Tuesday, July 2, 2019

Nak jawab Tag ? - sapa nak jawab tag ni sila la amik.

Tag 9 Qs about me tag...

1. Using 5 words, how do you like your day to be?
happy, clean, comforting, peaceful, purposeful (tapi macam tak dapat semua je, hahahaha)

2. List 5 sections in the supermarket you always go to...
Dairy products, laundry detergents, pastas, fish, fruits

3. 5 things you put in your car...
  • cup holder, 
  • phone charger, 
  • wet & antibacterial tissues, 
  • parking ticket, 
  • gula gula hacks

4. 5 things you do to show your love towards your children
  • share jokes..
  • be there in time of need
  • cookings
  • make sure things are good
  • wanna know progress study...mama risau ni tau...sbb tau ntah hapa hapa jawapan dieorang tulis,.....

5. 5 things you do to express your love to people
Kalau dengan kawan2 rapat, lain. kalau dengan family pun lain...tapi roughly gini la...ikut context relationship...
  • we have our own inside jokes...
  • we tease and banter each other...
  • we spend quality time, bonding...
  • let s eat...
  • we ll keep in touch walaupun jauh beribu batu....macam karat eh?...k, nanti spray wd40 sikit eh,hehehee 

6. 5 things you do when you are bored...
sekarang rasa macam tak de masa nak boring boring...hahahah tapi list gak la 5...
  • sleep
  • read (bkn journal la eh...hahahaha, epic Mahabharata pun aku taram jugak. Skrg aku tgh baca The Longest Kill...satu hari satu page, lama lama habis juga)
  • cook
  • kacau laaa sapa sapa...hahahaha
  • watch movies
7. Name 5 places you would love to live in
  • Vancouver, Canada
  • Barcelona, Spain
  • Melbourne, Australia
  • Perth, Australia
  • Last last sini aje la...hahahahaha 
8. 5 things you crave for... 
  • paella
  • home made beef/chicken/prawn dim sum
  • laksa johor...
  • durian
  • nectarines
9. 5 things you definitely will avoid...
  • fake friend/people  
  • unnecessary stress/fights
  • long traffic jams
  • product kecantikan mcm pil2 kulit cantik, minuman kulit cantik gebu - aku makan sayur n minum air buah...jauh lebih baik, hmm...
  • mood rosak di pagi hari 

p/s: tq for the tag.  tgh break...

Saturday, June 22, 2019

......... Xiao Long Nu? Hehehehehee...

Satu malam, aku kat corner tepi, hujung rumah tengah buat keje kt laptop...

"Akaaaak...Ooo Akaaaak...Kak 415y4H ke tu?" adik ipar aku panggil kat pintu.

"Haaa...yeeee..."...mulutku jawab tapi mata kat laptop, masih terus menaip.

"KAK 415y44444H !!!"

"Yeeeeeee...sayeeeee....napeeeeeenyeeeee"...aku stop menaip. Toleh.

"Ayan nak kompemkan ni kak 415y4h,..."

"Yeeeee...kompem...akak ni"

"Ayan nak kompemkan jeee...sbb nampak macam hantu...HAHAHHAHAHHHAHHAHA"

"Hah?...Hantu?"

"Ha a...Ayan cuak dah tadi...tu yang ayan tengok betul betul...pastu tegur tu"

Macam hantu adik ipar aku kata aku...bertuah betul.
Aku pun bangun...g kat dia...

"Akak punya lawa cenggini,...ayan kata macam hantuu???" (sambil gerbang2kan baju kelawar baru)

(Alaaaaaa aku patut ngaku je tadi, boleh jadi modal mengusik dia...)

"Ha laaa...dah tu, dengan rambut mcm tu...duduk macam tu kt situ...Ayan takut hantu je...Hahhahahahahaaaa..."

"Alaaaaa...takkan tak de langsung nampak macam Xiao Long Nu kot?"

"Apa kak? Xiao long nu? Ade hati nak jadi xiao long nuuuuuuu...Kah kah kah kah"

Memang berdekah dekah laaa malam tu...maunye tak. Sbb kakak ipar dia ni versi yang dah 30kg terlebih, ketot sikit n ada anak 2...hahahhahaha

p/s: so paper ni la aku nak publish dulu....paper perasan nak jadi Xiao Long Nuuu...... nak jadi Huang Rong, bukan tengah mood cheeky...

Terjebak jugak akhirnyaaaa...

Ye, aku tahu aku kata tak buat open house tahun ni...Mood raya aku memang tak de. Tapi terbuat jugak, sebab termakan pujuk manis ni...Aiseymen...Asal gurau gurau,...sekali jadi betul betul plak. Mak - mak budak- budak sekalian ni...bila excited, enjin tengah panas...mmg laju! Tension tension run experimen tak jalan jalan, dia g run majlis raya jalan terus. Dengan aku aku sekali terseret...

Modal share ramai-ramai. Khamis confirm tarikh majlis & start order, jumaat send invitation, jumaat - sabtu beli barang. Ahad setup majlis raya. Simple. Memang pilih time minum petang...

Malam sabtu, memang malam membawang ramai-ramai...kecoh! Dengan periuk periuk jalan sekali...Hahhahahaha, luaran je macam postgrad mama, perangai macam kanak kanak ribena kat tadika semua...

p/s: aku send 4 invitations je

So, minggu ni clear! Dah tak yah pikir2 dah...sebahagian sel otak aku da bebas...
Minggu ni, fakulti lakiku ada eac...hiiii, laki aku susah hati ttg akreditasi ni. tido tak lena...sampai ngigau2 pun ada. Aku siap boleh sedar lagi, dengar apa la yg dia ni merapu. Risau sangat dia ni...aku duk sebelah pun, macam tak nampak je...perasan, tapi tak kecik hati. sbb tahu...masa depan orang/student dalam tangan dia dan orang orang terlibat...satu kaki dah masuk dalam neraka katanya. gaji berjalan. Hmm...ye la. kami sekeluarga ni makan minum, belanja pow duit dia. kalau gaji tak bersih, susah la... 

Tuesday, June 4, 2019

Esok Hari Raya 2019


1. Baju raya.
Tahun ni, pakai je la apa yang ada. Dalam kepala banyak nak pikir. Tak sempat nak shopping kaw kaw...Shopping pun kat pasar pagi bandar Pekan je, tak pun pasar tani Kuantan. Tak de tema raya. Memang sengaja. Biarlah colour tak sama, yang penting hati. Hati yang kene dekat selalu.

2. Makan - makan.
Tahun ni, aku tak buat makan-makan, tak de jamuan ke etc.
Hantar makanan ke destinasi berbuka puasa je. ( eg. jiran2, sekolah anak2 sempena hari guru...)
Ramadhan ni kadang masak sendiri. Ada masa order kat hujung jari je. Ada masa petang bawak balik tarpau lauk dari kedai. Ada masa beli kat bazaar Ramadhan. Paling best sekali, tahun ni hari hari dapat bantai jus mangga. Sedap. Aku la pelanggan setia kedai air mangga ni...

Masa kt rumah mak aku, tahun ni dapat daging kuda. Hah, excited sket nak masak. Buat rendang sikit n goreng bawang lada kt KL. Pastu apak beli extra untuk bawak ke lenggong buat rendang. Kalini, rendang kuda resepi mak mertuaku. Lama apak rindu resepi mak dia... yang ni, aku memang angkat bendera putih la. Leading chef, still mak mertuaku. Dah 15 tahun kawen pun belum pandai pandai lagi masak sebijik sebijon macam dia. Hehehehehee...bila dah kawen kene la tolerate dengan apa yang suami kita suka walaupun selera kita berbeza. Redha je la, tangan bini dia lain. Aku jadi tukang potong2 je n basuh basuh pinggan mangkuk dan periuk belanga je. Biras dan ipar duai lain semua pakat ada baby tahun ni. Aku je yang x de budak kecik. Untuk ni aku dah standby baju kelawar raya. still cantik untuk duduk dapur. Hahahahahaha

3. Indoor spring cleaning. 
Aku dah bersihkan rumah. Gotong royong dengan anak anak. (Apak? Dia busy...)Toilet dah dah sental, hall, dining & bilik semua dah bersih.
Lagi aku tension dgn study aku, lagi bersih aku sental kot.
Bersih sampai boleh buat operation theater! Hahahaha...iyo la.

Baju? Aku dan askar askar sekalian dah buat 'lipaton'...
Setinggi tinggi gunung baju tu berjaya kami lipat akhirnya.
Alhamdulillah, lega hati bila tengok bakul - bakul baju kosong.
Kurang stress bila tengok rumah bersih n lapang.
Ni kalau orang turki datang mesti dia kata rumah aku mcm org miskin, sebab x de karpet. Budaya diaorang, ukuran kemewahan terletak pada karpet tuan rumah. Ok,...well, aku suka lantai tu kosong. Tak de karpet. Bukan negara sejuk pun. Lapang. Senang sapu. Senang lap... Apasal tetiba aku compare dengan turki eh? Yang sebenarnya, aku rindu makanan turki, Pide. Hmmm, Pide oh Pide bila la boleh ubat rindu ni...

4. Luar rumah? 
Kawasan luar aku sapu2 je. Kawasan rumah masih berpasir macam gurun sahara. Teringin nak buat kebun herba atau kebun sayur la. Kat rumah lama, dah ada. Rumah baru ni, dah setahun x de perubahan. Tapi ikan ikan yang apak, adik n bam tangkap dah kami letak kt tong...siap ada pokok kiambang lagi. saje je letak kat tempat air hujan dari bumbuang jatuh. Kot kot boleh try hydroponik ke aquaponik yang boleh bela ikan sekali...Tengok kebun orang & kawan kawan dalam FB terinspired plak...
Setakat ni, sisa batu-batu kat tanah dah bertong-tong aku clearkan dan buang. Rasa macam ada lagi tak habis buang...Rasa nak sambung lagi la clearkan batu batu ni. Then plan nak letak tanah hitam sebelum start tanam rumput. Aku plan nak amik rumput gajah besar atau rumput gajah mini. Aku suka rumput ni. Lembut. Tak manja. Tak payah siram air sangat. Kene pijak-pijak pun no problem. Tahan lasak. Memang suit dengan taste aku. Aku tak rasa nak amik rumput karpet kot. Mahal satu hal. Lipan dan ulat gonggok suka bersarang bawah rumput karpet satu hal.
Hmmmmmmmmmmmmh...persoalannya, bilo la ekau nak buek semuo ni dak ecah oiii...
pelan pelan eh...study aku tak siap lagi.

Tuesday, May 28, 2019

Merapu tapi interesting...

Tak lama dulu, dunia dikejutkan kematian badak sumbu putih afrika jantan...
tulah satu satunya yang terakhir dalam dunia. Sekarang dah pupus. Tinggal sepupu dia yang betina je hidup lagi. Harini terbaca tentang kematian badak sumbu sumatra malaysia jantan yang terakhir...
Sama juga. Tinggal yang betina je masih ada. 

Kesian.
Masa aku baca tu, dah kene tanam bangkainya.
Tetiba aku terpikir, tak de sapa ke terpikir nak extract/amik sperma badak tu?
Simpan kat sperm bank ke.
Takkan tak de expert kat malaysia terpikir benda ni?
Tak de fasiliti ke?
Ke dah ada tapi aku yang tak tahu?
Kenapa tak de cerita apa apa ye?
Penat aku google...Ke saintis kat msia ni, buat keje diam diam je...tak cerita kat orang? Hehehee...

Kalau kes manusia...
Dulu pernah terbaca tentang seorang isteri kat US, mohon dokter selamatkan sperma suami dia segera, sbb suami dia dah tak de harapan nak hidup selepas cedera parah dalam accident. Dia plan nak mengandung dengan sperma suami dia. Memandang suami dia dah mati, maknanya dalam tempoh 12-36 hours lepas kematian, chances utk extract the sperma yang baik tinggi. After that, tak recomended. ...Sperma tak macam ovum. Ovums are stored in ovaries masa baby girl dalam uterus lagi.Tapi sperm are produced in the testicles.
Kalau ada sejuta tu, sejuta tu je la batch yang ada...
Dalam kes isteri tu, dia berjaya dapat zuriat dengan suami dia.

Another story, kat australia...pesakit cancer boleh simpan their sperms atau ovums in special banks. Especially, yang nak kene undergo for chemotherapy. Sbb fertility mmg effected. Last time aku baca, seorang cancer survivor berjaya dpt baby dengan simpanan sperma yang dia simpan sebelum jalani chemotheraphy. Katanya nasib baik dia dengar cakap mak dia. Masa tu dia tak sangka yang dia akan perlukan sperma tu in the future. Masa tu, dia rasa malu sangat masa nak simpan tu. Dia rasa mak dia paranoid je dan mengarut. Hmmmmmmmmmm.............

Dalam kes badak sumbu, aku tak sure.
Tak pernah pulak baca lama mana sperma dia boleh hidup.
Tapi selagi badak sumbu betina ada...Peluang untuk ada anak badak sumbu tinggi.
Tapi alternatively,...with today's stem cell tech, there s another way...
Guna skin cell pun dah boleh produce sperm and egg cells khabarnya...
Hwaaaaaaa...Dasat eh.Interesting ni...
Rajin aku merapu malam ni kan...

Thursday, May 9, 2019

Ramadhan 2019

Tahun ni, sambut 1 ramadhan berempat je.
Tak balik kampung. Dah terasa macam orang tak de kampung pulak.
Stay kt pekan je.
Mesti mak aku terasa aku tak balik. Sebab aku je la anak yang mcm 'tak de' je tahun ni. (tp aku make sure, aku telepon hari hari)

Ok, remove topik sedih. Citer topik yang kurang sedih.
Ramadhan tahun ni,abam dapat pulang bermalam. Dengan dia ni, dah sah la, dia nak mama yang masak. Dah duduk asrama baru tahu erti rindu masakan mama. Hah, padan muka...rasakan...rasakan...dulu tau komplen komplen je dia. Kat kedai pun tak sama rasa kan?

Ok la, hati seorang mak. Tak sampai hati nak pulangkan paku buah keras kat anak yang rindu kita...
Nak tak nak g lah juga BS Freshmart.

Tetiba Allah takdirkan mata ni ternampak pulak ketam bunga. Aiseyman...dari mata sampai ke tekak plak. Terus teringin makan ketam. Membuak buak plak rasa sangat teringin tu...Lama tak makan ketam. Bila kira-kira waktu...musim bulan tengah besar, ketam isi penuh. Padat!
Terus tengok, ada yang betina tak...tak pandang yang jantan. Beli ketam betina untung.
Isi lebih padat dari yang jantan. Bab pilih2 ni walaupun lama tak makan, tapi skill pilih ketam masih tak luntur... Skill seorang anak pemancing kan... Tapi penakut naik bot....Hahahahhahahhahahaaa

Terus aku sambau 2 ekor. Besau! Padat!
Rabak sikit poket, RM30. Tak pe la.
Hati dah tertambat...

Sampai rumah, terus kubuat ketam masak lemak cili api...
Utk yang tak makan ketam, aku masak tenggiri goreng kicap. Masih special. Mesti tak lupa. Sayur, kubuat sawi tumis kosong je. Dalam rumah ni, sayur wajib makan walaupun tak suka. Nasib la engkorang...

Malam ni dah start terawikh...kelam kabut mama masak supaya boleh push makan sebelum g surau... Sebab mmg tau yang makan ketam memang lama. So sebelum masak, mama ketuk dengan tukul apak dulu part part yang keras tu. Satu sebab nak kasik rasa sebati dengan kuah. Biar terasa sampai dalam isi. Satu lagi sebab, nak cepat makan. Kalau dah tinggal kopek2 n cungkil je, lebih cepat la dari biasa. Tak larat gigi nak pepak, tokak sekoq sekoq...kang tercabut gigi, rongak plak.
Memandangkan apak memang tak makan ketam, sah sah la mama yang kene pepak, tokak ketam tu utk anak anak juga... So, dengan strategy ni semua boleh makan sendiri...

Nasib baik la walaupun kawen dengan orang tak makan ketam, dapat juga makan ketam.Tapi sebenarnya, kalau ikutkan betul betul punya pantang, mama tak boleh..tapi dah teringin sangat niiii. Bagi chance kt diri sendiri ubat rindu. Punya la rindu kat ketam, satu isi pun aku tak missed. Every bits and every bites were mine! mine! mine! Licin!
Sampai tak sedar aku sorang je yang tak bangun bangun dari meja makan rupanya.
Oh...hahahaha hmm, sedih sedih pun mampu gembira lagi.

SHAK 2019

Sabtu lepas...adik ada pertandingan lego robotik kat SHAK pulak.
Tak macam ms kt Besut, kalini ni kami berempat.
Walaupun dekat, tapi sekolah abam tak join. (Hmmm,...Tak dapat jemputan kot. Bila tengok list, semua yang bertanding tu sekolah harian, bkn asrama/mrsm)

Sian bam...dia nak join tu. Mama tahu hati dia...
Dia nak tinggal kt rumah,...tapi haritu kita dah janji nk jalan jalan kuantan sampai malam lepas pertandingan. So nak tak nak dia kene ikut jugak...Lagipun dah lama sangat tak spend masa berempat sama sama...

Kat SHAK kalini, ada dua pertandingan.
Satu Tug of War, Satu Sumo Challenge...Team sekolah adik hantar 2 team.
Team adik join yg sumo challenge. Team satu lagi join Tug of War.
Pertandingan yang ni tak macam kat yang kat Besut.
Kalini kategori sekolah rendah dan sekolah menengah diasingkan.
Dewan SHAK pun tak macam stadium.
Sini tak de, boo boo team.
Heheheee...

Paling mencabar dalam Sumo Challenge kalini...
Gelanggang dia kecik. Tinggi.
Mesti tolak robot lawan sampai keluar gelanggang dan seberang jambatan dalam masa 2 minit.
Mesti facing head to head. Dimensi robot pun lebih kecik.
Ms pertandingan kt Besut, gelanggangnya besar, robot boleh lari dari pihak lawan, plan serang balas etc, tapi kalini, tak boleh. Belum sempat lari dah kene tolak jatuh, kalau tak kuat bertahan. 

Silap team kita tak cek, dimensi gelanggang dia. Last minute kita kene tukar strategy.
Dah masuk gelanggang, pandai pandai adik la ye... Selama 2 minggu lebih gak adik da ikut apak g join team robotik pekan...mama harap ilmu tu datang kt adik. (leaving me at home, banyak masa doing my work sorang sorang kat rumah, :D) 

Liga kalini, byk round. Banyak kali robot team adik kene tolak jatuh. Sikit je menang betul betul menang. Ada juga yang adik menang sbb pihak lawan jatuh. Jadi, adik dapat markah free...
Memang masa tu tak rasa boleh menang. Masa tu pikir, dapat sijil penyertaan pun kira dah ok dah kami ni. Tapi, entah macamana, rezeki paling tak sangka sangka sekali, team adik dapat tempat ketiga. Kami pun terkejut jap. Bam paling excited sekali...melopong jap mulut dia. Hahaha

Rezeki naik pentas lagi kalini...
Dapat RM200...(tapi sekolah amik, balik modal la bayar pendaftaran)
Lepas bergambar dengan cikgu, dan cikgu-cikgu team robotik.
Tiga beranak ni, nak g bergambar atas pokok...
Eh Mama x join?
Hmmm...mama x panjat laaa...dah la pakai skirt.
Mama jadi camera girl je.