni, anak - anak cuti. Awal cuti ni tak pegang buku. Selesai basuh baju hari jumaat & sabtu, ahad tu kita bercuti ke Jerantut & Taman Negara, Pahang. Kita g...

Pulau Tawar : Museum Visit.
Kuala Tahan : Jungle Walk, Canopy Walk, Night Jungle Walk, Boat Ride, Sight-Seeing at Lata Berkoh, Fish feeding at Kelah Santuary 
Kuala Sat : Boat Ride, Tubing ke hilir (tapi kita tak buat yg ni, sebab tak reti & tak nak baju basah sebab tu yang last yang ada), Fish feeding at Lampam Santuary 

Pastu kita balik, tido macam tak ingat dunia...😁
Harini, semua sakit - sakit otot...😆. Anak - anak dah kembali pegang homework & buku & join webinar online...Mama? Harini, dah kembali ke meja jugak 😇
Tengkiu, apak...



First time ke sini...

Sehari sebelum ke muzium ni, apak dah bawak budak-budak ni tengok wayang, cerita Mat Kilau.

Canopy Walk. Yang ni masa level rendah. Nanti masa sampai level yang tinggi, kecut perut jugak.

First time kami merasa naik bot menyusur sungai. 
(Tapi apak dah kali kedua ke ketiga kot)

Entah apa la yang dibelek 3 beranak ni kat situ, tak tahu la...


 
Lata Berkoh. Air deras.

Bagi ikan makan sambil biarkan dia gigit kaki...😂

No comments: