Wednesday, November 11, 2009

Cerita Tentang Dapur...

Sebenarnya tak de banyak benda nak cerita sebenarnya...
Jadi kongsi cerita tentang menu dapur lah ye...

Ahad lepas aku gelarkan sebagai Chicken Day...Kenapa? sebab boleh katakan semua yang aku masak sumbernyer dari ayam...

Sarapan hari tu aku blasah nasik goreng simple, telur dan sayur je...(ni kes nak cepat sebab anak - anak dah mengamuk - ngamuk lapar...)

Bawang putih + lada hijau (dikisar) ditumis sehingga pecah minyak.
Pecahkan telur, kacau sehingga bergentel(lagi banyak lagi best!)
Masukkan nasi dan sayur hijau, gaulkan rata
kesemuanya.
Selalu aku masukkan garam masa tumis bahan.
Kalau kurang garam, aku tambah lagik kemudian.
Nak pakai sayur apa pun boleh. Tak suka letak sayur pun tak pe.

Lauk sardin dalam gambar tu, lauk sardin semalamnya. Ada lebih dan elok lagik, jadik lauk nasik goreng.

Tengahari pun blasah nasik goreng tu jugak sebab ade lebih, jadi makan je lah yang tu...heheheee...petang tu, baru buat ayam bakar... tempoh bakar mengambil masa lebih kurang 1 jam(ni bergantung pada saiz dan cara ayam dipotong)... nak cepat masak, aku potong stail portugis, juga dikenali sebagai butterfly chicken.


Bahan Perap :
Serbuk Lada Hitam,
Serbuk Lada Putih,
Serbuk Bawang Putih,
Serbuk Paprika,
Serbuk cili,
Kicap Manis,
Garam secukup rasa.


Malam tu kenyang dah makan ayam, x yah makan malam,....heheheeee, senang!
gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...yahooo, x yah masak lagi!!!!!

Tapi...

Pagi isnin tu, mama cepat - cepat pikirkan lauk kilat dan sedap, masak ayam masak cuka... dengan lauk sayur bening sket. Takut budak - budak mengamuk kelaparan...jadi sebelum terjadinya amukan itu, mama kene cepat. Tambah lak apak yang sudah keluar awal ke opis pagi tu pun belum sarap. Sudah tentulah nasi yang dicarinya... almaklum lah, ahad malam isninnya semua kekenyangan sampai skip makan malam...

Untuk lauk ni, kalau nak cepat (dan malas, :p), ayam tersebut digoreng dulu dengan serbuk kunyit & garam. Tak yah angkat, kemudian setelah ayam masak, terus masukkan bawang merah(dihiris), bawang putih(dihiris), halia(dihiris), cili hijau & cili merah (dihiris), Daun limau purut (jika ada), Serai (diketuk), dan sedikit cuka (3-4 sudu besar bergantung pada tahap masamnya dan saiz hidangan...kene pandai agak sendiri.) Boleh juga ditambah perahan jus limau atau lemon.

Tapi kalau nak goreng asing dulu ayam tu pun boleh, tak de masalah. Kemudian, tumis lah bahan - bahan hiris tadi sampai naik bau. Masukkan ayam goreng. Gaulkan rata. Kemudian masukkan cuka dan perahan limau.

Boleh juga ditambah sedikit air jika terlalu masam atau nak berkuah.

Oooh, apak nya dah nak balik dengan bebudak ni...nampaknya sekian dululah coretan menu dapurku kali ni...

Harap semua enjoy membaca resipi k, sekian...

Sunday, November 8, 2009

A Trip To Strawberry Farm @ Wanneroo


Semalam, sampai juga ke ladang strawberry kat sini...

Seperti selalu, sebelum bertolak semua rakyat jelata terutamanya yang kecik - kecik ni kene diisi perutnya ... Dalam 8:30 am kami semua bertolak dari rumah. Dalam 9:15 kami dah sampai ke destinasi yang dituju, di Wanneroo...

Sampai jer kat sana aktiviti mengutip strawberry pun bermula.
Semua merasa jadi buruh sendiri... kutip strawberry sendiri...Sungguhpun ladang tu seluas mata memandang tapi taklah besar sangat. Itupun tak larat nak jalan merantau jauh...Boleh dikatakan suasananya macam ala - alam farmville gitu cuma tanamannya strawberry...heheheeee...

Strawberry yang dimakan kat ladang free...tapi yang untuk diangkut bawak pulang, berbayar. Sekilo dalam AUD3. Murah sangat dah tuuu...dapat makan free lagik... Kami dah kenyang, jadi tak le nak makan sangat-sangat buah tu...seronok memetik je...Bagi peluang pulak pada kengkawan sarap strawberry kat ladang bagi yang tak sempat sarap kat rumah...heheeee

Ada yang mengangkut berkilo - kilo...Fuuuh...kami bawak balik 1.2 kilo je...itupun orang tu kire 3 dollar je...Kalau amik banyak - banyak pun nanti sapa nak makan...ni pun haku dah jenuh pikio nak buat apa dengan strawberry ni....hmmmmmmhh...


Aktiviti terakhir tengahari tu, kami berpiknik beramai - ramai kat tepi tasik kat Joondalup...Dah makan, masing-masing pun balik le kerumah dengan perut yang sarat dan buah strawberry masing - masing...

Friday, November 6, 2009

Hangat.

Termasuk harini dah 3 malam kami mengecapi suhu malam yang hampir serupa dengan keadaan di M'sia. Ini bermakna hibernasi cooler telah berakhir. Tiba masa untuk heater pula mengambil tempat, berehat sepanjang musim panas.

Siang malam Cooler (kipas air) kami bekerja ... berputar memberi khidmat tanpa penat, sesekali kami bagik jugak dia berehat...dibuatnya 'kong' nanti susah plak nak menikmati kenyamanan di suhu terik membahang kat sini...huhuuuu....

Harini aku banyak berjalan membaca blog - blog teman, kawan dan bukan kenalan...boleh katakan hampir kebanyakan blog tengah hangat dengan berita yang sama...Sungguhpun sehangat - hangat malam disini aku yakin...panas lagik isu terkini yang berlaku kat M'sia kan?... Apa dah jadi pun aku tak paham hujung pangkal... Tapi itu bukan isu yang aku nak cerita dalam blog aku malam ni. Sememangnya blog aku kat sini, aku memang sebolehnya tak mahu sentuh tentang isu politik ke hapa...aku suka blog ni tenang. Tak de orang yang mengocak kedamaian blog aku atas perbezaan pendapat dan pemahaman... aku rimas dengan penyokong taksub melampau, yang melebih sudu dari kuah. Tetiba je kemenyampahan menyirap rasa...


Erk, eiyyyahhh...BERTUKAR!


Eh bukan ... bukan bertukar baju ke aper...


Bertukar topik je! hehehee

Ni kat sini kiteorang dan kengkawan kat sini tengah hangat nak g memetik buah & berpiknik esok...Cadangnya nak pergi ke ladang strawberi...nyum nyum nyum...Semangat ni, nak bangun pagi esok. Malam ni dah prepare dah nak bawak pot luck ape...Esok, pas petik buah leh la makan!

Ye makan!...
Kalau mat saleh ni piknik makanan die ringan2 je...
Kalau orang M'sia...bila ade aktiviti 'get together' macam ni, memang meriah...boleh gerenti puas hati, kalau tang bab makanan ni...kan kan kan ?

Thursday, November 5, 2009

Tag Tugasan Harian

Rajinnye aku arini...kali ni Tag ni dari sue...

1) bila kali terakhir anda cuci toilet?
2 hari lepas.

2)pencuci apa yg anda guna?
exit mould. easy of bang, pine clean.....ha ha ha softlan pun aku guna sbb nak bau wangi punya pasal...

3) dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai?kenapa?
Aku tak mop...sebab lantai aku berkarpet. Tapi aku selalu vakuum...

4)apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?
basuh pinggan n botol susu...aku tak suka buat kerja rumah mlm2...nak rehat. Jadi selalu aku perabis semua waktu siang...Malam is lepak time.No more housework plzzzzz...

5) apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
Nasi + kicap + telur mata. (utk aku, selalu kene + sambal belacan)

6)minuman selalu anda buat waktu pagi?
air kosong

7)sebelum tidur apa yg anda suka lakukan?
gosok gigi n basuh muka :D...

8) harus menjawab tag yg tertera nama di bawah?
kengkawan yang sudi nak wat tag nih... heheheeee...aku ni mmg fail bab tag orang...bila kene tag, aku suka jawab tag terutamanya bila free. Tapi aku segan nak tag orang, sebab tu tag selalu terkubur je bila sampai kat aku... heheh. :p

Wednesday, November 4, 2009

Tag Sue

Malam ni terasa gatai lak nak jawab tag kat blog sue... ha ha ha ...

Meh meh aku jawab...

1. Nama timangan
- Dlm famili, semua panggil 'Kakak'...tak termasuk sepupu sepapat lar...mama, abah & adik beradik terdekat saja.
Kawan - kawan panggil nama penuh.
Aku suka orang panggil nama penuh aku...

2. Saya seorang yang...
sukakan kekemasan dan ketenangan dalam kehidupan... kalau emosi aku tengah kacau bilau, payah aku nak fokus!

3. Insan2 teristimewa
>> orang - orang yang aku sayang...

4. Makanan
>> love thai's, malay n chinese cuisine...

5. Favourite colour
>> ungu, krim, maroon, hitam, biru gelap, kelabu silver...banyak ni nak list...ha ha ha

6. Favourite song
>> too much to be listed here...

7. Benda yg membuat anda stress
>>bila banyak kerja yang tak selesai...
>>bila kata janji lain, pastu buat lain...(mungkir janji pun termasuk dlm kes ni gak...)
>>bila berdepan dengan orang kurang ajar, penikam belakang dan orang2 yang aku lebelkan 'penyusah hidup aku'...
>>bila ... ape lagik ek...hmmmm...ade lagik tp ni je yang terpikir buat masa ni...

8. 3 benda dalam wallet
>> duit, lesen memandu, ic ...

9. Kali terakhir menangis beriya-iya
>> ader la...

10. Tag rakan anda
>> kengkawan yang sudi nak wat tag nih... heheheeee...aku ni mmg fail bab tag orang...bila kene tag, aku suka jawab tag terutamanya bila free. Tapi aku segan nak tag orang, sebab tu tag selalu terkubur je bila sampai kat aku... heheh. :p

Resipi Ayam Padang Zue...

Isnin lepas, mood rajin masak dan nak mencuba resipi masih ada...

Masa tu jenuh pikir nak masak apelah hari tu...sekali dapat idea dari blog Zue, Ayam Padang ... Kalau nak ikutkan skema resipi, bahan - bahan tak brapa cukup tapi bahan utamanya cukup...jadi tak de masalah nak proceed.

Tapi dengan tak sengaja nya daku ini terlajak santan plak...terasa macam kuah ayam percik lak plak jadinya...huhuhuuuu...Ni dah terjadik padang percik lah plak...sepatutnya rasanya cemana ek zue... Aku cukup fail sukat santan kali ni, .... dah terlajak baru nak tanya, kalau zue ni duk dekat sure dah tanya .... "Er, zue.. santannya letak nak brapa byk ek?"...heheheheee...^_^. Thank you for the recipe. Sedap & Mudah! Sangat sesuai bagi mama yang sibuk dan nak cepat cam aku...


(itupun dah tinggal brapa ketul je, baru teringat nak amik gambao, sabo jer la, heehehe)

Sunday, November 1, 2009

Ahad Yang Spesel...

Ahad lepas, hari spesel ... tetiba angin aku nak masak spesel sket hari tu... ni lah yang dikatakan angin rajin sudah sampai...heheheheheheee...

Actually masa sabtu malam ahad, aku tu dah prepare dah siap...kebanyakkan bahan pun ada, jadi bolehlah proceed di hari Ahad yang spesel itu...



Kalau kat M'sia ni...gerenti kami sekeluarga dah pi jalan makan kat mana-mana restoran...tapi sebab duduk sini, kalau pergi restoran maunya kene AUD 15-18 sepinggan seorang...tak de gerenti sedap plak tu... Yang homemade punya, leh gerenti sedap...kan kan kan ?? kene tanya pelanggan tetap aku...ha ha ha ... iaitu abang dan anak-anak...heheh :p.

Petangnya pulak, teringin nak makan dessert, ... teringin nak makan bebola pulut inti kacang merah(Glutinous Rice Ball with Red Bean Filling)...nak buat malas, jadi beli je yang dah siap. Tinggal masak je...


Bebola pulut ni manisan masyarakat cina...ianya boleh dimakan gitu saja (setelah direbus) atau dibuat bubur ... selalunya depa letak dalam bubur kacang merah...
Intinya boleh isi macam2...terpulanglah pada selera...

Tapi bubur ni makan dengan kuah santan...macam ala - ala pengat gitu...
Dulu menuntut ilmu masak bubur ni dari kawan berketurunan baba nyonya melaka mali...

Sedap!

Bahan-bahan :
Bebola pulut berinti kacang merah
Santan
Gula
Garam.
Daun Pandan. (Tapi aku tak suka bau pandan dalam bubur, jadi aku ganti dengan perisa vanilla)
  1. Masak air gula. Tunggu macam nak mendidih...tapi jangan sampai mendidih sangat2...so api x boleh besar sangat.
  2. Masukkan bebola pulut tadi.
  3. Letakkan daun pandan sekali, kalau guna daun pandan.
  4. Setelah bebola hampir masak (dalam 10 minit lebih kurang...) masukkan santan.
  5. Masukkan perisa vanilla.
  6. Teruskan didih atas api yang sederhana kecil sehingga masak.
Nota:
  • Kalau nak rasa lemak, leh garam letak sket...kalau tak buh pon x pe.
  • Biasanya kuahnya menjadi pekat. So aku tak letak sagu ke hapa...tapi kalau suka, boleh je nak letak.

Ahad Yang Spesel...
Kenapa aku sebut Ahad lepas hari spesel...sebab...

Semalam, bertambah sehari dan angka umur aku hidup kat bumi Allah ni...

Alhamdulillah...
Allah bagi aku peluang hirup udara di buminya...Bagi peluang aku berada di sisi suami tercinta, bagi peluang aku menjadi ibu kepada dua anak - anak, mendidik dan menjaga mereka...Allah bagi aku peluang mendengar suara mama, abah, dan adik - adik aku yang nun jauh kat M'sia di telefon...Pendek kata, banyak nikmat yang Allah bagi dan anugerahkan pada aku yang kadang- kadang aku lupa yang mengucapkan syukur...hish, insaf rasa bila sedar diri...

Tahun ni, sambutan ulang tahun kelahiran aku biase je, cukuplah sekadar orang tersayang mengingati hari spesel kita...Awal - awal lagik, aku dah bagitahu abang...tahun ni tak payah lah cari hadiah untuk aku...Cukup saje dengan abang ingat dan wish kat aku...
Duit yang ada, simpan untuk kecemasan...
Perjuangan kat sini masih jauh lagi...
Kalau boleh tak mahu sebab kewangan perjuangan jihad di medan ilmu terganggu...

Sebelum aku melalut panjang, aku tutup ler entry sampai sini dulu...jap lagik apak & bebudak akan balik...nak makan malam lak... k lar...
Akhir kata, Happy Besday to me! hehehee...